Anda di halaman 1dari 2

NOVEL hebat Joseph Conrad yang berlatar belakangkan Afrika, The Heart of Darkness,

bermula dan berakhir dengan konsep berlandaskan suasana lembab dan suram di kota Brussels,
Belgium. Bagi novelis Poland ini yang dahulunya pelaut, ibu kota Eropah utara itu merupakan
puncak keangkuhan dan kepura-puraan kelas bourgeois: sebuah bandar diliputi istana mewah
dan bangunan awam yang dibiayai keringat hamba di Congo yang bekerja untuk mendapatkan
gading, getah dan sedekad kemudian, kobalt dan tembaga.

Pada pendapat saya, daya tarikan terhadap Afrika (atau mungkin lebih kepada obsesi?) boleh
dikesan kembali ke perkampungan wira komik Tintin. Malah, pengalaman di Brussels bulan
lepas memang seperti digambarkan oleh Conrad, iaitu suasana yang sungguh ‘suram’ dan
berkabus.

Mengapa saya ke Brussels? Sebenarnya, saya ke ibu kota negara yang terkenal dengan strawberi
dan coklat itu untuk menghadiri mesyuarat lembaga pemegang amanah sebuah badan bukan
kerajaan iaitu International Crisis Group atau ICG.

ICG, sebuah lembaga bebas dianggotai pemikir seluruh dunia yang ditubuhkan khas untuk
mencegah dan mencari penyelesaian konflik berbahaya secara global. Pergerakan ini diketuai
Louise Arbour, seorang ahli perundangan Kanada yang amat dihormati, (beliau juga bekas
Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia) bersama kakitangan melebihi 150 orang di
seluruh dunia.

Sewaktu di Brussels saya tertarik dengan sesi di Afrika, sehinggakan ketika ada masa lapang,
saya akan bergegas ke kedai-kedai buku di gedung antik Place Sablon dan Avenue Louise, yang
juga penuh dengan artifak dari Afrika Barat dan Tengah.

Ketika di sana jugalah saya menerima undangan daripada rakan ahli lembaga ICG, Mo Ibrahim
untuk menghadiri acara Mo Ibrahim Foundation’s Governance Weekend di Dakar, ibu kota
Senegal. Didorong keinginan untuk melarikan diri dari kebosanan menunggu Pilihan Raya
Umum Malaysia yang ke-13 yang tidak kunjung tiba, saya mengemas beg dan menuju ke Afrika
menaiki Kenya Airways 777 melalui Bangkok, pada masa sama, berfikir adakah saya telah
hilang kewarasan?

Semasa mendarat di Lapangan Terbang Jomo Kenya di Nairobi, saya terkesima melihat
penumpang dari pesawat sama bergegas untuk menaiki penerbangan sambungan masing-masing
ke destinasi eksotik seperti Kigali, Luanda, Lubumbashi dan Juba – nama yang saya hanya
pernah lihat di atlas.

Pengalaman di Nairobi sungguh membuka mata. Ibu kota Kenya menyerupai kesesakan lalu-
lintas di Jakarta serta terkenal dengan reputasi untuk jenayah. Namun, saya nekad mengelilingi
sekitar bandar untuk berjumpa dengan wartawan, aktivis, penganalisis politik dan penyelidik,
dengan satu tangan menggenggam erat beg saya, takut dirompak!

Walau bagaimanapun, semasa makan malam dengan rakan-rakan di rumah ladang mereka yang
terletak tinggi di kehijauan Ngong Hills, di mana penulis Denmark, Karen Blixen pernah tinggal,
saya kagum dengan kemeriahan di bandar ini, penuh kerancakan dan sungguh dinamik.
Tiga hari kemudian, saya menaiki pesawat lain, mempersiapkan minda untuk perjalanan
sembilan jam, kali ini untuk ke Dakar (melalui Abidjan). Sekali lagi, tertanya-tanya sama ada
kekecewaan dengan politik Malaysia merupakan sebab munasabah untuk saya merantau jauh
dari negara saya?

Mo Ibrahim Foundation’s Governance Weekend sememangnya merangsang minda saya untuk


berfikir dengan lebih mendalam. Ada ketikanya saya berasa seolah-olahnya berada di Indonesia
sekitar tahun 2002: menyaksikan permulaan sesuatu yang sangat dramatik dan penuh potensi.

Saya menghabiskan hujung minggu dengan pertemuan amat bermanfaat. Salah satu daripadanya
adalah makan tengah hari bersama Trevor Manuel, Menteri Perancangan Afrika Selatan yang
bernas, melihat penyanyi Angelique Kidjo yang mempunyai vokal mantap sehingga
menggegarkan auditorium serta duduk semeja dengan salah seorang pemimpin muda sungguh
berkaliber pernah saya jumpai, seorang bekas ahli perbankan dari Cameroon, Mamadou Toure
yang boleh berbahasa Perancis, Jerman, Sepanyol dan Inggeris.

Setelah mempengerusikan panel dengan bekas Presiden Nigeria, Obasanjo Mamadou


menjelaskan beliau aktif membantu menubuhkan gerakan aktivis NGO antaranya Africa 2.0, dan
satu pergerakan khas untuk hartawan simen Nigeria, Aliko Dangote. Ketika beliau bercerita
tentang Dangbara, salah satu dari kilang simen terbesar dan kini paling menguntungkan di dunia,
masa itu terdetik di fikiran, akhirnya saya sudah tiba di Afrika pada masa yang sangat sesuai…

Anda mungkin juga menyukai