Anda di halaman 1dari 7

APAKAH AYAT TOPIK?

Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan.
Ayat topik mempunyai perkara pokok dan satu aspek yang ingin dinyatakan tentang
perkara pokok tersebut.
Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan
pembaca.
Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam
sesebuah penulisan.

APAKAH AYAT HURAIAN?


Ayat huraian berfungsi menyokong ayat topik yang disebut isi sokongan.
Isi sokongan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab
dan akibat, statistik dan contoh.
Biasanya isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan
yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkaitan
antara satu sama lain.
Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi
fokus utama.

Contoh ayat topik :


Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang.
Kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin.
Kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri.
Kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum.
Badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum
AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN
Biasanya isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan
yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkaitan
antara satu sama lain.

JENIS-JENIS PENDAHULUAN 1. Contoh Pendahuluan Jenis Pantun

AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN


APAKAH AYAT TOPIK?
Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan.
Ayat topik mempunyai perkara pokok dan satu aspek yang ingin dinyatakan tentang
perkara pokok tersebut.
Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan
pembaca.
Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam
sesebuah penulisan.

APAKAH AYAT HURAIAN?


Ayat huraian berfungsi menyokong ayat topik yang disebut isi sokongan.
Isi sokongan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab
dan akibat, statistik dan contoh.
Biasanya isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan
yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkaitan
antara satu sama lain.
Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi
fokus utama.

Kadar kemalangan jalan raya di negara dianggap antara yang tertinggi di dunia. Setiap hari,
ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang disiarkan menerusi media massa.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya di negara ini.
Pada hari pertama Ops Sikap XII 2007 dilaporkan bahawa 921 kemalangan telah berlaku di
negara ini. Jumlah tersebut meliputi 24 kemalangan maut yang membawa kepada 25
kematian. Ketua Polis Negara yang melaporkan data ini menyatakan rasa tidak puas hati
beliau akan situasi tersebut. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan
kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan keselamatan. Para pengguna
dianggap tidak menghargai diri sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata kerana
berhasrat untuk tiba di destinasi masing-masing dengan cepat. Oleh hal yang demikian,
usaha-usaha yang lebih mapan wajar dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya di negara ini.

APAKAH AYAT PENYIMPUL?


Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis:

ayat yang menyatakan semula ayat topik.

ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.

ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

1. Contoh Pendahuluan Jenis Pantun

Soalan:
Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu
Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang
ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”.Tulis esei anda itu selengkapnya.
Tikar pucuk tikar mengkuang,

Alas nikah raja Melayu;


Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk.
Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk
dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan
pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak
untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara
tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam
kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam
sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.

2. Contoh pendahuluan jenis seni kata lagu

Soalan:
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di
samping meningkatkan taraf hidup golongan petani. Tulis sebuah rencana tentang
sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar
tempatan.

Burung yang berkicau

Air mengalir tenang


Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang
Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia
ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut
menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu
berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara
kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi
sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran
seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita,
sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi
yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus
membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar
dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?

3. Contoh Pendahuluan Jenis Cerita

Soalan:
Bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur dan tsunami telah melanda beberapa
buah negara sejak belakangan ini. Mala petaka ini memerlukan kerjasama sejagat bagi
membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Tulis sebuah rencana mengenai peranan Malaysia
dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana tersebut.
Mbah Maridjan. Lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di Kanahreja Dusun
Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku sebagai pemegang kunci
Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya bila-bila masa sahaja. Beliau yang
tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang sedang mendidih itu mengaku mendapat
perintah daripada Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX yang melantiknya sebagai juru
kunci gunung itu beberapa waktu yang silam. Pengaruh Mbah Maridjan sangat kuat dalam
kalangan penduduk di desanya sehingga beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan
berganjak dari kawasan itu walaupun dipaksa. Persoalannya, apakah yang akan terjadi
kepada seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunung Merapi itu memuntahkan lahar
merahnya? Apakah pula peranan negara ini dalam meringankan beban yang ditanggung
oleh mangsa bencana alam seperti itu, di samping bencana yang lain seumpama tsunami,
banjir lumpur dan taufan?

4. Contoh pendahuluan jenis kata-kata pembesar


Soalan:
Amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini sejak mereka kecil lagi,
seperti kata peribahasa ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal ini bertepatan dengan
hasrat kerajaan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu yang maju dan
berdaya saing. Bincangkan usaha-usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
rakyat negara ini.
”Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing.”

Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil
dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan
keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pasaran
pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha mendapatkan keterampilan yang lain
untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat
ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Cerdik pandai sering menganggap
membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membacalah yang
dapat menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu dan pengetahuan. Oleh hal yang
demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memupuk amalan membaca dalam
kalangan rakyat negara ini.
5. Contoh Pendahuluan Jenis Statistik

Soalan:
Kadar kemalangan jalan raya di negara dianggap antara yang tertinggi di dunia. Setiap hari,
ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang disiarkan menerusi media massa.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya di negara ini.
Pada hari pertama Ops Sikap XII 2007 dilaporkan bahawa 921 kemalangana telah berlaku di
negara ini. Jumlah tersebut meliputi 24 kemalangan maut yang membawa kepada 25
kematian. Ketua Polis Negara yang melaporkan data ini menyatakan rasa tidak puas hati
beliau akan situasi tersebut. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan
kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan keselamatan. Para pengguna
dianggap tidak menghargai diri sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata kerana
berhasrat untuk tiba di destinasi masing-masing dengan cepat. Oleh hal yang demikian,
usaha-usaha yang lebih mapan wajar dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya di negara ini.

6. Contoh Pendahuluan Jenis Berita Akhbar


Soalan:
Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara.
Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan
moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna. Berikan pendapat anda tentang
sistem pengangkutan moden di negara ini.

‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka
11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut
dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan
dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri
Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan
awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi
berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia
kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat
beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi
LRT dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai