Anda di halaman 1dari 3

SMK DESA PERDANA

KERJA MASA CUTI


BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1

1. Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat ………. Kerana hujan turun


dengan lebatnya.
A. berteduh
B. bernaung
C. bermalan
D. bersembunyi

2. Polis dan tentera bersiap sedia untuk mengawal keadaan yang semakin ………… itu.
A. getir
B. keruh
C. bising
D. genting

3. Mereka ……….. Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan.


A. melukiskan
B. mewarnakan
C. mengibarkan
D. menggantungkan

4. Pasar Raya Super Jimat akan membuat …………. harga barangan secara besar-besaran
sempena Hari Krismas.
A. turunan
B. menurun
C. keturunan
D. penurunan

5. Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber telah ditubuhkan …….. membanteras jenayah penipuan
atas talian yang semakin berleluasa.
A. bagi
B. pada
C. oleh
D. tentang

6. Pokok-pokok padi yang ditiup angin itu telah menimbulkan suasana yang nyaman.
A. berkibar-kibar
B. berlambai-lambai
C. bergoyang-goyang
D. berlenggok-lenggok

7. Akibat sikapnya yang ……….. batas, Syahir tidak dibenarkan pergi ke mana-mana tanpa
persetujuan bapanya.
A. terlampau
B. melampau
C. melampaui
D. melampau-lampau

8. Buku yang memuatkan pelbagai kisah kejayaan ………. terkemuka itu mendapat sambutan
daripada ahli perniagaan.
A. wartawan
B. usahawan
C. karyawan
D. budayawan

9. Pelbagai jenis bahan bacaan terdapat di perpustakaan, …….. para murid tidak
memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
A. walaupun
B. malahan
C. bahkan
D. namun

10. Pasukan …… dari Malaysia telah berlepas ke Indonesia untuk membantu mangsa tsunami.
A. negarawan
B. setiakawan
C. sukarelawan
D. cendekiawan

11. Mereka sudah berusaha dengan ……… dalam perlawanan itu tetapi nasib tidak menyebelahi
mereka apabila kalah dengan juara bertahan itu.
A. seelok-eloknya
B. sebaik-baiknya
C. setidak-tidaknya
D. sekurang-kurangnya

12. Doktor telah menjalankan …….. terhadap kanak-kanak itu untuk mengetahui penyakit yang
dihidapinya.
A. penyelidikan
B. pemeriksaan
C. pengkajian
D. penelitian

13. Kaunter itu ditutup pada waktu rehat dan ……. pertanyaan tidak akan dilayan.
A. segala
B. beberapa
C. seluruh
D. sekalian

14. Puan Zara …….kanak-kanak itu seperti anaknya sendiri.


A. pelakuan
B. kelakuan
C. melakukan
D. memperlakukan
15. Semua warga sekolah bersedih atas persaraan Pengetua itu kerana ………… seorang yang
ramah dan baik hati.
A. dia
B. kalian
C. beliau
D. baginda

16. “……….kah yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti?’’ tanya Cikgu Umie kepada Mira.
A. Apa
B. Bila
C. Mana
D. siapa

17. Pekerja-pekerja kilang itu tidak mahu bersurai ……… mereka tidak menerima tunggakan gaji
daripada majikan.
A. selagi
B. malahan
C. walaupun
D. tambahan

18. Wajah Pak Rahmat ….. apabila melihat hasil tangkapan yang diperolehnya pada petang itu.
A. berseri-seri
B. berkilau-kilau
C. berpinar-pinar
D. bercahaya-cahaya

19. Sempena promosi hujung tahun, pelbagai ……….. komputer dijual dengan harga yang murah
di kedai itu.
A. beralat
B. dialatkan
C. peralatan
D. memperalatkan

20. “Kalian boleh bersurai sekiranya tiada ……….. soalan,” kata Cikgu Zakuan.
A. apa
B. siapa
C. apa-apa
D. mana-mana

Anda mungkin juga menyukai