Anda di halaman 1dari 2

Covid-19 Itu Nyata

Telefon bimbit Haliza berbunyi. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Zuhur. Dia
mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan dia dalam beg tangannya. Haliza tersenyum
lebar. Alice rupanya yang menelefon. Dia menjawab panggilan itu. “Selamat tengah hari
Haliza.” Suara ceria Alice menyapanya di hujung telefon. “Selamat tengah hari Alice. Awak
dekat mana?” “Dekat pejabat la. Dah makan?” “Belum lagi. Saya baru lepas solat Alice.
Lepas ni baru nak makan. Awak tahu tak Alice, virus Corona dari Wuhan tu sekarang dah ada
kat Malaysia.” “Betul ke, bahaya ke?” “Sangat bahaya Alice. Boleh bawa maut. Mudah
berjangkit.” “Alah, Alice tak kisah. Sahabat Alice kan doktor. Apa guna ada sahabat doktor.
Hahaha.” Seloroh Alice selamba. “Jangan cari fasal. Doktor dan jururawat pun ramai yang
mati kerana virus ni tau. Saya pun bimbang. Sayakan ada sakit asma.” “Awak hati-hati.
Pastikan sentiasa memakai penutup muka dan hidung.” “Iya, saya tahu. Di hotel memang ada
SOP untuk kami. Jangan risau.” “Tapi yang penting percutian hujung bulan ni jadilah ya.”
“Baiklah….Panjang umur kita cuti bersama-sama ya.” Itulah Haliza sahabat karib Alice.
Alice sangat mengagumi Haliza sejak mereka di alam persekolahan lagi. Kegigihan dan
ketabahan Haliza mengharungi hidup membanggakan Alice.

Doktor Haliza lahir dari keluarga yang susah. Ayah dan ibunya telah lama meninggal
dunia. Dia anak yatim piatu. Dia dijaga oleh neneknya selepas kematian kedua-dua orang
tuanya. Tidak habis di situ, Allah mengujinya lagi dengan nenek yang dikasihi dan menjadi
tempat bergantung hidup pergi meninggalkannya buat selama-lamanya semasa di universiti.
Dia kemdian dijaga oleh ibu saudaranya sehingga dia berjaya menamatkan pengajian dan
bergelar seorang doktor.

Namun Alice dan Haliza tidak pernah terputus hubungan persekolahan sehinggalah
mereka ke alam pekerjaan, dan sering berhubung melalui telefon. Sesekali mereka keluar
minum bersama-sama pada waktu cuti. “Ailce, awak tahu tak hari ini dah diisytiharkan
Covid-19 ini pandemik.” “Tak tahu…Hehehe.” Usik Alice. “Ei…Jangan mengada-ngada!”
“Hehehe…Pandemik tu macam mana? Apa beza dengan epidemik? Apa bendanya pandemik
tu?” “Epidemik tu bila sesuatu penyakit tu meningkat dalam kadar yang tinggi di satu-satu
tempat dalam tempoh tertentu. Tapi bila ia dah merebak ke semua tempat dan ke seluruh
dunia ia dipanggil pandemik.” “Oh, menakutkan.” ‘Memang menakutkan Alice, kami sangat
sibuk di hospital membuat pelbagai persiapan. Saya minta maaf ya kalau kita tak dapat keluar
minum seperti selalu. Hari ini pun saya rasa letih sangat. Badan pun rasa nak demam.” “Eh
tak apa, Alice faham. Awak pergilah berehat dan jaga kesihatan selalu ya. Pastikan awak
terus mandi dengan bersih selepas balik dari kerja.” Pesan Alice lagi sebelum mereka bingkas
bangun untuk balik.

Sehinggalah pada suatu hari Alice menerima panggilan daripada Haliza. “Alice saya
nak beritahu satu perkara. Awak jangan terkejut ya. Dan awak janji dengan saya awak jangan
susah hati.” Kata Haliza. “Lain macam kata-kata awak ni Haliza. Jangan buat Alice risau.”
“Macam ni, saya disahkan positif Covid-19.” Alice bungkam seketika. ”Macam mana boleh
jadi macam ni? Awak tak pakai PPE ke?” “ Apa boleh buat? Dah saya kena jangkitan ini.
Saya akan ditahan di wad. Kalau apa-apa berlaku atau kita terputus hubungan awak boleh
hubungi kawan saya Dr Hui Min. Nanti dia boleh jumpa saya.” “Baiklah Haliza, Alice berdoa
semoga awak sembuh.” “Terima kasih Alice, saya harap saya akan sihat semula.”

Masa berlalu begitu pantas. Hampir dua minggu Haliza dirawat. Namun keadaannya
masih belum membaik. Malam itu sekitar jam 2 pagi, Haliza menghantar satu pesanan di
telefon bimbit Alice. Haliza mengatakan dia akan dimasukkan ke ICU untuk ditidurkan.
Sebaik sahaja Alice ingin menghubungi, ternyata telefon bimbit Haliza telah dimatikan. Pada
hari yang sama Alice dihubungi Doktor Min Soon memaklumkannya keadaan Haliza
semakin merosot. Air mata Alice mengalir deras mendengar khabar duka sahabatnya itu.
Perkara yang ditakuti nya telah berlaku. Segala-galanya amat berat untuk ditanggung.
Akhirnya di pagi Jumaat yang mulia Doktor Haliza menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Covid-19 telah meragut nyawa srikandi barisan hadapan. Yang terkorban dan berkorban
untuk masyarakat. Dunia Alice terasa kelam seketika mengenang sahabat baiknya itu.
‘Covid-19 adalah nyata.” Bisik hati kecil Alice.

Anda mungkin juga menyukai