Anda di halaman 1dari 1

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Alhamdulillahirrabillalamin..wasalatuwasalamualasyrafil anbiya wal mursalin wa ala alihi wasahbihi


ajmain…
‫اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم‬

- Ya Allah, Panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami,
tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami
pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
segala sesuatu.

- Ya Allah, Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada kami dalam semua
perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan kami demi agamaMu. Jadikanlah kami tergolong
dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus. Ya Allah,
bantulah kami dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh
yang terbaik untuk anak-anak kami. Jadikanlah anak-anak kami sebagai penyejuk mata kami
dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagi kami. Jadikanlah mereka daripada orang yang
mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.

- Ya Allah Ya Rahman,
Lindungilah diri kami daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia &
jin. Lindungilah anak-anak kami daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara
haram dan kemusnahan.

- Berikanlah kejayaan kepada anak-anak kami dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah
kami dan keturunan kami agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan
kumpulkanlah keseluruhan keturunan kami di Jannah al Firdaus.

- Ya Allah selamatkanlah kami & seluruh keluarga kami dari api neraka & jadikanlah kami
daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.

- Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapa kami. Ganjarilah mereka dengan ganjaran
yang paling besar di dunia ini & akhirat. Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan
berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus.

- Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.


Ampunilah dosa-dosa kami, Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, sesungguhnya Engkaulah
Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

- Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini.
Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan
mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

َ ‫ِك َأ ْف َطرْ نا ِب َرحْ َمت‬


‫ِك َيا اَرْ َح َم الرَّ ِح ِمي َْن‬ َ ‫ك آ َمنا َو َع َلى ِر ْزق‬
َ ‫ص ْمنا َو ِب‬ َ ‫اَللّ ُه َّم َل‬
ُ ‫ك‬
(doa berbuka puasa)
Allahummabariklana fimarazaktana wakinaazabannar…
(Doa makan)

ْ‫العا َلمِي‬
َ َّ‫آ ِميْن َيا َرب‬

Anda mungkin juga menyukai