Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PANTUN BUDI
Tema: Ketinggian budi bahasa dalam kehidupan seharian akan dipandang mulia oleh masyarakat
Yang kurik kundi, Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi dan
Yang merah saga; bahasa yang tinggi.
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
Bunga melati bunga di darat, Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan
Bunga seroja di tepi kali; dipandang hina.
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Bunga cina di atas batu, Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan
Jatuh daunnya ke dalam ruang; lebih diutamakan daripada budi bahasa.
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
Anak beruk di tepi pantai, Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan kita
Pandai melompat pandai menari; sentiasa berbudi bahasa.
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Tingkap papan kayu bersegi, Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang
Sampan sakat di Pulau Angsa; mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi
lndah tampan kerana budi, bahasa dan tutur kata.
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Padang Temu Padang baiduri, Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan lebih
Tempat raja membangun kota; hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama
Bijak bertemu dengan jauhari, taraf dengannya.
Bagai cincin dengan permata.
1
2. Persoalan
a. Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
b. Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa
akan nilai budi bahasa.
c. Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
d. Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.
e. Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.
f. Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang
bijaksana.
3. Bentuk
a. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
Contohnya, • setiap rangkap empat baris;
c. Ada pembayang dan maksudnya.
d. Jumlah suku kata 4 hingga 7.
e. Pantun jenis terikat.
4. Gaya Bahasa
Nilai Pengajaran
Nilai berbudi bahasa. Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa agar
sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat
2
Nilai mengenang Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi
jasa. kepada kita.
Nilai kebijaksanaan Kita disarankan supaya menjadi golongan yang bijaksana agar
dapat membantu untuk membangunkan bangsa dan negara.