Anda di halaman 1dari 3

C3011-KEJURUTERAAN JALANRAYA

SISTEM PENYALIRAN JALAN RAYA

 Fungsi penyaliran adalah untuk menyalirkan air permukaan jalan ke longkang atau
parit tepian dan untuk membuang air resapan dari air resapan dari air bumi atau resapan
dari air bawah tanah.

 EMPAT (4) faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan kandungan lembapan


subgred :
1. Resapan dari tanah tinggi
2. Resapan melalui turapan jalan
3. Pergerakan lembapan dari air bumi
4. Pergerakan lembapan dari bahu jalan

 Cara mengatasi masalah perubahan kadungan lembapan ini :

1. Menghalang resapan dari tanah tinggi


Ini biasanya berlaku pada kawasan potongan di mana terdapat lapisan tanah terlap air
(permeable layer) dari lereng bukit hingga ke tanah bawah jalan. Oleh itu, parit pemintas
dipasang di sebelah tanah tinggi sehingga ke lapisan tak terlap air (impermeable layer).
Jika terlalu dalam lapisan tak terlap air, maka memadai sehingga kedalaman 1.25 meter

Rajah : Parit-parit Saliran Bawah Tanah

2. Menghalang Menghalang resapan dari tanah tinggi resapan melalui turapan


C3011-KEJURUTERAAN JALANRAYA

Resapan melalui turapan boleh dihalang dengan membina lapisan ketapak (sub base)
daripada bahan-bahan pasir setebal 100 – 150 mm. Air yang meresap dialirkan melalui
saliran bawah tanah.

Menghalang resapan melalui turapan


3.
Menghalang pergerakan lembapan dari air bumi
Paras air bumi mestilah dipastikan berada sekurang-kurangnya 1 – 1.25 meter bawah aras
formasi jalan. Paras air bumi yang tinggi boleh direndahkan dengan membina parit saliran
bawah tanah di kedua-dua belah jalan bergantung kepada lebar jalan dan jenis tanah.

Menghalang pergerakan lembapan dari air bumi

4. Menghalang pergerakan lembapan dari bahu jalan


C3011-KEJURUTERAAN JALANRAYA

Resapan dari bahu jalan boleh dihalang dengan melanjutkan pembinaan lapisan tapak,
lapisan ketapak dan subgred hingga ke bahu jalan. Ia juga boleh dihalang dengan
menyediakan satu bahan tak kalis air di antara bahu jalan dan turapan.
Kerosakan dari cara ini adalah terlalu kecil san selalunya diambilkira bagi jalan-jalan
penting sahaja.

Menghalang pergerakan lembapan dari bahu jalan

Anda mungkin juga menyukai