Anda di halaman 1dari 18

021209-12-0680

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Penghargaan 2

Pengenalan 3-4

Sejarah perkembangan 5-6

Faktor- faktor perkembangan 7–8

Cabaran dan rintangan perkembangan 9 – 10

Langkah-langkah mengatasi 11 - 13

Kesan terhadap sosioekonomi 14

Kesimpulan 15

Bibliografi 16

Nota akhir 17

1
021209-12-0680

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah atas limpah kurniaNya serta keizinanNya
dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus Sejarah.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Pengetua SMK Banggi, Encik Killy bin Otahlahid kerana memberikan
kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kajian ini. Selain daripada mereka, saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Encik Awang Besar
bin Puteh kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepenuhnya dalam menjayakan kerja
kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru SMK Banggi yang lain kerana memberikan
saya dorongan serta nasihat sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu
bapa saya kerana tidak berputus asa untuk memberikan sokongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini serta membantu untuk memberikan serba sedikit maklumat yang
berkaitan dengan kajian yang saya kaji.

Seterusnya, bagi rakan-rakan seperjuangan saya ingin mengucapkan terima kasih


kerana turut membantu saya untuk menjayakan kerja kursus ini terutamanya Syazana binti
Nasir kerana memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada saya dalam melaksanakan
kerja kursus ini.

Tidak dilupakan juga kepada semua yang telah membantu saya terutamanya kepada
responden yang membantu dalam temu bual untuk memberikan maklumat yang berkaitan
dengan kajian yang saya jalankan.

2
021209-12-0680

TAJUK : KAJIAN PERKEMBANGAN PENUBUHAN RUMAH SARANG BURUNG


WALET DI PULAU BANGGI DARI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2015

PENGENALAN

Melalui Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat ekonomi bermaksud ilmu pengeluaran,
pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta sistem pengendalian sumber
kekayaan dari segi kewangan, perindustrian dan perdagangan sesebuah negara 1. Secara
umumnya, sistem ekonomi merupakan satu set institusi sosial yang berkaitan dengan
pengeluaran, pengagihan dan perkhidmatan dalam sesebuah masyarakat bahkan sistem
ekonomi ini melibatkan manusia dan juga sesebuah institusi2. Perkembangan bermaksud
sesuatu proses berkembang menjadi maju, tersebar dan membiak melalui kamus dewan
bahasa3. Manakala maksud rumah adalah binaan untuk tempat tinggal sesuatu hidupan seperti
manusia dan juga haiwan4. Sarang pula merupakan tempat burung untuk berteduh daripada
cuaca dan pemangsa, bertelur dan memelihara anaknya5.

Burung walet merupakan spesies burung yang berada dalam empat genera iaitu
Aerodramus, Schoutedenapus, Collocalia dan Hydrochous. Dalam biologi, genera ataupun
genus adalah kelompok di dalam pengkelasan organisma hidup yang mempunyai lebih
daripada satu spesies yang sama dari segi morfologi. Mereka mempunyai kebolehan yang
tersendiri iaitu ciri gema untuk navigasi di mana ia akan bertenggek dan membiak di tempat
yang gelap terutamanya di dalam gua. Yang menariknya, mereka akan membuat sarang
menggunakan air liur mereka sendiri6. Seperti yang kita tahu, sarang burung walet adalah
sejenis bahan semula jadi yang banyak memberikan manfaat kepada kita dan
menyumbangkan kepada kemajuan ekonomi negara kita

Sarang burung walet adalah salah satu makanan yang mahal kerana khasiatnya dapat
merawat dan juga mengatasi pelbagai penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Berdasarkan
kajian, sarang burung walet boleh dikonsumi selama bertahun-tahun sebagai makanan yang
memberi kesihatan kepada manusia. Ini terbukti bahawa sarang burung walet dapat merawat
pelbagai penyakit yang dihadapi. Sarang burung walet mengandungi gliko protein lengkap
yang terdiri daripada karbohidrat, 18 asid amino, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus dan
potassium yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh seseorang manusia dan mesti diperoleh

3
021209-12-0680

daripada sumber makanan7. Tambahan pula, kandungan asid amino sangat penting kerana ia
akan memberikan manfaat kepada tubuh badan manusia.

Sejak dahulu lagi, sarang burung walet ini dianggap sebagai makanan yang dapat
meningkatkan imuniti di Republik Rakyat China. Ibu bapa mereka akan menggunakan sarang
burung walet bertujuan untuk meningkatkan sistem imunisasi anak mereka agar lebih sihat.
Tambahan pula, sarang burung walet juga telah dijadikan sebagai ubat tradisional sejak
berabad tahun dalam kalangan rakyat China. Pada zaman dahulu, hanya keluarga kerajaan
dan ahli perniagaan sahaja yang dapat makan sarang burung disebabkan harganya yang
begitu mahal. Mereka hanya dapat menjadikan sarang burung sebagai sup.

Selain itu, khasiat sarang burung ini juga dapat menurunkan risiko penyakit
kardiovaskular. Salah satu punca daripada penyakit kardiovaskular adalah pembekuan darah.
Oleh itu, sarang burung walet berpotensi bagi mengurangkan risiko pembekuan darah akibat
daripada kolesterol tinggi. Khasiat sarang burung walet dapat mengurangkan risiko penyakit
jantung di mana ia memainkan peranan yang penting dalam kesihatan tisu penghubung
seperti otot dan sendi. Dengan peningkatan peredaran darah, arginin dapat membantu untuk
mengurangkan risiko penyakit jantung8.

Khasiat sarang burung walet juga ia digemari dalam kalangan wanita kerana minuman
yang diperbuat daripada sarang burung ini mengandungi nutrien yang bermanfaat untuk kulit
seperti kalsium, zat besi, kalium, protein dan magnesium. Bukan sahaja untuk kecantikan
kulit, bahkan ia juga digunakan dalam sebahagian kosmetik. Terbukti bahawa sarang burung
walet ini dapat menjadikan kulit lebih cantik secara semula jadi. Antaranya dapat mencegah
kedutan kulit muka, menjadikan kulit lebih bersinar, mengatasi kulit yang kering dan
berminyak serta dapat menghilangkan bintik-bintik hitam diwajah dan yang paling utama
akan membuatkan wajah awet muda serta kekal muda.

Antara khasiat sarang burung walet juga selain bagi tujuan kesihatan seperti
melancarkan peredaran darah, mencegah batuk dan kahak, memperkuatkan sistem imunisasi
badan dan tujuan untuk mencantikkan kulit wanita. Ia juga boleh digunakan oleh wanita
bersalin selain untuk tujuan pelangsingan badan dan awet muda.

4
021209-12-0680

SEJARAH PERKEMBANGAN RUMAH SARANG BURUNG WALET

Perkembangan didefinisikan sebagai sesuatu proses yang berkembang menjadi maju,


tersebar dan membiak9. Oleh itu, penubuhan sarang burung walet ini juga telah melakukan
beberapa perkembangan dalam meluaskan lagi perusahaan rumah sarang burung walet dari
tahun 2010 sehingga tahun 2015. Tambahan pula, terdapat banyak perkembangan yang
berlaku daripada pelbagai aspek kajian ini.

Antara perkembangan yang dapat dilihat ialah dari segi beza saiz rumah sarang
burung sejak tahun 2010 sehingga tahun 201510. Pada mulanya, pemilik rumah sarang burung
walet iaitu Encik Awang Tahir yang berumur 44 tahun hanya mengeluarkan modal untuk
membina rumah sarang burung walet termasuk mengupah pekerja untuk membina rumah
sarang burung hanya memerlukan sebanyak RM 1600. Tambahan lagi, Encik Awang berkata
pada tahun 2010 dia hanya menubuhkan rumah sarang burung yang mempunyai ukuran
seluas 14 kaki x 30 kaki sahaja. Pada tahun 2015 pula, saiz ukuran rumah sarang burung telah
ditambah agar lebih luas serta dapat menampung sejumlah bilangan burung walet yang lebih
banyak iaitu telah mempunyai keluasan sebanyak 16 kaki x 40 kaki. Dengan berlakunya
penambahan keluasan saiz rumah sarang burung ini, akan lebih banyak bilangan burung
walet yang datang untuk bersarang disebabkan faktor keselesaan terhadap mereka. Selain itu,
ianya akan membolehkan burung walet untuk melakukan terbangan ‘survey’ dengan lebih
selesa di dalam kerana burung walet ini akan melakukan beberapa terjunan dan terbangan
‘survey’ selama beberapa minit bagi memastikan tempat itu akan memberikan keselesaan
kepada mereka. Selepas itu, burung walet akan bermain-main di dalam rumah burung
tersebut jika merasa selamat untuk didiami bagi mereka. Jelaslah di sini bahawa saiz rumah
sarang burung yang kecil dan sempit akan mempengaruhi jumlah burung walet yang didiami
dan juga berisiko tinggi untuk disinggahi oleh burung walet yang lain.

Seterusnya, rumah sarang burung walet ini juga bahkan mengalami perubahan dari
segi kewangan iaitu beza keuntungan yang diperolehi11. Keuntungan merupakan keadaan
yang menguntungkan dan keupayaan untuk menjana pendapatan daripada sesuatu pelaburan
ekonomi ataupun pendapatan yang bersih setelah ditolak dengan jumlah modal dan cukai.
Dalam perusahaan ini, ia disarankan untuk pergi ke rumah burung sekurang-kurangnya 2 kali
setahun. Hal ini kerana, bagi memastikan untuk burung merasa lebih selamat daripada mana-
mana pemangsa dan penghasilan sarang burung yang banyak. Menurut pemilik rumah sarang
burung walet ini, dia hanya pergi ke rumah sarang burung 6 bulan sekali untuk mengambil

5
021209-12-0680

sarang burung walet. Keuntungan yang diperolehi selalunya akan mencecah RM 3000 ke
atas. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, keuntungannya hanya diperoleh serendah
RM 1000 ke bawah kerana pada masa itu sarang burung walet ini tidak mendapat sambutan
yang hangat daripada negara-negara luar termasuk negara kita untuk dijadikan pelbagai
produk dan kurang pendedahan tentang manfaat-manfaat sarang burung walet. Tambahan
lagi, perubahan ekonomi negara yang berubah dari masa ke semasa juga akan mempengaruhi
keuntungan yang diperolehi oleh pengusaha disebabkan oleh teknologi dan inovasi baharu
yang tercipta.

Lantaran itu, penubuhan rumah sarang burung ini juga mengalami perubahan bilangan
pembeli sarang burung dari tahun 2010 sehinggalah tahun 2015 12. Dari tahun 2010 sehingga
2013, pemilik rumah sarang burung hanya akan menjual hasil dapatan sarang burung secara
mentah iaitu sarang burung walet yang belum di proses oleh Kementerian Kesihatan kepada
Pertubuhan Peladang Kudat yang terletak di Jalan Melati, Kudat. Pertubuhan Peladang Kudat
akan membantu untuk menyokong dan memudahkan untuk mengusahakan kemajuan
ekonomi terutamanya kepada golongan pengusaha serta petani. Menurut Encik Awang lagi,
dia harus mengeluarkan sejumlah wang bagi perjalanan untuk menjual sarang burung walet
kepada Pertubuhan Peladang Kudat. Perjalanan dari Pulau Banggi ke Kudat memerlukan
wang sebanyak RM 50 untuk kos pengangkutan seperti feri dan kereta sewa. Namun, pada
tahun 2014 hingga tahun 2015 pula telah ramai pembeli yang datang sendiri ke Pulau Banggi
untuk membeli sarang burung walet untuk memastikan kualiti sarang burung tersebut
terutamanya yang berbangsa Cina bagi menghasilkan ubat tradisional untuk dijual. Jelaslah
bahawa, pengusaha sarang burung walet akan dapat mengaut keuntungan yang lebih banyak
disebabkan kekayaan khasiat sarang burung walet serta permintaan yang tinggi.

6
021209-12-0680

FAKTOR PERKEMBANGAN

Definisi bagi perkembangan bermaksud sesuatu proses yang berkembang menjadi


maju, tersebar dan membiak13.

Antara faktor-faktor perkembangan rumah sarang burung ini adalah disebabkan


permintaan terhadap sarang burung walet yang sangat tinggi14. Sarang burung ini mendapat
permintaan yang tinggi terutamanya di China kerana ia merupakan salah satu makanan yang
mempunyai khasiat yang banyak serta boleh dijadikan sebagai ubat tradisional bagi mereka.
Sarang burung walet ini mempunyai nilai yang tinggi di pasaran tempatan mahupun di
antarabangsa. Negara Malaysia merupakan negara pengeksport sarang burung yang kedua
terbesar di dunia selepas negara Indonesia. Perkembangan teknologi dan juga industri pada
masa kini juga telah menggunakan sarang burung walet dalam menghasilkan produk-produk
seperti kosmetik berasaskan sarang burung walet dan juga sebagai produk makanan
tambahan. Oleh itu, burung walet ini dikatakan mendapat permintaan yang tinggi disebabkan
manfaat daripada sarang burung walet itu sendiri. Tambahan pula, sekarang telah ramai
pembeli yang membeli sendiri sarang burung walet bagi melihat kualiti sarang burung
tersebut. Encik Awang juga mengakui sendiri bahawa lebih ramai pembeli yang berbangsa
Cina untuk datang sendiri dan membeli daripada dia. Terbukti bahawa sarang burung walet
ini mendapat sambutan yang hangat daripada luar mahupun dalam negara kita sendiri dan
pihak tempatan kita sendiri juga terbukti menyokong dalam industri sarang burung walet ini.

Memandangkan pada zaman dahulu industri sarang burung walet ini tidak berapa
mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada tempatan dan luar negara,
disebabkan itu tidak ramai yang menceburi dalam industri ini. Oleh kerana tidak ramai
penduduk kampung yang menceburi bidang ini, pengusaha burung walet mendapat
persaingan yang kurang di lokasi ini iaitu di Kampung Lok Tuhog, Pulau Banggi 15.
Persaingan yang kurang ini bermaksud perusahaan dalam sarang burung walet ini tidak
terganggu akibat daripada persaingan pengusaha-pengusaha sarang burung yang lain. Hal ini
disebabkan kerana hanya beberapa rumah sarang burung walet sahaja yang diusahakan oleh
penduduk di Pulau Banggi di kampung yang berlainan. Sebagai contoh, walaupun terdapat
beberapa buah rumah sarang burung walet namun perusahaan Encik Awang masih
berkembang sehingga ke hari ini. Pengkaji hanya menganggarkan terdapat 3 ataupun 4 rumah
sarang burung walet sahaja di kawasan tersebut hasil daripada kajian lapangan. Tambahan

7
021209-12-0680

pula, rumah sarang burung walet ini dikenali ramai dan telah menarik minat ramai penduduk
setempat kerana keuntungan yang dapat diperolehi daripada industri ini.

Selain daripada kurang persaingan daripada pengusaha-pengusaha yang lain, faktor


perkembangan yang lain adalah daripada motivasi pengusaha yang tinggi dalam menjalankan
perusahaannya16. Motivasi merupakan perasaan seseorang menjalankan dan memajukan lagi
perusahaannya dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat utama yang ingin
dikecapi. Namun, sesuatu pekerjaan tidak akan berhasil tanpa diiringi dengan sebarang
tindakan dan juga perlakuan seseorang individu. Oleh itu, perlunya motivasi dalam diri
seseorang adalah untuk menjadi pembakar semangat dan senjata untuk memajukan
perusahaan tersebut. Bahkan, Encik Awang sendiri tidak perputus asa dan sentiasa
memotivasikan dirinya sendiri agar terus bersemangat dalam memajukan perusahaan sarang
burung waletnya. Tambahan pula, beliau sering mencari kelemahan dalam perusahaannya
dan sentiasa mencari jalan penyelasaian bagi setiap masalah yang dihadapinya dengan penuh
kesabaran agar mendapat sejumlah sarang burung walet dengan kuantiti yang banyak serta
mempunyai ramai pembeli sarang burung walet. Bahkan, setiap masalah dihadapinya
dijadikan sebagai tambahan ilmu serta pengajaran bagi diri beliau. Jelaslah bahawa, sesebuah
perusahaan tidak akan bertahan tanpa motivasi dalam seseorang yang utuh serta perusahan
sarang burung walet ini juga tidak akan dapat bertahan sehingga ke hari ini.

8
021209-12-0680

CABARAN DAN RINTANGAN YANG DIHADAPI

Disebalik perkembangan yang dikecapi oleh penubuhan rumah sarang burung walet
ini, terdapat juga beberapa cabaran yang harus ditempuhi oleh pemilik rumah sarang burung.
Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi sejak tahun 2010 sehingga lah tahun 2015 yang boleh
mengakibatkan perusahaan ini hampir ditutup. Namun, disebabkan oleh pepatah yang
sentiasa dipegang oleh Encik Awang iaitu ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke
pangkal lengan’, dia sehingga kini masih dapat meneruskan perusahaannya ini walaupun
berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.

Antara cabaran yang paling utama perlu dihadapi dalam penubuhan rumah sarang
burung ini pada awal penubuhan sehinggalah sekarang ialah ancaman daripada haiwan
pemangsa. Antara haiwan pemangsa yang telah dikenalpasti ialah burung helang, burung
hantu, kelawar, ular, tikus, cicak dan juga tokek 17. Encik Awang berkata bahawa masalah
yang selalu dihadapinya ialah pemangsa daripada tokek kerana habitat asal cicak ini adalah di
dalam Hutan Hujan Tropika di mana ia lebih sesuai untuk hidup di pokok-pokok yang tinggi.
Tambahan pula, tokek mudah untuk mengadaptasi di suasana persekitaran kampung seperti
dinding dan siling rumah papan kampung. Hal ini menyebabkan terdapat banyak tokek yang
akan masuk ke dalam rumah sarang burung yang boleh merosakkan sarang burung walet
bahkan memakan telur burung walet tersebut. Terdapat juga kerosakan terhadap sarang
burung walet daripada pemangsa yang lain seperti burung helang dan burung hantu.
Pemangsa ini akan menyebabkan burung walit berasa takut dan terancam serta menganggap
tempat yang didiaminya tidak selamat untuk dijadikan tempat tinggal dan akhirnya mereka
akan berpindah ke rumah burung walit yang lain. Oleh itu, perkara ini akan menjejaskan
pendapatan kepada pengusaha sarang burung walit

Seterusnya adalah cabaran pencemaran bunyi yang kuat terhadap persekitaran.


Pencemaran bunyi ini bukan sahaja daripada bunyi kenderaan dan mesin teknologi bahkan ia
boleh daripada sesuatu bunyi yang kuat yang akan menganggu aktiviti dan keseimbangan
kehidupan lain18. Kebanyakan pencemaran bunyi ini berlaku di luar rumah. Justeru, ia akan
memberikan kesan kepada kesihatan manusia kerana pencemaran bunyi akan dapat
merosakkan kesihatan manusia dari segi fisiologi dan juga secara psikologi. Ia mampu
menyebabkan seseorang itu mempunyai gangguan seperti hipertensi, kehilangan
pendengaran, gangguan tidur, sikap yang agresif, tahap tekanan tinggi dan berasa rimas.
Bahkan, tekanan yang tinggi dan hipertensi adalah punca utama bagi masalah kesihatan

9
021209-12-0680

manusia di mana mereka akan mengalami telinga berdengung ataupun ‘tinitus’ yang akan
menyebabkan seseorang mengalami tekanan yang teruk, serangan panik secara tiba-tiba dan
juga masalah daya ingatan. Kajian juga telah mendedahkan bahawa bunyi yang bising lebih
cenderung untuk menyebabkan seseorang kehilangan pendengarannya secara kekal. Seperti
yang kita sedia tahu, pengusaha sarang burung walet ini haruslah menarik perhatian burung-
burung walet untuk pergi ke rumah sarang burung tersebut. Oleh itu, salah satu cara untuk
menarik perhatian mereka adalah dengan memasang bunyi-bunyian kicauan burung walet
dengan kuat agar kedengaran oleh burung walet yang lain walaupun berada di tempat yang
jauh. Namun, hal yang tidak diingini pula berlaku di mana akan berlakunya pencemaran
bunyi. Pencemaran ini akan menyebabkan ketidaktenteraman penduduk kampung dan
menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap pengusaha akibat daripada penghasilan bunyi
yang sangat kuat. Pengusaha bersyukur kerana cabaran pencemaran bunyi ini dapat
diselesaikan tanpa ada sebarang pertumpuhan darah.

Selain daripada itu, cabaran yang dihadapi oleh pengusaha adalah kurang pengalaman
yang berkaitan tentang sarang burung walet19. Encik Awang juga mengakui bahawa dia masih
kurang ilmu pengetahuan dalam bidang ini namun ini bukan bermaksud untuk dia berputus
asa dalam mengembangkan rumah sarang burung walet ini kepada tahap yang lebih tinggi
dari sebelumnya. Tambahan pula ini merupakan perusahaan pertama yang diceburinya
walaupun tidak mempunyai sebarang ilmu yang banyak dan kukuh berbanding dengan
pengusaha-pengusaha yang lain.

Cabaran lain yang dihadapi sepanjang tahun 2010 sehingga tahun 2015 adalah
memastikan persekitaran yang sesuai untuk burung walet. Persekitaran yang sesuai dalam
rumah burung walet sangat penting untuk memastikan persekitaran rumah sarang burung
walet sama seperti habitat semulajadi burung walet iaitu seperti di dalam gua20. Suhu dan juga
kelembapan di dalam rumah sarang burung memainkan peranan yang amat penting bagi
penghasilan sarang burung walet yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang banyak bahkan
dapat meningkatkan kadar penetasan telur burung walet agar dapat membiak dengan lebih
banyak. Jika suhu di dalam rumah sarang burung tinggi ia akan menyebabkan sarang berkulat
dan menjadikan sarang menjadi rapuh serta kekuningan. Oleh itu, suhu juga amat penting
kerana suhu dan kelembapan yang tidak sesuai untuk sarang burung walet akan
memperlahankan penghasilan sarang burung berbanding dengan rumah sarang burung lain
yang mempunyai persekitaran yang sesuai.

10
021209-12-0680

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA

Dalam setiap masalah yang dihadapi, akan ada jalan penyelesaian dan jalan keluar
bagi masalah tersebut jika diatasi dengan penuh sabar dan tanpa pemikiran yang serabut.
Masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan melalui kaedah dan cara yang masuk akal
yang dilakukan secara kooperatif dan juga dengan langkah-langkah yang jelas serta teratur.
Encik Awang juga sering menasihati kepada pengusaha-pengusaha yang lain untuk tidak
mudah berputus asa dan mudah menyerah jika dihadapi oleh sebarang masalah. Justeru itu,
jadikan masalah yang datang sebagai peluang untuk menjadikan perusahaan lebih progresif
dan mampu berkembang dengan lebih maju hasil daripada menjadikan masalah perusahaan
sebagai penambahan ilmu pengetahuan dan juga pengajaran.

Langkah yang diambil oleh pengusaha untuk mengatasi ancaman daripada haiwan
pemangsa adalah dengan cara memasang perangkap kecil untuk memerangkap pemangsa
seperti tikus, cicak dan tokek21. Hal ini kerana, tikus tersebut akan memakan anak burung
bahkan telur burung walet serta merosakkan sarangnya. Pemangsa seperti cicak dan tokek
juga akan memakan telur dan sarang walet tambahan pula kotoran mereka akan
mencemarkan kualiti sarang dan juga suhu rumah burung berubah menyebabkan ketenangan
burung walet tersebut terganggu. Manakala, bagi pemangsa seperti lipas pula, celah-celah
rekahan rumah akan ditutup dan racun serangga perosak akan disembur di seluruh rumah
burung walet kerana lipas akan menggangu burung walet yang sedang bertelur di sarangnya.
Untuk haiwan pemangsa seperti burung helang dan burung hantu, pengusaha akan memasang
perangkap elektrik ataupun menangkap dan memindahkan haiwan pemangsa tersebut.
Namun, langkah pencegahan kemasukan burung hantu yang selalu digunakan oleh Encik
Awang adalah dengan cara pemasangan ‘spotlight’ di pintu masuk utama rumah burung walit
untuk mencegah kemasukan burung hantu tersebut pada waktu malam.

Seterusnya, pelbagai strategi yang dapat digunakan bagi mengurangkan bunyi.


Langkah bagi mengatasi cabaran pencemaran bunyi adalah dengan cara memasangkan bunyi
kicauan burung hanya pada waktu yang tertentu. Seperti yang kita tahu, bunyi yang begitu
kuat akan mencemarkan persekitaran di masyarakat sekaligus menimbulkan ketidakkepuasan
hati penduduk tersebut kerana menganggu ketenteraman hidup mereka. Bahkan, bunyi yang
begitu kuat juga akan menganggu waktu tidur penduduk kampung. Oleh itu, bunyi kicauan
burung untuk menarik perhatian burung walet hanya dipasang pada waktu yang sesuai iaitu

11
021209-12-0680

pada waktu pagi dan juga pada waktu petang. Waktu ini amat sesuai kerana merupakan
waktu untuk manusia sibuk melakukan pekerjaan harian mereka. Oleh itu, mereka tidak akan
terganggu dengan bunyi kicauan burung tersebut yang dipasang oleh pengusaha. Tambahan
pula, Encik Awang berkata bahawa penduduk kampung di Kampung Lok Tuhog selalunya
akan melakukan pekerjaan mereka seperti bercucuk tanam, memancing ikan serta aktiviti
yang lain pada waktu pagi di mana akan menghasilkan bunyi yang tidak seberapa dan mereka
tidak akan terkesan dengan bunyi kicauan burung tersebut. Oleh itu, Encik Awang akan
mematikan bunyi tersebut pada waktu malam bagi keselesaan penduduk kampung untuk tidur
dan berehat. Namun, pada hari Jumaat pula Encik Awang hanya akan menghidupkan bunyi
tersebut pada waktu petang sahaja kerana pengusaha berasa risau jika ia akan menggangu
penduduk kampung yang menunaikan solat Jumaat pada waktu itu.

Gabungan daripada kualiti ilmu, kemahiran dan juga pengalaman yang dicapai bagi
setiap individu ini akan turut membantu dalam menyumbangkan terhadap pembangunan
negara kita dan akhirnya akan dapat mampu untuk membezakan antara negara-negara lain.
Konsep ilmu itu amatlah luas dan ianya tidak tertumpu kepada buku dan maklumat di internet
sahaja bahkan ia juga meliputi daripada pengalaman dan pengetahuan seseorang individu itu.
Oleh itu, cara pengusaha untuk mengatasi cabaran ini adalah dengan menghadiri aktiviti dan
kursus yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan berkaitan dengan sarang burung walet.
Tambahan Encik Awang pula, dia telah mengikuti beberapa kursus bagi menambahkan ilmu
pengetahuan tentang burung walet namun kursus tersebut bukanlah secara percuma dan harus
membayar untuk penyertaan kursus tersebut. Pelbagai ilmu yang didapati sepanjang
menyertai kursus tersebut seperti kemahiran pemilihan lokasi rumah burung walet, ilmu
pengurusan rumah burung walet, kematangan dalam membuat sesuatu penilaian dan
keputusan tentang burung walet dan juga pengetahuan tentang gred sarang burung walet.

Dalam cabaran yang dihadapi sepanjang penubuhan rumah sarang burung walet iaitu
persekitaran yang tidak sesuai bagi burung walet, pengusaha mencuba untuk menjadikan
lokasi rumah sarang burung walet itu menjadi lebih selesa dari segi suhu dan juga sumber
makanan burung walet22. Pengusaha burung walet memang tidak dapat menghasilkan
makanan untuk burung walet namun penjagaan alam sekitar dapat menarik perhatian
serangga-serangga kecil. Manakala bagi mengatasi masalah dari segi sumber makanan pula,
pengusaha akan mencuba untuk sentiasa menjaga alam sekitar serta menjaga pokok-pokok di
lokasi tersebut agar kuantiti serangga akan bertambah. Secara spesifiknya, burung walet ini
akan memakan serangga kecil seperti lebah kecil, anai-anai dan juga belalang. Cara Encik

12
021209-12-0680

Awang adalah menanam pokok-pokok yang boleh mengeluarkan bunga di sekeliling lokasi
rumah burung. Pokok tersebut akan dapat menarik perhatian serangga terutamanya lebah
untuk menghisap madu bunga sekaligus sebagai agen pendebungaan. Namun, burung walet
akan menangkap serangga yang berbagai jenis dari masa ke semasa bergantung kepada
musim, kawasan tempat burung walet mencari makanan dan juga musim pembiakan serangga
tersebut. Dengan kepantasan terbang dan juga penglihatan yang tajam burung walet, ia dapat
menangkap serangga dengan kuantiti yang banyak dalam sehari. Jika serangga yang
ditangkap pada masa itu sangat kecil, jumlah serangga yang harus diamakan oleh burung
walet itu supaya kenyang haruslah lebih banyak daripada serangga yang dtangkap dengan
ukuran yang lebih besar dari sebelumnya.

13
021209-12-0680

KESAN PENUBUHAN RUMAH BURUNG WALET TERHADAP SOSIOEKONOMI


MASYARAKAT DI PULAU BANGGI

Sosioekonomi adalah sesuatu yang berkaitan dengan melibatkan unsur-unsur atau


faktor-faktor kemasyarakatan dan juga ekonomi. Industri mahupun sebarang perusahaan amat
penting pada zaman sekarang kerana ianya akan mendatangkan pelbagai kesan serta impak
yang positif terhadap individu, masyarakat dan negara.

Antara kesan yang boleh mendatangkan terhadap individu adalah dapat menyediakan
peluang pekerjaan sekaligus meningkatkan taraf kehidupan individu. Hal ini kerana,
pengusaha akan dapat membuka peluang pekerjaan terhadap individu yang memerlukan
pekerjaan. Contohnya, pengusaha dapat mencari pekerja untuk menjaga rumah sarang burung
tersebut dan juga pekerja untuk mengambil sarang burung walet. Hal ini sekaligus akan dapat
memajukan negara ita kerana dapat mengurangkan jumlah penganggur yang ada di negara
kita bahkan akibat daripada pandemik ini. Terbukti bahawa penubuhan dalam industri sarang
burung walet ini dapat memberi peluang pekerjaan serta dapat membantu mereka untuk
menampung diri dan juga keluarga mereka.

Perkembangan daripada perusahaan sarang burung walet ini juga dapat membekalkan
sarang burung yang berkualiti dan bukan daripada sarang burung walet yang tiruan. Hal ini
kerana, telah ramai pembekal yang menghasilkan sarang burung tiruan untuk mendapat
keuntungan yang banyak. Kesan daripada itu, pembeli akan mendapat kerugian yang banyak
akibat penjualan sarang burung tiruan daripada pembekal yang tidak bertanggunggungjawab
terhadap pelanggannya. Sebaliknya, ekonomi negara akan berkembang maju dengan adanya
perusahaan sarang burung walet yang boleh dipercayai dan dijamin kualitinya. Oleh itu,
pembeli juga haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dalam pembelian sarang burung
walet dengan cara memeriksa lesen perusahaan pengusaha tersebut. Tambahan pula, ia
sekaligus akan mendapat kepercayaan pembeli untuk membeli secara kekal daripada
pengusaha serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama masyarakat.

Seterusnya, perusahaan sarang burung walet ini bahkan memberikan kesan kepada
negara kerana dapat meningkatkan pendapatan ekonomi kerajaan negara kita daripada
kutipan hasil serta cukai daripada perusahaan ini. Setiap perusahaan haruslah membayar
cukai dengan jumlah yang ditetapkan serta memohon lesen dalam perusahaan ini bagi
memastikan perusahaan yang dijalankan selamat serta akan mendapat keyakinan daripada
pembeli kerana mendapat kelulusan daripada pihak atasan yang lebih berpengalaman.

14
021209-12-0680

KESIMPULAN

Dalam perusahaan sarang burung walet ini telah lama berkembang dan sekarang telah
memasuki fasa baru yang lebih kompleks serta memerlukan inisiatif yang baru. Inisiatif baru
ini telah sejajar dengan cabaran yang dihadapi oleh perusahaan dalam rantaian bekalan
daripada pengeluaran sehinggalah kepada produk akhir kepada pengguna. Namun,
perusahaan kini berdepan dengan cabaran daripada pelbagai peringkat yang membabitkan
tentang pencemaran produk semasa pemprosesan, sistem pematuhan peraturan kesihatan
makanan dan juga penghasilan sarang burung tiruan.

Bagi pengguna pula mereka kini lebih peka dan berhati-hati dalam pemilihan sesuatu
produk. Mereka juga akan mementingkan mutu dan kualiti produk dari segi aspek jaminan
kebersihan dan kesihatan, sumbangan nilai nutrisi produk kepada kesihatan seseorang
individu dan kepekaan kepada isu pematuhan alam sekitar dan haiwan. Oleh itu, pengusaha
dan pihak berkuasa sewajarnya membina satu sistem yang diterima oleh pengguna yang
meliputi kepentingan dalam menjamin kesihatan pengguna serta penjagaan alam sekitar dan
haiwan.

Secara umumnya, perusahaan haruslah dijalankan secara mesra alam. Pengusaha


sewajarnya berusaha dan bekerjasama untuk membangunkan bidang industri yang teratur dan
dapat memberikan keyakinan bukan sahaja terhadap pengguna tempatan bahkan kepada
negara pengimport produk sarang burung walet Malaysia. Manakala pihak berkuasa yang
terbabit dalam industri ini juga seharusnya menyediakan sistem yang telus dan mudah
diamalkan oleh pengusaha. Oleh itu, kerjasama antara kedua-dua pihak juga memainkan
peranan yang penting untuk membina perusahaan yang kukuh dan berdaya saing di peringkat
antarabangsa. Ini merupakan pembinaan daya saing secara sihat yang terbaik kepada negara
kita memandangkan negara kita tidak mampu bersaing dari segi upah buruh dalam industri
seperti pemprosesan sarang burung walet. Kesimpulannya, jaminan perkembangan sesuatu
perusahaan terletak kepada pengukuhan kerjasama di antara semua peringkat rantaian nilai
industri.

15
021209-12-0680

BIBLIOGRAFI

1. Orang sumber
- Encik Awang Tahir, 44 Tahun, Pengusaha Rumah Sarang Burung Walet
- Encik Mohd Sarabi Lajis, 43 Tahun, Saudara kepada Pengusaha Sarang Burung
Walet

2. Karya penulis
- Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Edisi Keempat, Kuala Lumpur

3. Internet
- Cikgu Azis (2018). Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah. Dicapai pada 13 Jun
2021
http://cikguazis.blogspot.com/2018/10/contoh-proposal-sejarah-stpm.html?m=1

- Wikipedia. Burung Walit. Dicapai pada 1 Ogos 2021


https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Burung_Walit

- Wikipedia. Penternakan Burung Walit. Dicapai pada 1 Ogos 2021


https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Penternakan_burung_walit

16
021209-12-0680

NOTA AKHIR

17
1
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Edisi Keempat, Kuala Lumpur
2
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Ekonomi
3
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Edisi Keempat, Kuala Lumpur
4
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Edisi Keempat, Kuala Lumpur
5
Encik Awang Tahir, 44 Tahun, Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
6
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Burung_Walit
7
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Penternakan_burung_walit
8
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Penternakan_burung_walit
9
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Edisi Keempat, Kuala Lumpur
10
Encik Awang Tahir, 44 Tahun, Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
11
Encik Awang Tahir, 44 Tahun, Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
12
Encik Mohd Sarabi Bin Lajis, 45 Tahun, Ahli Keluarga Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
13
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Edisi Keempat, Kuala Lumpur
14
Encik Mohd Sarabi Bin Lajis, 45 Tahun, Ahli Keluarga Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
15
Encik Mohd Sarabi Bin Lajis, 45 Tahun, Ahli Keluarga Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
16
Encik Mohd Sarabi Bin Lajis, 45 Tahun, Ahli Keluarga Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
17
Encik Awang Tahir, 44 Tahun, Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
18
Encik Mohd Sarabi Bin Lajis, 45 Tahun, Ahli Keluarga Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
19
Encik Awang Tahir, 44 Tahun, Pemilik Rumah Sarang Burung Walet

Encik Mohd Sarabi Bin Lajis, 45 Tahun, Ahli Keluarga Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
20
Encik Awang Tahir, 44 Tahun, Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
21
Encik Awang Tahir, 44 Tahun, Pemilik Rumah Sarang Burung Walet
22
Encik Awang Tahir, 44 Tahun, Pemilik Rumah Sarang Burung Walet

Anda mungkin juga menyukai