Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

TAKLIMAT OREINTASI TAHUN 1 2022

BIL AGENDA TEKS

1. MENGALU- Sirih berlipat, sirih pinang


ALUKN
Sirih dari, Pulau Mutiara,
Pemanis kata, selamat datang,
KEHADIRAN/
Kalimah Bismillah, pembuka bicara,
SALUTASI

Yang Berusaha,

Puan Nor hayati, binti Haron,

Guru Besar, SK Setiawangsa

Yang Berusaha,

Encik Ahmad, Badli Shah, bin Abdul Aziz,

Yang diPertua, PIBG, SK Setiawangsa

Yang Berusaha,

Datin Siti Norlisa, binti Norsham ,

Guru Penolong Kanan, Pentadbiran, SK Setiawangsa

Yang berusaha

Puan Siti Noor Hayati, binti Muhamad,

Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, SK Setiawangsa


Yang berusaha,

Puan Mastura, binti Omar,

Guru Penolong Kanan, Kokurikulum, SK Setiawangsa

Yang berusaha,

En Ahmad Fauzi, bin Arshad,

Guru Penolong Kanan, Petang, SK Setiawangsa

Serta Barisan Guru

dan

ibu bapa sekalian.

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera.

1. UCAPAN ALU- Andai permata, jadi hiasan,


ALUAN
Emas tetap, jadi hantaran,
PENGERUSI
MAJLIS Kedatangan tuanpuan, sangat dialukan,

Jutaan terima kasih, kami ucapkan.

Bersyukur kita, ke hadrat Ilahi, kerana, dengan limpah


kurniaNya, dapat kita bersama-sama, berkumpul, pada pagi ini,
bagi menjayakan,
Program, Celik Ceria, TAHUN 1, 2022
2. BACAAN DOA Kalau pergi, Tanjung Keramat,
Anak manis, jangan diangkat;
Bersama kita, memohon rahmat,
Moga majlis, mendapat berkat.

Hadirin yang budiman,

Bagi memberkati, majlis kita pada hari ini, marilah kita semua,
dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
menghimpunkan, segala harapan, dan hasrat, dengan bait-bait
doa, dan munajat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya,
menjemput, al-fadhil, Ustaz Mohd Safiq, bin Sulor, untuk,
memimpin bacaan doa. Majlis, dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

Amiin.. amin.. amin ya Rabbal Alamin…

Terima kasih, diucapkan kepada, al-fadhil, Ustaz Mohd Safiq,


bin Sulor, atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

4. UCAPAN Hadirin sekalian,


TAKLIMAT
Terbang di awan, burung jentayu,
GURU BESAR
Kerana penat, gugur ke bumi;
Tampillah puan, kami merayu,
Bersama amanat, bekalan kami

Untuk itu, Majlis, dengan penuh takzimnya, menjemput, dan


mempersilakan,

Yang Berusaha

Puan Nor hayati binti Haron,


Guru Besar SK Setiawangsa

untuk memberikan taklimat

‘Program, Celik Ceria, TAHUN 1 2022

Majlis, dengan segala hormatnya, mempersilakan.

 (ucapan tamat)

Majlis, merakamkan setinggi-tinggi, penghargaan ,dan terima


kasih kepada Puan Nor hayati binti Haron,

atas kesudian, memberikan taklimat, sebentar tadi.

Makluman, kepada ibu, bapa, dan penjaga, yang ingin


bertanyakan soalan, bolehlah tulis, di ruangan chat, atau,
menekan butang,rise hand,

Peringatan mesra,

Link kehadiran, pada pagi ini, juga telah disediakan, di ruangan


chat, mohon ibu bapa, yang masih, belum mengisi, bolehlah,
membuat demikian.

Hadirin sekalian, kita sudahpun, berada, di hujung acara. Pihak


9. PENUTUP
majlis, ingin, mengambil kesempatan, memohon maaf, atas
segala kekurangan. Terima kasih juga, kepada semua pihak, yang
terlibat, dalam memastikan, majlis, pada hari ini, berlangsung,
dengan jayanya.

Daun selasih, permainan budak,

Bunga melur, berbau wangi,


Bertaut kasih, bercerai tidak,

Di majlis lain, berjumpa lagi.

Dengan ini, berakhirlah

‘Program, Celik Ceria, TAHUN 1 2022

Majlis, mohon bersurai.

Anda mungkin juga menyukai