Anda di halaman 1dari 2

Pendekatan Masteri Antara pendekatan Konstruktivisme dengan Pendekatam Masteri, masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.

Namun begitu saya memilih pendekatan Materi dan ia lebih relevan untuk p&p dan murid saya. Konsep pembelajaran Masteri ialah satu pendekatan p&p supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar dan guru harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara yang diajar dalam unit-unit @ tajuk sebelum ke unit @ tajuk seterusnya. Saya guru b.melayu tahun 1 pasti akan berdepan dengan murid yang belum mengenal abjad a-z . Kaedah p&p dalam pendekatan masteri seperti menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronok, menggunakan pelbagai abm , mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara, menjalankan penilaian formatif untuk menentukan mereka sudah menguasai perkara yang di ajar dan menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Oleh itu, saya harus memastikan murid dapat mengenal abjad a-z dahulu sebelum beralih untuk mengeja perkataan yang lebih susah. Justeru itu pendekatan Materi lebih relevan untuk p&p dan murid saya.. Pendekatan Masteri Lebih Relevan Pelbagai pendekatan gunakan oleh para guru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran yang dirancang tercapai dan murid dapat menguasai dan memahami kemahiran yang disampaikan dan d iajarkan.Walau apa pun pendekatan yang kita gunakan sama ada Masteri atau Konstruktivisme terserahlah, kesemuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pendelakatan Masteri(PM) digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya memandangkan murid dalam kelas-kelas yang diajar mempunyai tahap kebolehan dan keperluan yang berbeza. Pengajaran Matematik terutamanya Tahap 1 memerlukan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan Belajar yang menarik dan berkesan bagi membolehkan murid memahami konsep asasnya. Pendekatan yang digunakan ini membolehkan saya mengenalpasti tahap kebolehan murid dari aspek : 1. mengesan pencapaian murid 2. mengenal pasti sebab kelemahan murid 3. menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu. Untuk itu, bagi saya Pendekatan Masteri lebih relevan dalam P & P......

Terima kasih di atas maklum balas saudara Azeze....... Tidak semua kemahiran yang kita ajar terus melekat difikiran, kita kena sabar dan sentiasa cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah. 1. Untuk mengesan pencapaian murid sama ada dapat kuasai atau tidak guru mesti rajin "meronda" dalam kelas,setelah latihan diberi guru jangan hanya duduk di atas kerusi

sepatutnya bersama murid dan beri perhatian kepada murid yang sememangnya kita kenal dan tahu kelemahannya. 2. Setiap kali habis sesuatu kemahiran - adakan ujian ringkas dan pastikan jangan meniru. 3. Latihan yang diberi bezakan - murid pandai beri aras tinggi, murid lemah beri aras rendah atau sederhana Hakikatnya guru mesti
y y y

banyak bersabar jika murid susah hendak faham apa yang diajarkan sentiasa berbincang dengan rakan yang lain untuk memantapkan p&p guna kaedah yang mudah difahami murid

So, jangan syok sendiri semasa mengajar .........

Pendekatan konstruktivisme lebih releven Saya sebagai guru yang mengajar Bahasa Melayu tahun 5 dan 6 lebih memilih pendekatan kontruktivisme terutama dalam pengajaran BM kertas 2.Dengan mencungkil dan seterusnya menggunakan pengetahuan sedia ada murid pada awal proses p&p murid berminat dan bersemangat untuk belajar .Seterusnya,semasa aktiviti perbincangan dalam kumpulan, murid dapat menghasilkan idea yang bermakna dan bertepatan dengan kehendak soalan.Aktiviti secara kolaboratif berlaku apabila murid belajar daripada rakan-rakan kumpulan .Murid bukan hanya berkongsi idea dengan rakan dalam kumpulan tetapi berkongsi dengan rakan sekelas melalui aktiviti pembentangan.Murid menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk mengeluarkan idea sendiri yang kritis dan kreatif.Murid juga lebih aktif,tidak hanya menjadi pendengar sahaja.Ruang pertanyaan sentiasa dibuka agar murid lebih faham dan mengelakkan sebarang keraguan berkaitan idea yang dikemukakan.Guru bertindak memurni dan menyusun semula idea serta mengembangkan konsep kefahaman murid. Antara dua pendekatan ini, bagi saya yang lebih relevan ialah pendekatan konstruktivisme. Sebagai guru lebih wajar memilih pendekatan yang boleh melibatkan murid secara aktif dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.Pendekatan kontruktivisme yang berbentuk dinamik, berpusatkan murid membolehkan murid menggunakan imaginasi dan pemikiran untuk membuat interpretasi makna yang sesuai dengan konteks pengetahuan dan pengalaman pembelajaran.Guru berperanan sebagai fasilitator iatu pembimbing pengetahuan dan bukan sebagai penyampai pengetahuan.