Anda di halaman 1dari 4

TEKS EMCEE MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN AIDILFITRI

SK INAS 2022

SLOT TEKS CATATAN


KATA ALU- Dari Raub pergi ke Pontian IZ
ALUAN MC Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Dengan bismillah…lafaz dimula, Dengan bismillah… restu


dipinta

1. Yang Berusaha, Cikgu Norazali Bin Shahak, Guru Besar SK


Inas
2. Yang Dihormati, UstazahNormala binti Maarum, Guru Pen
Kanan pentadbiran,
3. Yang Dihormati, Cikgu Azalawati binti Safar, Guru
Penolong Kanan HEM,
4. Yang Dihormati, Ustaz Abdul Talib Bin Pilus, Guru
Penolong Kanan
Kokurikulum,
6. Barisan guru-guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat Datang
ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Pekerja dan Jamuan Hari
Raya tahun 2022

Doa Ke Pekan Kuala membeli bingka, MUALLIM


Bingka dikirim ke hujung kota,
Majlis bermula tirai dibuka,
Doa ditadah restu dipinta

Hadirin Sekalian,
Sebelum memulakan majlis kita pada pagi ini eloklah kiranya
kita mengangkat tangan memohon doa dari Allah semoga
majlis ini diberkati hendaknya. Dengan ini saya menjemput
Ustaz Abdul Talib Bin Pilus untuk memimpin bacaan doa
buat kita semua.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Talib IZ

Cantik sungguh rupa si bingka


Bingka disusun berlima-lima,
Setelah dua tahun tidak bersemuka
TEKS EMCEE MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN AIDILFITRI
SK INAS 2022

Kini Aidilfitri dirai bersama

Cantik Kebarung bertatah Mutiara


Berbenang emas berbutang suasa
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Menjadi Harapan Anak Bangsa

Hadirin dan hadirat murid murid yang dikasihi sekalian, majli


harini adalah untuk meraikan Hari Guru dan Pekerja dan juga
pada masa yang sama mengambil semangat Syawal
meraikan Hari raya Aidilfitri setelah sudah dua tahun tidak
diadakan.

Ucapan Wakil Hadirin dan hadirat warga Sk Inas, bersempena dengan


Pelajar Sambutan Hari Guru ini, pasti ada kata yang diucap, mesej
yang disampaikan dan rasa yang ingin diluahkan oleh murid-
murid kita kepada para guru yang dikasihi. Dengan itu,
marilah sama-sama kita dengarkan sedikit ucapan dari wakil
pelajar kita yang ditujukan khas kepada para guru yang
dikasihi. Dengan itu, dipersilakan adik
…………………………………………untuk menyampaikan ucapan
beliau bagi mewakili seluruh murid-murid SK Inas.

Ucapan Guru Sebelum kita meneruskan majlis kita, tidaklah lengkap dirasa
Besar sekiranya kita tidak mendengar amanat dan ucapan
daripada Tuan Guru Besar kita.

Dengan ini, dengan segala takzimnya dipersilakan Tuan Guru


Besar , Cikgu Norazali bin Shahak untuk menyampaikan
sedikit ucapan buat kita semua.
Bacaan IKrar Terima kasih diucapkan kepada Cikgu ………………… atas MUALLIM
Guru ucapan beliau itu tadi.

“Berjanji setia memikul Amanah


Azam pendidik tidak akan berubah”
InshaAllah

Seterusnya, kita akan beralih ke acara Bacaan Ikrar Guru


oleh guru-guru SK Inas yang akan dipimpin oleh
……………………………….
Dengan ini dipersilakan para guru-guru SK Inas untuk naik ke
pentas untuk membaca ikrar.

Untuk makluman para guru juga, acara ini akan disusuli


dengan nyanyian lagu Tema Sambutan Hari Guru 2022 iaitu
“Sekolah Sejahtera” diikuti lagu Tema Hari Guru. Jadi dengan
TEKS EMCEE MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN AIDILFITRI
SK INAS 2022

ini dimohon untuk para guru untuk kekal di atas pentas


selepas bacaan ikrar.

Nyanyian Lagu Para guru boleh Kembali ke tempat masing-masing. Jutaan IZ


Tema terima kasih diucapkan kepada para guru.

Diharapkan kita akan terus diperkudratkan Ilahi untuk


berpegang teguh pada ikrar yang telah dibacakan itu tadi.

Guru-guru, barisan staf dan warga SK Inas,


Sebagai memeriahkan lagi majlis Sambutan Hari Guru dan
Hari Raya ini, beberapa orang murid telah mempersiapkan
sedikit persembahan istimewa buat hiburan kita semua

Untuk makluman semua , persembahan murid harini adalah


dari gabungan murid Tahun 4, 5 dan 6 yang akan
menyampaikan persembahan Lagu Hari Raya yang bertajuk
……………………………………………… dan
………………………………………… diikuti dengan Kumpulan Nasyid
Voices of Inas yang terdiri daripada murid-murid lelaki Tahun
3 dengan lagu khas untuk para guru bertajuk Man Ana.

Acara Terima kasih dan Syabas diucapkan kepada murid-murid MUALLIM


Memotong Kek Tahun 3 dan Tahap2 di atas persembahan yang menarik itu
tadi.

Seterusnya kita beralih ke acara memotong kek sebagai


simbolik sambutan Hari Guru dan Pekerja pada tahun ini.
Dengan ini dipersilakan semua guru dan staf Sk Inas untuk ke
hadapan dan Bersama dalam acara memotong kek ini.
Acara Teko kaca bertangkai gangsa IZ
Permainan Diisikan kopi dari Jawa
Tradisional Adat tradisi warisan bangsa
Tanda Jati diri bangsa berwibawa

Acara kita seterusnya ialah acara permainan tradisional yang


akan dimainkan oleh para guru beserta beberapa orang
murid terpilih. Sementara para guru bermain permainan
tradisional di sini, murid-murid Tahap 1 akan mewarna
poster di kelas masing-masing.

Jamuan Berucap sudah, bernyanyi sudah, bermain pun sudah. MUALLIM


TEKS EMCEE MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN AIDILFITRI
SK INAS 2022

Tanpa melengahkan masa, marilah kita ke acara kemuncak


pada hari ini iaitu Jamuan Makan.

Dipersilakan para guru, staf dan murid menjamu hidangan


yang ada.

Anda mungkin juga menyukai