Anda di halaman 1dari 2

Marilah sertai Kelab Suami Setia

MUHAMAD MAT YAKIM


30 November 2012

Seorang kawan saya bernama Taat. Taat bin Kamil.  Tidak lama dahulu, ketika heboh isu Kelab
Isteri Taat (KIT), nama Taat pun ikut jadi heboh juga.

Ramai orang bercakap mengenai ‘kehebatan’ Taat yang kononnya beristeri ‘ramai’ hingga
menubuhkan kelab.

Hakikatnya bukanlah begitu. Taat punya hanya seorang isteri. Seperti kebanyakan lelaki, Taat
pun mungkin mahu juga beristeri lebih (ini saya yang kata, bukan dia) . Tetapi untuk itu, bukan
semua lelaki yang mampu.

Hanya yang benar-benar hebat lagi istimewa sahaja boleh melepasi halangannya yang serba
mencabar itu.

Kelab Isteri Taat - manis sungguh nama itu. Tapi yang anehnya, apabila seorang pemimpin KIT
bersuara, ramai yang curiga. Lelaki pun ada yang curiga.

Barang kali lelaki yang curiga pada KIT sama seperti lelaki berumur 40 ke atas melihat balang
gula.

Ya, gula memang manis, memang sedap dan minuman yang tidak ada gula, rasanya tawar, tidak
sedap. Tapi manisnya gula juga adalah racun. Apabila terkena penyakit kencing manis, merana
zahir dan batin.

Begitulah curiganya sesetengah lelaki apabila mendengar nama KIT.

Tetapi pada saya, kecurigaan orang ramai, terutama lelaki kepada kelab itu, lebih disebabkan
kaitannya dengan bekas pemimpin Al-Arqam.

Cuba jika tidak ada kaitan antara KIT dengan kumpulan itu, berbondong-bondong agaknya para
suami menghantar isteri masing-masing masuk KIT. Sekurang-kurangnya dapat selesai separuh
daripada urusan memujuk rayu isteri bagi mereka yang punya hajat pasang satu, dua atau tiga
lagi.

Cerita pasal poligami, lelaki biasanya akan guna alasan ikut sunnah. Kita selalu terlupa bahawa
hukum nikah bukan hanya satu itu saja tapi ada lima iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan haram.
Yang haram itu kita selalu lupa kerana apa juga keadaannya, yang diingat jika pasang lagi dan
lagi, hukumnya ikut sunnah nabi walhal banyak cara lain lagi jika mahu diikut sunnah nabi.

Tidak! Saya bukan antipoligami. Mati hidup balik pun saya tak akan antipoligami dan bagi yang
biasa mengikuti tulisan saya, ini juga bukan petanda saya sudah buang tebiat.

Cumanya saya mahu bawa kita semua merenung soal hukum yang sebenar, dan jangan cuba
hendak memanipulasi hukum untuk semata-mata kerana mahu puaskan nafsu kerana hukum
yang sudah termaktub adalah hukum Allah. Jangan buat main-main!

Ada pun, ramai lelaki mahu berpoligami seumpama memeluk gunung. Nafsu dan keinginan
besar tapi sebenarnya tak mampu. Yang tak mampu itu disimpan senyap-senyap dalam kocek
supaya hajat mahu memeluk gunung yang sudah menggunung, tidak terhalang.

Untuk poligami yang seperti ini, hukumnya adalah haram.

Saya pernah jumpa lelaki poligami yang tidak bekerja. Makan minum isteri-isteri yang tanggung.
Dan hidupnya hanya seperti .... sendiri fikirlah (dan isilah tempat kosong itu)!

Ya, benar Islam membenarkan poligami tapi syaratnya sangat ketat. Jelas dalam al-Quran,
disebut jika mampu dan jika tidak, cukup hanya satu. Meskipun boleh tetapi bukan untuk
sembarangan lelaki.

Jangan mulut saja kata sunnah tapi hati pada nafsu. Perlu ada ilmu. Perlu juga timbang soal
kesihatan. Yalah, apabila meter sudah banyak, jam terbang juga sudah banyak, jangan syok
sendiri soal ‘pick up’.

Memanglah ada banyak pakej ‘untuk lebih kilometer’, urut, pil, tongkat ali dan pelbagai tapi
betulkah ada jaminan?

Kalau benar mahu berkahwin, biarlah sihat seluruh anggota badan, sebelum dan selepas. Jangan
benda yang sudah tidak mahu, dipaksa-paksa, ditelan ubat pelbagai untuk lebih 'power'!

Tengok iklan bateri Energizer pun meleleh air liur, maklumlah 'tagline'nya, LEBIH KUAT,
LEBIH TAHAN LAMA!

Sebab itu, perkahwinan tidak boleh hanya menjurus pada nafsu. Ikutlah resmi orang berilmu.
Jika mahu dan mampu tambah isteri, biarlah menyeronokkan seluruh anggota badan, jangan
hanya yang satu saja.

Sebab yang satu itu, seronoknya tidak lama. Apabila datang sakit kepala, seronok yang satu itu
pun boleh hilang juga.
 
Kalau sudah begitu keadaannya, masuklah sahaja kelab yang akan saya tubuhkan - Kelab Suami
Setia.

Anda mungkin juga menyukai