Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan Industry Kelapa Sawit Kepada Manusia Dan Persekitaran.

Oleh: Mohd Hanis Bin Mohd Kassim dan Siti Nurul Shakilla Binti Ahmad Industri kelapa sawit Malaysia telah berkembang dengan pesat dan merupakan sektor pertanian terpenting dari segi sumbangannya ke atas pendapatan eksport negara pada masa ini Malaysia bukan sahaja merupakan pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit tetapi juga sebagai pengeksport terbesar minyak dan lemak di dunia. Pada tahun 2000 jumlah kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit mentah dijangka meningkat kepada 8 tan metrik. Bagi memastikan industri ini terus berkembang dan mempunyai daya persaingan, semua pihak yang terlibat dalam industri ini termasuk sektor perladangan mesti berusaha bersungguh-sungguh dan komited mempertingkatkan kualiti pengeluaran minyak sawit Malaysia. Kajian dan penyelidikan Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan inovasi lumpur gerudi menggunakan bahan buangan kelapa sawit yang berfungsi mempertingkatkan prestasi penggerudian telaga minyak dalam industri minyak dan gas. Lumpur gerudi adalah salah satu aspek penting dalam kejuruteraan gerudi yang berfungsi sebagai pelincir dan penyejuk mata gerudi, selain menstabilkan tekanan dalam dan luar telaga serta mengangkut serpihan gerudi dari dasar telaga. Ketua penyelidikan inovasi lumpur gerudi yang dikenali sebagai ViscoLigno itu, Prof. Madya Dr. Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim berkata, penyelidikan itu disifatkan sebagai penemuan yang mampu mendatangkan pulangan besar kepada masa depan industri minyak dan gas negara. Katanya, ia berikutan kemampuan ViscoLigno menjadi penyelesaian kepada masalah yang sering dihadapi industri berkenaan khususnya yang melibatkan prestasi kurang mapan bagi lumpur gerudi sedia ada dalam pasaran.

`ViscoLigno mampu menjadi penyelesaian empat dalam satu terhadap permasalahan jurutera-jurutera penggerudi iaitu ia berupaya mengekalkan kelikatan lumpur gerudi, mengekalkan kekuatan gel, menstabilkan pH dan merencatkan karat. ``ViscoLigno mampu mengekalkan prestasi lumpur gerudi dari segi kelikatan dan kekuatan gel pada suhu 200C, jauh lebih tinggi daripada produk sedia ada dalam pasaran yang akan terosot apabila dikenakan suhu pada kadar 120C, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media memperkenalkan penemuan tersebut yang dipengerusikan Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia, Prof. Wan Ahmad Kamil Che Mahmood, di sini hari ini. Tambah Mohamad Nasir, kos penghasilan bagi ViscoLigno yang dihasilkan dalam tempoh kurang dua tahun itu adalah RM 116, dianggarkan tiga kali lebih rendah daripada produk sedia ada yang diimport sepenuhnya dari luar negara. ``Penggunaan bahan buangan tempatan menyumbang kepada pengurangan kos dan sekaligus dapat membantu industri penghasilan kertas mengatasi masalah pelupusan sisa kimia mereka, jelasnya. Tambah beliau, penyelidikan ViscoLigno dibiayai geran jangka pendek USM berjumlah RM 40 ribu dan sehingga kini ia telah melalui proses paten di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Sementara itu, Wan Ahmad Kamil pula berkata, penyelidikan ViscoLigno bersifat

serampang dua mata yang bermatlamat untuk menyelesaikan masalah pelupusan sisa buangan pertanian di samping menghasilkan satu produk yang berimpak tinggi kepada bidang teknologi negara. Katanya, dengan pengalaman lebih 40 tahun ceburi petroleum dan gas, Malaysia seharusnya melihat inovasi USM ini mampu memberi masa depan baru dan menjadi salah satu harta intelek penting bagi memartabatkan pencapaian pembangunan di teknologi tempatan. Kepentingan kelapa sawit kepada manusia Sumber tenaga alternatif Minyak kelapa digunakan sebagai salah satu bahan mentah dari produksi biodiesel, bahan bakar yang berasal dari minyak sayur atau lemak hewani. Pada umumnya, biodiesel ini bisa diturunkan tingkatannya dan, saat terbakar, memiliki emisi yang lebih sedikit dibandingkan dengan bahan bakar petroleum tradisional. Biasanya, biofeul ini dicampur dengan bahan bakar petroleum tradisional, walau memungkinkan pula untuk menjalankan mesin diesel hanya dengan menggunakan biodieasel, yang menjadikannya menjanjikan sebagai sumber energi alternatif pengganti bahan bakar fosil. Sumber Kepada Industri Makanan Dan Makanan Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit. Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara. Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia. Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad. Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara. Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain. Produk farmaseutikal Kelapa sawit juga mempunyai banyak khasiat dan kegunaannya terutamanya minyak kelapa sawit yang memiliki nilai tambah berupa kandungan zat beta karoten yang berwarna merah kekuningan. Zat ini boleh diubah menjadi vitamin A di mana ia mempunyai ciri-ciri

biologi yang bermanfaat bagi tubuh badan kita. Di samping itu, minyak kelapa sawit yang lebih dikenali dengan nama crude palm oil (CPO) juga mengandungi pigmen karotenoid yang terdiri daripada komponen alfa, beta, gamma karoten dan lecopene. Mengikut kajian yang dibuat oleh Iwasaki dan Murokoshi pada tahun tahun 1992 didapati karoten minyak kelapa sawit dapat secara berkesan menekan pertumbuhan tumor ganas pada manusia dan ternyata baik alfa karoten mahupun beta karoten kedua-duanya mempunyai ciri-ciri untuk menekan pertumbuhan tumor. Minyak sawit yang mengandungi tokoferol (vitamin E) yang dapat berfungsi sebagai antioksidan dan fitosterol yang merupakan jenis sterol yang sulit diserap oleh saluran pencernaan. Oleh itu, minyak sawit sangat berguna untuk mencegah timbulnya penyakit-penyakit avitaminosis, penyakit tekanan darah tinggi, penyakit jantung koroner dan penyakit kanser Penghasilan Bahan Biojisim Biojisim merujuk kepada tenaga yang dijana dari reputan benda-benda hidup. Bahanbahan ini boleh digunakan sama ada sebagai bahan api atau dalam industri. Selalunya, biojisim merujuk kepada pohonan yang ditanam untuk digunakan sebagai bahan api bio, tetapi reputan pohon atau haiwan yang digunakan dalam penghasilan serat, bahan kimia atau haba juga boleh dikategorikan sebagai biojisim. Selain itu,buangan terbiodejradasikan yang boleh dibakar sebagai bahan api juga dikira sebagai biojisim. Namun bahan organik yang telah ditukar proses goegrogi kepada bahan seperti arang batu atau petroleum tidak dianggap sebagai biojisim. Dalam industri minyak sawit, pelepah dan sisi perahan tandan sawit telah digunakan sebagai biojisim bagi memasak buah sawit sebelum diperah bagi mengeluarkan minyaknya. Pokok sawit hanya menghasilkan 10 peratus minyak daripada pemprosesan buah tandan segar manakala 90 peratus lagi adalah bahan biojisim yang terdiri dari batang, pelepah dan tandan buah kosong. Bahan biojisim sawit yang ada di ladang dan bahan buangan kilang (POME) masih belum dimanfaatkan sepenuhnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Pusat Teknologi Biojisim di Stesen Penyelidikan MPOB/UKM Bangi yang dilengkapkan dengan teknologi terkini menyediakan kemudahan penyelidikan kepada industri dan usahawan tempatan bagi pengeluaran produk kayu berasaskan biojisim sawit untuk pengkomersilan. Penyelidikan MPOB menghasilkan produk berasas biojisim sawit seperti perabut, papan lapis, produk ketumpatan sederhana (MDF), komponen automatif, kertas dan agrolumber. Kepentingan kelapa sawit kepada persekitaran Ekosistem Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda hidup dengan bukan hidup dalam alam semula jadi. Beberapa definisi kelapa sawit yang lazim digunakan kelapa sawit ialah kesatuan ekosistem berupa hamparan lahan berisi sumberdaya alam hayati yang disominasi pepohonan dalam persekutuan alam lingkungannya, yang satu dengan lainnya tidak

dapat dipisahkan (UU RI No. 41 tahun 1999). Kelpa sawit adalah lapangan yang ditumbuhi pepohonan yang secara keseluruhan merupakan persekutuan hidup alam hayati beserta alam lingkungannya atau ekosistem (Kadri, dkk 1992). Hutan adalah masyarakat tetumbuhan yang dikuasai atau didominasi oleh pohon-pohon dan mempunyai keadaan lingkungan yang berbeda dengan di luar hutan (Soerianegara, dkk 1982). Kelapa sawit adalah masyarakat tetumbuhan dan binatang yang hidup dalam lapisan dan permukaan tanah dan terletak pada suatu kawasan, serta membentuk suatu kesatuan ekosistem yang berada dalam keseimbangan yang dinamis. Kesimpulan Industri minyak sawit adalah satu cerita kejayaan Malaysia. Transformasi ekonomi Malaysia daripada negara pengeluar komoditi utama berasaskan pertanian kepada negara pengeluar moden bagi barangan makanan tambah nilai, adalah selaras dengan polisi penswastaan Malaysia dan juga adalah asas kepada polisi pembangunan kerajaan seperti yang termaktub dalam Visi 2020. Dengan mengguna pakai biji benih daripada negara luar dan memperbaiki kaedah penanamannya agar bersesuaian dengan keadaan tempatan, Malaysia kini memiliki sebuah industri bertaraf dunia. Ia adalah hasil visi dan perjuangan ramai pengusaha, baik pada peringkat kerajaan mahupun sektor swasta, yang mempeloporinya dengan polisi strategik termasuk mengadakan dan melaksanakan polisi pengurusan alam sekitar. Seperti yang ditonjolkan oleh pihak industri hari ini, ia telah berkembang mengikut masa untuk menjadi lebih secocok dengan alam sekitar. Tanpa sangsi, pihak industri memang memiliki praktik pengurusan yang terbaik bagi menggalakkan pertanian yang berkekalan. Sebalik semuanya ini, yang nyata industri minyak sawit di Malaysia masih belum berpuas hati dengan rekod pengurusan alam sekitar sedia ada yang menitikberatkan sistem pengurusan kumbahan secara agronomik dan di hujung paip . Pihak industri bertekad untuk berubah, serta komited bagi memasuki satu era pengurusan alam sekitar yang baru.Ia tampak lebih nyata dalam keadaan agenda dunia yang lebih meluas ke arah pembangunan berkekalan. Dengan 90 peratus daripada hasil minyak sawit Malaysia diurusniagakan di pasaran antarabangsa, pertimbangan ke atas tiga perkara utama merangkumi ekonomi, sosial dan alam sekitar, menyerlahkan polisi pihak industri yang menyokong pengeluaran serta pengagihan berterusan, secara ekonomi dan mesra alam, bekalan makan yang selamat dan mudah diperoleh kepada penduduk dunia yang semakin bertambah.