Anda di halaman 1dari 3

https://ms.wikipedia.

org/wiki/Hikayat_Hang_Tuah_(Noor_Suraya)#Sinopsis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya QASHA AISY ANAQIE BIN MOHD HESHAM ingin mengulas


buku yang telah saya baca bertajuk Hikayat Hang Tuah oleh Noor
Suraya.

Saya menyukai buku ini kerana ia memaparkan banyak gambar yang


menarik minat saya untuk membaca.

Cerita ini bermula daripada zaman Hang Tuah masih kecil sewaktu
Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Bentan. Di sana dia
bersahabat dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang

1
Lekiu. Mereka sentiasa belayar ke pulau-pulau berhampiran di samping
belajar ilmu mempertahankan diri. Selain menolong bapanya Hang
Mahmud, Hang Tuah juga dihantar untuk mempelajari bahasa dengan
guru-guru bahasa. Hang Tuah seorang yang terang hati, dia dapat
menguasai 12 bahasa pada usia mudanya.

Pada suatu hari Hang Tuah dan kawan-kawannya keluar ke laut dan
mereka bertembung dengan lanun. Hasil kebijaksanaan dan ketangkasan
mereka, Hang Tuah dan kumpulannya berjaya kalahkan lanun. Mereka
juga telah membantu Bendahara yang menghadapi orang mengamuk.
Ekoran daripada dua peristiwa penting itu, kedudukan Hang Tuah
semakin cerah sebagai hamba raja pada mulanya.

Selepas dewasa Hang Tuah dijadikan ‘orang kanan’ Melaka, dia


berkhidmat terus dengan Raja Melaka dengan mendapat gelar
Laksamana Tun Tuah. Hang Tuah ditugaskan meminang Raden Emas
Ayu anak Raja Majapahit ekoran kegagalan Raja Melaka mengahwini
Tun Teja, anak Bendahara Inderputera (Pahang). Hasrat Raja Melaka
berjaya dan urusan peminangan pun berlangsung. Lalu dalam
pertunjukan pertikaman dengan perajurit diraja di Majapahit; Hang Tuah
berjaya mendapatkan keris Taming Sari. Keris ini telah memberi
pengiktirafan Hang Tuah sebagai seorang hulubalang yang terhormat.

Bagaimanapun, sewaktu Sultan Melaka melangsungkan perkahwinannya


dengan Raden Emas Ayu pelbagai ancaman dilakukan oleh Patih Gajah
Mada untuk menguji ketangkasan Hang Tuah dan kawan-kawannya.
Antaranya mengupah seorang perajurit untuk mencuri keris Taming
Sari. Bagaimanapun Hang Tuah dapat menghadapi semuanya dengan
cemerlang. Sebenarnya, Majapahit tidak mahu perkahwinan antara
puteri mereka dengan Raja Melaka berlangsung dengan alasan tidak
mahu puteri itu dibawa tinggal di Melaka.

Cerita ini berakhir dengan zaman kejatuhan Kota Melaka pada puak
Peringgi pada tahun 1511. Dari sudut sedihnya, Hang Tuah pernah
bertikam dengan sahabatnya Hang Jebat. Pertikaman itu membawa pada
kematian Hang Jebat.

2
3

Anda mungkin juga menyukai