Anda di halaman 1dari 1

Tugasan Harian 8 Mengekalkan keamanan negara tanggungjawab bersama Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mampu menikmati

keamanan dan kestabilan politik yang jarang ditemui di negara-negara lain. Keadaan ini membolehkan ekonomi negara berkembang maju dan menyediakan peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai sektor. Namun demikian, Malaysia tetap menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha mengekalkan keamanan negara malah keaamanan sejagat. Sebagai rakyat Malaysia, nilai cinta akan Negara harus sentiasa diamalkan. Kita harus sentiasa mempunyai perasaan sayang akan negara dengan berusaha untuk menepis segala ancaman dalaman dan luaran yang cuba menggugat keamanan serta keharmonian negara. Misalnya, negara kita sedang menghadapi ancaman najis dadah yang semakin menular dan meningkat saban tahun. Negara bakal kehilangan tenaga kerja serta kepimpinan pelapis jika masalah ini berterusan terjadi. Untuk mengawal ancaman ini menjadi kudis yang merebak, setiap anggota masyarakat perlu mengambil keseda dan ran membantu kerajaan dalam menangani permasalahan ini. Masyarakat harus sentiasa meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan menjauhi diri daripada dadah supaya peratusan penagih tegar dapat diturunkan serta sekali gus mengekalkan keamanan negara. Di samping itu, setiap warganegara harus saling membantu dan bekerjasama supaya keamanan negara tercapai. Sudah acapkali kita dengar tentang berita kes jenayah yang dikaitkan dengan golongan remaja seperti vandalisme, gengsterisme, dan buli. Kejadian ini telah mengugat keamanan negara secara tidak langsung. Usaha membina yang dilakukan pada setiap peringkat amat penting untuk membanteraskan jenayah ini, misalnya ibu bapa berperanan bagi mendidik dan menyampaikan ajaran agama kepada anak mereka supaya mereka tidak akan terjebak ke dalam kancah jenayah tersebut. Sebenarnya, usaha ini harus dilakukan bersama antara semua pihak untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan negara. Pihak sekolah juga dipertanggungjawabkan untuk menasihati pelajar agar kesannya terbabit dalam jenayah-jenayah itu. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan negara daripada anasir yang buruk. Kehidupan yang aman dan damai merupakan teras kepada pembangunan negara yang maju. (288) patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai