Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari

Guru 2022
Assalamualaikum...

Yang Berusaha Cikgu Nik Abd Rahman Bin Raja Soh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Tanjong,
Yang dihormati Cikgu Norhisham Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kurikulum,

Cikgu Nor Anizah Bin Hamzah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu Azmil Bin Azif, Guru Penolong Kokurikulum,

yang diraikan guru-guru SK Kampong Tanjong dan yang disayangi rakan-rakan sekalian.
Saya Muhammad Ammar Haziq Bin Mohd Hasryzal sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan
menghargai jasa guru. Pada tahun ini, “ GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA ” dipilih sebagai tema
Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan
mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah
kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa
itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca,
menulis dan mengira. Bukan itu sahaja, namun pelbagai sudut guru membantu kita.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.
Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala
nasihat dan bimbingan mereka. Guru banyak berkorban masa demi kita,jadi kita sebagai murid haruslah
menghargai pegorbanan ini dengan sentiasa menghadirkan diri ke sekolah setiap hari tanpa ada alasan
ponteng dalam diri.

Rakan-rakan sekalian,

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga kita berjaya.
Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan
pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. Oleh kerana itu mengapa kita tidak
mengambil peluang ini semasa di sekolah. Berikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran nescaya
ilmu yang diberikan guru suatu yang sukar kita dapati ditempat lain.

Wahai para guru yang kami sayangi,

Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu
sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan serangkap
pantun:

Buah Limau Buah Tembikai


Beli Rambutan Jual Ciku
Hari ini moh ramai ramai
Kita Meriahkan Sambutan Hari Guru
Terima Kasih Cikgu / Kami Sayang Cikgu /

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai