Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Kebangsaan (Lktp) Chini Timur 2

Felda Chini Timur 2,


26690, Chini, Pekan,
Pahang, Malaysia

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI JADI PERDANA
MURID PRASEKOLAH SK (LKTP) CHINI TIMUR 2
SESI TAHUN 2021

TARIKH / HARI :

13 JANUARI 2022/ KHAMIS

MASA :

7.30 PAGI – 11.30 PAGI

TEMPAT :

DEWAN IBNU KHALDUN


KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI JADI PERDANA
MURID PRASEKOLAH
SK (LKTP) CHINI TIMUR 2

1.0 Pengenalan

Sambutan hari lahir merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh kanak-kanak.
Di samping dapat mengingati tarikh lahir sendiri, mereka juga dapat melahirkan
rasa syukur dengan umur mereka. Program ini dapat mengeratkan hubungan guru
dengan murid sebagai satu wadah dalam program amalan guru penyayang.

2.0 Tajuk

Sambutan Hari Jadi Perdana Murid Prasekolah.

3.0 Matlamat

Bermatlamat untuk memupuk hubungan yang erat di antara murid dan guru.

4.0 Objektif

4.1 Menanam sikap bersyukur dan berasa dihargai oleh guru, rakan dan
masyarakat

4.2 Salah satu program Guru Penyayang

4.3 Mengeratkan hubungan guru dan murid

5.0 Rasional

Perasaan disayangi dan dihargai akan membina satu situasi yang kondusif bagi
kanak-kanak membesar. Kestabilan emosi akan membolehkan mereka membesar
dengan ceria dan menjadi individu yang mampu bersyukur dan hidup berkasih-
sayang.
6.0 Sasaran

 25 orang Murid Prasekolah Al-Iman


 25 orang Murid Prasekolah Al-Hidayah
 25 orang Murid Prasekolah At-Taqwa
 3 orang Guru Prasekolah
 3 orang PPM
 3 orang Guru Pendidikan Islam

7.0 CADANGAN PROGRAM

TARIKH : 13 Januari 2022


HARI : Khamis
MASA : 7.30 pagi – 11.30 pagi
TEMPAT : Dewan Ibnu Sina

8.0 Sumber Kewangan

8.1 Peruntukan Bantuan Makanan Prasekolah

9.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA HARGA CATATAN

1. Set Chicken Chop dan Nasi goreng RM15 x 75 = RM1125

2. Kek cawan RM3 X 75 = RM225

3. Buah-buahan RM55 X 3 = RM165

4. Kek RM60 X 6 = RM360 Peruntukan Bantuan


5. Set sandwich RM6 X 75 = RM450 Makanan Prasekolah

6. Set roti jala RM6 X 75 =RM450

7. Air koktel RM75 x 3 =RM225

8. Goodies makanan RM5 x 75 = RM375

Jumlah RM 3375
10.0 Tentatif Program

Masa Aktiviti

7.30 pagi - Murid berkumpul di prasekolah

- Sarapan

8.30 pagi - Aktiviti 1: Menghasilkan topi hari jadi

- Aktiviti 2: Menghasilkan kad ucapan hari jadi

9.30 pagi - Penyampaian hadiah

10.00 pagi - Nyanyian lagu selamat hari jadi

- Pemotongan kek

- Sesi bergambar

- Jamuan Makan

11.30 pagi - Bersurai

11.0 Penutup

Melalui aktiviti ini, diharap semua murid akan berasa seronok dan dihargai. Semoga
suatu hari nanti, mereka akan menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan
nikmat hidup dan mampu menyayangi rakan dan masyarakat.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh

………………………………….. ………………………………

EN RAMLI BIN NOORDIN,


PENYELARAS PRASEKOLAH SK
(LKTP) CHINI TIMUR 2,
SK (LKTP) CHINI TIMUR 2

Anda mungkin juga menyukai