Anda di halaman 1dari 1

Hari guru

Pada 16 Mei 2011 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan


sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan ini adalah untuk
mengingati jasa guru yang telah mendidik murid dengan
berdedikasi.

                Sejak awal pagi, semua murid, guru-guru dan ahli


Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah berkumpul di dewan sekolah.
Dewan sekolah telah dihias dengan belon-belon yang cantik. Para
hadirin mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan
sebelum majlis bermula.

                Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan
doa. Selepas itu, juruacara menjemput Guru Besar SJK(C ) Chung
Hua Spaoh untuk memberi ucapan perasmian. Majlis telah
dirasmikan oleh Guru Besar.

                Seterusnya, persembahan koir, nyanyian dan tarian yang


dipersembahkan oleh murid-murid dijalankan. Para tetamu
terhibur dengan persembahan yang menarik ini. Selain itu,
sukaneka yang melibatkan guru, murid-murid dan ibu bapa juga
dijalankan. Semua hadirin bermain dengan girang sekali.

                Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi untuk para hadirin
berehat seketika. Semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan
khas yang telah disediakan disediakan oleh kantin sekolah dan ibu
bapa. Semua makanan yang disediakan sedap-sedap belak

Anda mungkin juga menyukai