Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1

Ya Allah ,Ya Ra’ufurrahim,


Kami rafakkan segala puji kepada-Mu kerana mengizinkan kami
untuk berada di Majlis Penangguhan Program Transisi Murid Tahun
1, sesi 2022 pada pagi indah ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui,


Berkatilah usaha-usaha kami ini, mudah-mudahan anak-anak didik
kami ini pada suatu hari nanti akan membesar menjadi seorang insan
yang cemerlang, terbilang , dan seimbang samada dalam aspek
akademik, kokurikulum mahupun sahsiah diri. Dan seterusnya
menjadi generasi yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin,


Besarlah harapan kami, semoga program transisi yang telah murid-
murid tahun 1 ini jalani dapat memberikan impak positif kepada
mereka untuk lebih bersedia bagi meneruskan sesi pembelajaran
sebenar selepas ini. Jadikanlah mereka murid-murid yang sentiasa
dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-
sungguh bersaing untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai