Anda di halaman 1dari 2

MUSICAL INTELLIGENCE / KECERDASAN MUZIK / AUDITORI

Murid yang mempunyai kecerdasan muzikal yang tinggi lebih mudah belajar
menggunakan ritma. Mereka lebih sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di
persekitaran. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta
dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah
mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh
mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada
lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan,
melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai
kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap
yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen,
Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.

Kekuatan individu yang mempunyai kecerdasan muzikal


 Skill mendengar yang amat bagus
 Lebih tertarik kepada bunyi dan muzik
 Boleh mengenal pasti ritma, tempo dalam pelbagai perkara

Antara aktiviti yang bersesuaian adalah seperti berikut :


 Menulis dan membaca puisi
 Menari untuk menggambarkan kisah-kisah penting sejarah
 Mencipta lagu atau rap mengenai konsep matematik.
 Menjalankan eksperimen melibatkan bunyi dan getara dalam subjek sains.
 Membaca buku sambal mendengar muzik.
 Membina lagu memori utuk fakta-fakta penting.

Aktiviti yang akan digemari


 Mendengar muzik
 Menyanyikan lagu dan rima
 Bekerja dengan nombor-nombor dan teori nombor.
 Mempelajari bahasa dan tatabahasa
 Belajar dan mentafsir kod

Membantu murid dengan kecerdasan muzikal untuk belajar :


 Menberi mereka buku yg mempunyai bahasa berima.
 Membantu mereka mencipta mnemonics
 Menyediakan mereka buku permainan perkataan dan nombor (pattern game)
 Membantu mereka mencari pattern dalan setiap yang dipelajari
 Bila mempelajari konsep baru, minta mereka menulis dalan bentuk lagu dan emngulang
apa yang dipelajari dengan melodi pilihan sendiri.

Alatan dan bahan yang sesuai :


 Buku Dr Seuss
 Lagu
 Permainan nombor
 Permainan perkataan
 Permainan corak visual
 Permainan symbol dan kod
 Puzzles
 Muzik dari serata dunia
 Alatan muzik

Contoh cara mengajar subjek berbeza kepada murid kecerdasan muzik.

Matematik
 Mengajar sifir berlagu
 Bila murid menyelesaikan masalah, minta murid menyanyikan operasi matematik sambal
membuat langkah kerja.

Sains
 Mengajar dengan berlatangbelakangkan muzik.
 Membuat musical (drama dan dialog nyanyian) mengenai saintis dan penemuan.
 Menggunakan garfu, air , pasir dan sebagainya untuk membuat eksperimen berkaitan
bunyi

Geografi
 Pendedahan kepada negara dan budaya menggunakan alatan muzik ngara tersebut.
 Mengajar/mendengarkan lagu kebangsaan negara yang dipelajari.
 Menunjukkan corak dalam kejadian batu, sungai dan sebagainya,

History
 Menunjukkan alatan muzik pada zaman / era yang dipelajari
 Memperdengarkan muzik / lagu popular pada zaman / era dipelajari
 Menonton filem lama – mengenalpasti bunyi-bunyi dalam filem, mengenal pasti gaya
percakapan.
 Mencipta lagu mengenai peristiwa penting

Cara mengenal pasti murid dengan kecerdasan muzik.

 Suka menyanyi dan humming, bersiul dan bergendang


  Selalu membaca dengan kuat
 Suka dan gembira apabila mendengar muzik
 Pandai bermain alatan muzik
 Mempunyai rima yang bagus
 Pendengar yang baik
 Senang menghafal dan menyanyikan semula melodi dan lagu

Anda mungkin juga menyukai