Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PROGRAM KELAS ICT 2022

SJK(T) LADANG JURU, 14100 SIMPANG AMPAT, P.PINANG

1.0 PENDAHULUAN
Pembestarian Pendidikan merupakan satu agenda utama Kementerian Pelajaran dalam
pendidikan pada masa ini. Kejayaan Pembestarian Pendidikan sangat bergantung
kepada sokongan dan pelaksanaan konsep pembestarian di sekolah yang berteraskan kepada
penggunaan teknologi pendidikan secara berkesan dalam Pembelajaran dan Pengajaran.

Cabaran besar yang dihadapi dalam Pembestarian Pendidikan adalah untuk memastikan semua
sekolah menggunakan produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan. Pertandingan ICT dapat
menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat luar bandar tentang
Pembestarian Pendidikan dan pengisiannya.

2.0 Rasional
Memupuk kesedaran tentang faedah-faedah menggunakan ICT dalam kehidupan seharian.
Melahirkan murid yang berbakat, lebih kreatif dan inovatif dalam bidang ICT. Melahirkan murid
yang berani dan berdaya saing dalam setiap pertandingan ICT yang dijalankan.

3.0 Matlamat
Program ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih yakin dan berkebolehan menggunakan
komputer.

4.0 Objektif
4.1 Murid akan menyedari bakat sedia ada yang diketengahkan melalui beberapa pertandingan
berkaitan ICT.
4.2 Memberi keseronokan dan pengalaman baru kepada murid melalui pembelajaran ICT di luar
bilik darjah.

5.0 Sasaran
Murid Tahun 2 hingga 6 SJK(T) Ladang Juru.

6.0 Tarikh Pelaksanaan


Jun hingga Disember 2022
7.0 Tempat
Makmal Komputer

8.0 Anggaran Belanjawan

9.0 Penutup
Cabaran besar yang dihadapi dalam Pembestarian Pendidikan adalah untuk memastikan semua
sekolah menggunakan produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan. Pertandingan ICT dapat
menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat luar bandar
tentang Pembestarian Pendidikan dan pengisiannya.

Disediakan Oleh; Disahkan oleh,

................................................. ……………………………
EN. DINESH A/L MURUGAN (PN.MAHESWARI A/P MAHALINGAM)

Guru Penyelaras Bestari Guru Besar


SJK(T) Ladang Juru SJK(T) Ladang Juru

Anda mungkin juga menyukai