Anda di halaman 1dari 1

28-Jul-2021

SFS 352/31/1

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan/Pengurus Besar


Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana
Program SIRIM-Fraunhofer

Tuan/Puan,

KAJIAN IMPAK PROGRAM SIRIM-FRAUNHOFER 2016-2020

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada
syarikat tuan/puan sebagai penerima manafaat Program SIRIM-Fraunhofer (SF),
yang telah dikendalikan oleh SIRIM Berhad sejak 2016.

Objektif Program SF adalah bagi meningkatkan produktiviti syarikat PKS di dalam


sektor pembuatan melalui peningkatan aplikasi dan penggunaan teknologi.

Setelah 5 tahun pelaksanaan program, adalah penting bagi SIRIM untuk mengukur
dan menilai keberkesanan serta mengenalpasti ruang untuk penambahbaikan.

Untuk tujuan ini, SIRIM Berhad telah melantik SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd. (STV)
dan IPSOS Strategy3 Sdn. Bhd. (IPSOS) bagi menjalankan kajian impak bagi
program ini. Hasil kajian ini akan menjadi penanda aras serta bagi menambahbaik
pelaksanaan program SF di bawah Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12).

Penglibatan syarikat tuan/puan dalam kajian ini adalah amat penting. Kami amat
berharap agar syarikat tuan/puan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya
kepada STV dan IPSOS bagi memastikan kejayaan kajian ini. Input dan maklumbalas
tuan/puan amat berharga dan segala input adalah untuk tujuan kajian ini sahaja
dan kerahsiaan akan dipastikan.

Kerjasama dan penglibatan aktif syarikat tuan/puan amat dihargai.

Sekian. Terima kasih.

NOR AZLAN MOHD RAMLI


Ketua
Program SIRIM-Fraunhofer
SIRIM Berhad Tel.: 03-5544 6043 | E-mail: norazlan@sirim.my

Anda mungkin juga menyukai