Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI BOKASHI

BOKASHI adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang sama makna dengan bahan organik yang
ditapai dengan mengandungi sekumpulan bakteria aktif dalam bokashi yang di panggil EM (Effective
microorganism). Bokashi juga dikenali sebagai proses yang menukar sisa makanan dan bahan
organik yang serupa kepada pindaan tanah yang menambah nutrien dan memperbaiki tekstur
tanah. Kaedah ini dipinjam daripada amalan petani jepun beberapa kurun yang lalu yang
mencampur (melitupi) sisa makanan yang ingin dijadikan baja kompos menggunakan tanah
yang kaya dengan mikroorganisma yang menapai sisa makanan tersebut. Selepas beberapa
minggu diperam, petani tersebut akan menanam hasil penapaian tersebut di dalam tanah
sehingga ia menjadi sebahagian daripada tanah.

Kebanyakannya menggunakan bahan mikroorganisma yang kini dikenali sebagai


mikroorganisma berkesan (Effective Microorganism (EM1)) yang telah diperkenalkan dalam
pasaran dalam tahun 1980an.

EM1 digaul dengan bahan berasaskan karbon, misalnya habuk gergaji atau sekam padi atau
gandum yang telah digaul dengan gula merah. Bahan tersebut digampur dan diperam di
dalam bekas tertutup untuk menghasilkan aktiviti anaerobik selama beberapa minggu
sebelum ditanam di dalam tanah.

Objektif

 Memperbaiki sifat fizikal tanah, unsusr kimia dan kandungan hidupan dan biologi
tanah.
 Meningkatkan produktiviti tanaman
 Menjaga kestabilan kualiti serta hasil tanaman

RUJUKAN

M Anem. (2015) Bokasi – Apa Dia ?

http://animhosnan.blogspot.com/2015/05/bokasi-apa-dia.html

Anda mungkin juga menyukai