Anda di halaman 1dari 1

Niktalopia (Rabun Malam) dan Apa yang Perlu Dilakukan Rabun Malam atau Niktalopia adalah satu masalah

mata yang biasa berlaku. Niktalopia menyebabkan seseorang sukar melihat pada waktu malam atau di tempat yang kurang cahaya. Terdapat sel di dalam mata yang akan bertanggungjawab membantu kita melihat pada waktu malam atau keadaan kurang cahaya. Walaubagaimana pun, apa yang berlaku ialah berlaku kegagalan fungsi sel tersebut. Antara punca atau sebab Niktalopia berlaku adalah daripada masalah genetik, kecederaan mata, kekurangan zat makanan, atau komplikasi masalah mata yang lain. Seseorang yang mengalami rabun malam sering kali menghadapi gejala penglihatan kabur, kekeringan mata, keletihan mata dan kesukaran melihat dalam keadaan kurang cahaya. Gejala-gejala ini akan meletakkan pesakit dalam keadaan berbahaya terutama ketika malam. Pesakit juga mengalami penurunan mendadak dari segi penglihatan kontra (perbezaan warna seperti putih dan hitam) dan menyebabkan kesukaran melintas jalan yang kurang pencahayaannya. Pesakit juga mengambil masa yang lama untuk mengatur kembali penglihatan sekiranya bergerak dari bilik yang terang ke bilik yang malap. Orang sekeliling perlu bersama pesakit ini sebentar sehingga mereka mendapatkan kembali penglihatan yang lebih baik ketika di dalam bilik yang malap untuk mengelakkan berlakunya kemalangan seperti terjatuh atau cedera. Seorang yang rabun malam tidak seharusnya dibenarkan memandu ketika malam kerana boleh menyebabkan kemalangan. Sekiranya mereka ingin membaca buku, bekalkan pencahayaan yang lebih kerana ianya sangat membantu. Menonton televisyen juga akan menyebabkan mata pesakit cepat letih. Niktalopia biasanya terjadi kerana sel retina tidak dapat memberikan tindak balas yang cepat terhadap cahaya. Kehilangan tindak balas sel ini akan menjadi semakin parah sehinggalah seseorang itu mengidap niktalopia sepenuhnya atau dengan perkataan saintifiknya retinitis pigmentosa yang mana ianya merupakan satu saraf atropi optik di saraf optik. Retinol atau kekurangan vitamin A juga boleh menyebabkan rabun malam di mana akan berlaku kekurangan prestasi retina dan membuatkan mata kering. Katarak juga menyumbang kepada rabun malam kerana terdapat pertumbuhan asing di kanta mata menyebabkan kesukaran untuk cahaya menembusi kanta. Kesan sampingan dari rawatan untuk penyakit myopia atau rabun jauh dan glaucoma juga boleh menyebabkan niktalopia. Apabila gejala rabun malam berlaku, sila berjumpa dengan doktor mata dengan segera. Dalam kes-kes tertentu, doktor akan merujuk kepada pakar untuk sebarang pembedahan mata bagi menyelamatkan penglihatan anda.
Sumber : http://www.arabbiologists.org/getting-to-know-nyctalopia-and-what-you-can-do-aboutit.html

%% "$  #"!       

Anda mungkin juga menyukai