Anda di halaman 1dari 3

10 UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Seorang yang sentiasa DIPERCAYAI maruah dan kehormatan dirinya.


2. Seorang yang TAAT Kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-raja dan
pemimpin-pemimpin Pengakap, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang
dibawahnya.
3. Wajib menjadikan dirinya seorang yang BERGUNA dan suka menolong orang
pada setiap masa.
4. Menjadi sahabat kepada sekalian orang dan BERSAUDARA kepada Pengakap
lain walau apa Negara, pangkat dan agama sekalipun.
5. Seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa BERBUDI.
6. Seorang yang KASIHKAN BINATANG.
7. Seorang yang sentiasa MENURUT PERINTAH dan suruhan ibu bapanya, ketua
kumpulannya, pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan.
8. Seorang yang sentiasa TABAH HATI dan manis mukanya walau dalam masa
kesusahan.
9. Seorang yang sentiasa BERJIMAT cermat
10. Seorang yang sentiasa bersih, SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN dan SUCI
PERBUATAN.

Dipercayai…….Taat berguna

Bersaudara berbudi

Kasihkan binatang……Menurut perintah

Tabah hati beriman

Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan


KEMAHIRAN TABIK DAN HORMAT PENGAKAP,
ISYARAT HORMAT PENGAKAP & COGAN KATA

HORMAT PENGAKAP
TABIK PENGAKAP

COGAN KATA PENGAKAP

Pengakap Kanak-Kanak = BUAT HABIS BAIK

Hormat Pengakap diberikan di dalam keadaan berikut:

1. Semasa menemui pengakap lain samada dalam dan luar negeri sebagai tanda
persaudaraan dan penghormatan.

2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua patrol.

3. Semasa di dalam istiadat –istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

Cara hormat pengakap dilakukan adalah dengan membuat isyarat Pengakap dan dirapatkan
hampir dengan kening mata kanan.

Anda mungkin juga menyukai