Anda di halaman 1dari 7

Mengumumkan ketibaan barisan guru diketuai oleh Guru Besar SK Sentul Utama En Aidil

Azahar bin Ahmad masuk ke dalam dewan Sri Utama, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Bismillah…….

Yang Berusaha ..............


Guru Besar En Aidil Azahar bin Ahmad Guru Besar SK Sentul Utama

Yang Berbahagia .................................


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sentul Utama
En

Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan


Sekolah ....................
Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid yang diraikan serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.


         
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
Kebangsaan Sentul Utama bagi tahun 2022

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya
dapat sama-sama kita berkumpul di dewan yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari
Guru dan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2022 dengan tema : Guru Tunjang Sekolah
SEJAHTERA

Awal Bismillah pembuka bicara 


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua, 
Doa tulus pinta dilafazkan. 

 Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh
Ustaz Wan Hamzah bin Wan Abdullah. Majlis mempersilakan

                                       (bacaan doa)
     Amin Ya Rabbal Alamin. 
 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa sebentar tadi. Semoga
yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
___________________________________________________________________________

1
Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan Wan
Muhammad Khalish Haikal bin Wan Mohammad Sanusi selaku Ketua Pengawas untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
                                                (ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya...

Dipersilakan Cik Siti Mahanom binti Jamal GPK Pentadbiran untuk membacakan Perutusan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...
                                      (ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya dipersilakan Pn Aziah Bt Hamid selaku Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SK Sentul Utama untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.
Majlis mempersilakan.
                                      (ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sudilah tuan tampil ke depan,


Tampil ke depan menyambut salam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya dengan penuh takzimnya mempersilakan Encik Aidil Azahar bin Ahmad Guru
Besar SK Sentul Utama untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan....
                                                (ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

2
Sidang dewan yang dimuliakan,

                          Paluan gendang pembuka majlis,


                               Moden tradisional bersatu senada;
                          Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
                               Barisan guru tersenyum bangga.

          Untuk itu, dijemput semua guru SK Sentul Utama dan KAFA Sentul Utama untuk sama-
sama berdiri bagi acara nyanyian lagu Tema Hari Guru, (Sekolahku SEJAHTERA) Lagu Guru
Malaysia dan lafaz ikrar.
                            
(nyanyian lagu)

Majlis menjemput En Mohammad Rafiq bin Razali Naib Pengerusi Badan Kebajikan Guru SK
Sentul Utama untuk mengetuai bacaan ikrar guru. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Semua guru dan kakitangan di jemput untuk sama-sama kehadapan untuk acara memotong
kek. Untuk pengetahuan semua kek ini telah disumbangkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Sentul Utama

Bagi meneruskan lagi majlis kita, semua guru diminta untuk berada di tepi dewan bagi acara
penyampaian hadiah cenderamata dari murid-murid SK Sentul Utama.

(Sessi pemberian cenderamata oleh murid kepada guru-guru)

(Sessi Pertandingan Guru)

Semua guru dan murid diminta Kembali semula ke dalam dewan bagi acara seterusnya.

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Sebelum kita menjamu selera, marilah kita sama-sama mengaminkan doa makan.

(doa makan)

Hadirin sekalian dijemput makan

3
Hadirin sekalian,

Sambil kita menjamu selera, marilah kita sama-sama saksikan persembahan


nyanyian 2 buah lagu raya yang bertajuk _________________________________________
dan _____________________________________________________________ yang akan
disampaikan oleh kumpulan koir di bawah bimbingan En Amree bin Ahmad Tajuddin. Majlis
mempersilakan.

(persembahan murid 1)

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Amree dan murid-murid diatas persembahan yang hebat
itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan , persembahan guru dari kumpulan satu iaitu


persembahan
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(persembahan guru kump 1)

Majlis mengucapkan ribuan tahniah di atas persembahan yang hebat itu sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan , persembahan guru dari kumpulan dua iaitu


persembahan
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(persembahan guru kump 2)

Majlis mengucapkan ribuan tahniah di atas persembahan yang hebat itu sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan , persembahan guru dari kumpulan tiga iaitu


persembahan
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(persembahan guru kump 3)

Majlis mengucapkan ribuan tahniah di atas persembahan yang hebat itu sebentar tadi.

4
Seterusnya majlis mempersilakan , persembahan guru dari kumpulan empat iaitu
persembahan
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(persembahan guru kump 4)

Majlis mengucapkan ribuan tahniah di atas persembahan yang hebat itu sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan , persembahan guru dari kumpulan lima iaitu


persembahan
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(persembahan guru kump 5)

Majlis mengucapkan ribuan tahniah di atas persembahan yang hebat itu sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis, dijemput sekali lagi pasukan koir sekolah di bawah bimbingan Encik
Amree b. Ahmad Tajuddin bagi menyampaikan lagu yang bertajuk
_______________________________________________________________________

Mari kita berikan tepukan yang gemuruh.

(persembahan murid 2)

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada En Amree dan pasukan koir sekolah dengan
persembahan yang mantap itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi pertukaran hadiah diantara guru-guru, oleh itu diminta
semua guru untuk bersedia dengan hadiah masing-masing.

(rujuk senarai pertukaran hadiah guru)

5
Seterusnya, majlis dengan ini menjemput
___________________________________________________________________________
di iringi _____________________________________________________________________
bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah
dijalankan sebentar tadi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(rujuk senarai pemenang anugerah OOTD dan pertandingan guru)

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________ diatas kesudian


beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian

Sudah tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman bagi penerima anugerah-
anugerah guru yang telah diundi oleh murid-murid. Oleh yang demikian dijemput
________________________________________________________________di iringi oleh
__________________________________________________________________________

Bagi menyampaikan anugerah-anugerah tersebut, Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

(rujuk senarai nama penerima anugerah)

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________ diatas kesudian


beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

6
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya daripada Allah SWT
jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima


kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai