Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT SMA SETIU 2022

ATURCARA TEKS CATATAN


Peringatan Cue: peringatan kepada semua hadirin

7.30 PAGI Para pelajar diminta berdiri sebaik sahaja Pengacara Majlis
mengumumkan perarakan masuk para guru.
Kerjasama semua pelajar amat kami hargai. Terima kasih.

Perarakan masuk Cue: Apabila cue diberikan tetamu masuk ke dewan.


barisan
pentadbir dan Mengumumkan perarakan masuk barisan pentadbir dan para
para guru guru SMA Setiu ke dalam dewan. Semua pelajar diminta berdiri..
8.00 PAGI
Nyanyian Memulakan majlis kita pagi ini dengan nyanyian lagu Negarakau
dan Sekolahku Sejahtera.
1. Lagu Negaraku…
2. Lagu Sekolahku Sejahtera

Cue: Selepas nyanyian

Para pelajar dan guru dipersilakan duduk.

Kata-kata aluan Cue: Semua hadirin duduk

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt…...

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على اشرف االنبياء والمرسلين وعلى اله‬
‫واصحابه اجمعين‬
‫ اما بعد‬.‫رب اشرح لي صدري ويسرلي امري واحلل عقدة من لساني يفقه قولي‬...

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha, Tn. Hj Mohd Kamaruddin Bin Yob,


Pengetua SMA Setiu, Yang Dihormati, Tn. Hj. Anuar Bin Mohd
Amin, Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj Rosman Bin Daud,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Hjh Normah Binti Ali, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan Ketua Bidang, Guru-guru dan
para pelajar yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Para guru dan pelajar yang dirahmati Allah,

Selamat datang ke Majlis Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun


2022.

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari Guru kita raikan.

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi


mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik
anak bangsa.

Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah


warganegara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu
membangunkan negara Malaysia yang berjaya.

Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru
Tunjang Sekolah Sejahtera”

Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Majlis dengan ini menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Shafie Bin


Ali untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Amin amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Bacaan
Perutusan Waktu malam melihat bulan,
Mendengar pungguk berlagu merdu,
Selamat hari guru kami ucapkan,
Kerana jasa menaburkan ilmu
Marilah sama-sama kita mendengar perutusan daripada
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Dipersilakan Puan PK
Kokurikulum untuk menyampaiakannnya….
Dipersilakan pula Tuan PK HEM untuk menbacakan perutusan
daripada Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Malaysia.
Seterusnya dipersilakan pula Tuan Penolong Kanan Pentadbiran
untuk membacakan perutusan daripada Yang Berhormat Senator
Menteri Pendidikan.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan Pengetua ,
bagi membacakan perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada Tuan
Tengetua, Tuan PK Pentadbiran, Tuan PK HEM dan Puan PK Kokurikulum
atas bacaan perutusan sebentar tadi.

Ucapan Wakil Burung pipit burung helang,


Guru terbang tinggi tidak sejajar;
biar sejuta rintangan menghalang,
tetapku gagah teguh mengajar.

Sidang dewan sekalian, seterusnya, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Cg. Mohd Faizul Bin Ismail, Selaku Pengerusi
Kelab Keluarga SMA Setiu untuk menyampaikan ucapan sempena majlis
Hari Guru. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cg. Mohd
Faizul Bin Ismail atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Wakil Teratai Melati Melur dan Mawar,


Pelajar Bunga-Bungaan Harum dan Wangi,
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput, Sdr. Mohd


Luqmanul Hakim Bin Kamaruddin bagi menyampaikan ucapan
sempena majlis Hari Guru untuk mewakili semua pelajar SMA Setiu.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada , Sdr. Mohd
Luqmanul Hakim Bin Kamaruddin, atas ucapan sebentar tadi.
Nyanyian Lagu Para guru dan pelajar yang dikasihi,
‘Guru Malaysia’
Pihak majlis dengan rasa hormatnya menjemput semua guru
untuk berdiri bagi menyanyikan lagu ‘Guru Malaysia’ dengan penuh
semangat demi anak bangsa tercinta. Dipersilakan.

Cue: nyanyian selesai.


Terima kasih kepada semua guru atas nyayian yang begitu
bersemangat yang membakar semangat dalam diri kami semua.

Persembahan Hadirin yang dimuliakan..


Pelajar
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita saksikan persembahan daripada anak-anak murid
tercinta khas buatmu guru. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*************************************
Demikianlah  tadi persembahan dikir barat yang sungguh syahdu
dan silat yang cukup padu  dan istimewa buat guruku tercinta.

Ikrar Guru Hadirin yang dihormati,


Tidak lengkap rasanya sambutan hari tanpa pembaharuan ikrar
daripada guru-guru saban tahun. Dengan itu majlis mempersialakan Tuan
Pengetua untuk mengetuai Lafaz Ikrar Guru. Dengan penuh takzim
majlis mempersilakan…..
Cue: nyanyian selesai.
Terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Tuan
Pengetua atas kesudian mengetua lafaz ikrar itu tadi.

Tayangan Para Pelajar dan Guru Sekali


Multimedia dan Marilah sama-sama kita saksikan tayangan multimedia dan
Rakaman rakaman ucapan sempena hari guru bagi tahun 2022. Dipersilakan…
Ucapan Hari
Guru
Bersurai Cue: Majlis selesai.
Para hadirin yang budiman,

Berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekali lagi syabas dan
tahniah kepada warga SMA Setiu kerana dapat bersama-sama meraikan
sambutan Hari Guru Peringkat sekolah pada tahun ini.

Angin menderu dengan sepoinya,


Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Bunga seroja di atas cemara,


Jatuh sekuntum di atas para;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.

Sekian, wabilahitaufiq walhidayah wasalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.
Saya serahkan kepada bahagian yang mengendalikan sukaneka
hari guru untuk meneruskan acara…dipersilakan…

SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT


SMA SETIU
2022

AGENDA TEKS CATATAN


KATA ALUAN
11.30 PAGI Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt…...

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على اشرف االنبياء والمرسلين وعلى اله‬
‫واصحابه اجمعين‬
‫ اما بعد‬.‫رب اشرح لي صدري ويسرلي امري واحلل عقدة من لساني يفقه قولي‬...

Yang Berusaha, Tn. Hj Mohd Kamaruddin Bin Yob, Pengetua


SMA Setiu, Yang Dihormati, Tn. Hj. Anuar Bin Mohd Amin, Penolong
Kanan Pentadbiran, Tn. Hj Rosman Bin Daud, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Pn. Hjh Normah Binti Ali, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Barisan Ketua Bidang, Guru-guru dan para pelajar yang
dirahmati Allah s.w.t sekalian.

UCAPAN Bersongkok bersampin segak berseri,


PENGACARA Berbaju kurung anggun jelita,
Majlis ramah mesra aidilfitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra.

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah


kurnianya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk
menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita
berpuasa.

Syukur juga kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada


pagi ini bagi meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat
sekolah bagi tahun 2022 setelah dua tahun kita berperang
melawan covid 19.
UCAPAN TUAN Sidang dewan sekalian,
PENGETUA
Ketupat dihidang enak rasanya,
Rendang menjadi pilihan kita,
Bingkisan kata bingkisan raya,
Tuan pengetua bermadah kata

Dengan itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan yang berusaha Tuan Haji Kamaruddin Bin Yob,
Tuan Pengetua SMA Setiu untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormantnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada tuan pengetua atas ucapan sebentar tadi.
PENTAMPAIAN Para tetamu dan pelajar sekalian,
HADIAH
SUKANEKA Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah sukaneka
sempena Majlis Sambutan Hari Guru Yang diadakan sebentar tadi.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan kepada Tn. Pengetua diiringi oleh barisan penolong
kanan untuk menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
****penyampaian hadiah****
Terima kasih Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan hadiah
kepada para pemenang..

BACAAN Hadarin yang dirahmati Allah sekalin,


SELAWAT DAN Bagi menambahkan keberkatan majlis kita ini dan sebelum
DOA menjamu selera, marilah bersama-sama kita beselawat dan
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Utz. Mohd
Shafie Bin Ali.
Dengan segala hormatnya ipersilakan.

-----------------SELAWAT DAN DOA----------------------


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Utz.
Mohd Shafie Bin Ali atas pimpinan selawat dan doa sebentar tadi.
JAMUAN Ketupat lemang biskut kuih raya,
Rendang daging jangan dilupa,
Ayam merah juga sudah tersedia,
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera.

Tanpa membuang masa mejlis mempersilakan hadirin dan semua


yang hadir untuk menikmati juadah yang telah tersedia
dihidangkan.
TAYANGAN Sambil-sambil kita menjamu selera..marilah sama-sama kita
MUTIMEDIA saksikan tayangan multimedia nostalgia di hari
lebaran..dipersilakan…
PENUTUP Sidang dewan sekalian,

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon


mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam memastikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini
dapat dilangsungkan dengan meriahnya. Segala salah dan silap
sepanjang majlis ini harap dimaafi.

Sekian daripada saya,


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Anda mungkin juga menyukai