Anda di halaman 1dari 7

KESAN PEPERANGAN MEMBAWA IMPAK NEGATIF

KEPADA SESEBUAH NEGARA

Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan selalu berlaku. Apabila berlaku persaingan yang terlalu sengit, niat untuk melenyapkan kehadiran pesaing lain akan mula bermain di pemikiran manusia secara automatik. Dengan itu, konflik dan pembunuhan berlaku melibatkan dua pihak dengan tujuan

menghapuskan lawan. Senario itu mungkin terkawal sekiranya keadaan tersebut hanya melibatkan dua orang sahaja. Apa pula yang akan berlaku sekiranya keadaan itu melibatkan sekumpulan orang ramai, yang siap siaga dengan peralatan canggih untuk membunuh musuh masing-masing? Sebenarnya, yang disebutkan di atas itu merupakan definisi jelas bagi peperangan atau dalam bahasa Inggerisnya, war. Berdasarkan kamus dewan pula, peperangan dikatakan sebagai perbalahan, pertelingkahan, pergaduhan dan sebagainya. Sudah terang lagi bersuluh, peperangan hanya membawa kemusnahan dan merugikan. Peperangan membawa pelbagai kesan buruk kepada manusia. Peperangan yang biasanya menggunakan peralatan senjata yang semakin canggih, bukan sahaja mengorbankan jiwa manusia malah membawa seribu satu mcm kesan negatif lain. Perang dunia kedua sahaja telah mengorbankan lebih kurang dua juta manusia sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam peperangan tersebut. Kemusnahan perang yang besar inilah yang telah mendorong pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945 yang bertujuan untuk memelihara keamanan dunia.

Peperangan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita . Setiap masa, peperangan berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan dan cuaca. Antara contoh peperangan yang disenaraikan oleh para pengkaji sejarah ialah Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk, pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat dan lain lain. Peperangan sudah menjadi kebiasaan dalam tamadun kita kerana ini adalah sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita peroleh semasa dan selepas peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.

Peperangan, tidak kira skalanya, mesti akan melibatkan nyawa yang terkorban. Kesan perang yang paling nyata ialah ia banyak mengorbankan nyawa manusia. Peperangan adalah berpunca daripada pertikaian di antara manusia. Dengan demikian matlamat perang adalah untuk menawan secara kekerasan sekelompok manusia. Nyawa terpaksa dipertaruhkan kerana setiap pihak tidak mahu mengalah. Biasanya yang terkorban dalam perang ialah mereka yang terbabit secara langsung dalam peperangan iaitu anggota tentera. Bagaimanapun peperangan juga biasanya akan membabitkan nyawa orang awam. Berdasarkan laporan media, kita mendengar beratus-ratus nyawa melayang begitu sahaja. Itu hanya khabar tentang kematian orang awam, apakah yang terjadi kepada askar-askar yang berjuang untuk negara masing-masing? Angka sebenarnya tidak kurang dahsyat berbanding orang awam. Sebagai contoh dalam Perang Teluk yang lalu lebih 10,000 orang awam Iraq terkorban. Ini membuktikan bahawa peperangan akan mengorbankan banyak nyawa manusia., pembunuhan besar-besaran manakala di

Nanjing semasa Perang Dunia Kedua. Lebih 10 juta rakyat dan askar China yang mati terkena bom, dibedil peluru berpandu, ditembak, diperkosa lalu dibunuh oleh askar-askar Jepun. Dalam kalangan mereka yang mati, terdapat juga kanak-kanak yang menjadi

magsa peperangan. Kanak-kanak ini ada yang mati, cacat, dan ada yang trauma seumur hidup mereka. Peperangan sememangnya memberi impak negatif yang besar terhadap golongan ini yang digelar masa depan bangsa sehingga ada yang kecacatan moral akibat desakan masyarakat dan kehilangan kasih sayang daripada orang tersayang yang mati dalam peperangan. Kecacatan yang dialami akan dirasai oleh sesebuah negara pada masa yang akan datang, semuanya hanya kerana peperangan yang mementingkan diri sendiri.

Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta benda awam mahupun harta benda persendirian. Banyak harta benda seperti bangunan, jalan, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, jambatan dan sebagainya lenyap begitu sahaja ekoran kemaraan tentera penceroboh. Peralatan ketenteraan yang semakin canggih seperti bom nuklear, meriam dan peluru berpandu berkeupayaan untuk memusnahkan apa sahaja dalam lingkungan sasarannya. Peluru berpandu Scud yang digunakan oleh Iraq dalam Perang Teluk umpamanya dapat memusnahkan apa sahaja dalam lingkungan 30 meter daripada sasarannya. Ini boleh memusnahkan sejumlah besar harta benda sama ada milik tentera atau orang awam. Bagi tentera, antara harta yang boleh musnah dalam peperangan ialah senjata, kapal pejuang dan kereta perisai, sementara orang ramai akan kehilangan tempat tinggal dan harta. Selain itu, harta benda seperti ternakan, tanaman, alat pengangkutan, hutan juga musnah akibat peperangan yang tidak munasabah. Harta

benda ini merupakan kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan kadar inflasi yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu untuk membeli barang keperluan. Ramai yang terpaksa menjadi perompak, pencuri, pelacur dan terlibat dalam pelbagai masalah sosial semata-mata untuk mencari rezeki hidup. Di Malaysia sendiri, semasa

tahun 1941 hingga 1945, ramai perempuan yang terpaksa menggadai maruah mereka kepada askar-askar Jepun semata-mata ingin hidup. Apa daya mereka, hanya itu yang dapat dilakukan demi memastikan nadi terus berdenyut !

Tambahan pula, peperangan hanya akan memincangkan perjalan ekonomi sesebuah negara. Kehilangan ternakan, tanaman dan sumber ekonomi yang lain nyata melembabkan tahap pertubuhan ekonomi sesebuah negara. Kemusnahan destinasi tarikan pelancong hanya menambahkan lagi kelembapan pertumbuhan ekonomi dan yang pasti sekiranya destinasi tarikan pelancong tidak musnahpun mana mungkin ada pelancong yang ingin datang ke negara yang tengah berperang. Mana mungkin ekonomi yang stabil akan tercapai sekiranya peperangan sudah memusnahkan sumber ekonomi dahulu.

Sistem peralatan perang semakin hari semakin canggih. Setiap negara berusaha untuk mempercekapkan sistem pertahanan masing-masing dan turut berusaha untuk memenangi peperangan dalam apa cara sekalipun. Inilah yang menimbulkan pelbagai gejala seperti penggunaan racun berbentuk bom kimia dan tenaga nuklear. Bahan-bahan ini mempunyai kesan serta-merta dan sampingan yang berbahaya. Selain dapat membunuh manusia melalui kimia yang terbebas melalui letupan, bahan-bahan itu juga mengancam kehidupan dalam jangka masa panjang. Kecacatan yang dialami oleh bayibayi yang dilahirkan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua contohnya, telah banyak dihubungkan dengan kesan sampingan bahan kimia

Juga, peperangan memberi kesan negatif kepada politik sesebuah negara di mana apabila berlaku peperangan pentadbiran sesebuah negara akan sentiasa berubah. Pentadbiran negara akan diambil alih, akan muncul pula pemimpin-peminpin negara

yang baharu. Secara kebiasaannya pemimpin asing hanya akan memintingkan kepentingan negara sendiri dan nasib rakyat negara jajahan belum tentu baik dan sifat tidak puas hati tanah tumpah sendiri ditadbir oleh orang lain pasti timbul. Maka akan sekali lagi sifat tidak puas hati dan tidak mustahil akan berkalunya peperangan. Kemunculan nasionalisme seperti parti-parti politik yang baharu akan muncul contoh yang boleh diberi adalah ketik zaman jajahan jepun di tanah melayu dimana munculnya parti politik seperti U.M.O, M.C.A, M.I.C, dan sebagainya. Parti-parti politik ini ditubuhkan bertujuan untuk merampas semula pentadbiran negara yang ditadbir oleh penjajah. Kesan politik yang lain yang boleh diulas adalah kemaraan kuasa ketenteraan sebagai contoh Parti Komunis Malaya (P.K.M) muncul untuk mentadbir tanah melayu selepas pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima.

Selain itu, peperangan juga mengundang kepada kemusnahan tamadun. Tamaduntamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, dan Inca yang pernah menjadi tersohor dan agung pada suatu ketika dahulu, termusnah pada akhir zaman mereka akibat peperangan. Segala baik dan buruk yang terbina semasa tamadun tersebut hilang bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut. Banyak ilmu, teknologi dan ajaran yang baik dicipta oleh mereka yang arif dalam tamadun tersebut dianggap anasir-anasir buruk oleh pihak yang menceroboh lalu dihapuskan tanpa mengira nilainya menyebabkan manusia hari ini kehilangan banyak khazanah yang agung, seterusnya membawa kepupusan sesuatu bangsa. Mengapakah manusia boleh berbuat apa-apa sahaja untuk menghalang kepupusan spesies haiwan tetapi tidak terhadap kepupusan sesuatu bangsa?

Peperangan juga boleh menyebabkan kepincangan sistem sosial sesebuah negara. Pengalaman negara yang pernah berperang dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum menunjukkan bahawa kesan perang amat besar kepada sistem sosial mereka. Di Yugoslavia yang kini dilanda perang umpamanya, hubungan sentiasa tegang di antara masyarakat Islam dengan bukan Islam disebabkan peperangan di negara mereka. Jumlah orang tua akan melebihi golongan muda dan bilangan perempuan akan melebihi lelaki. Ini kerana orang lelaki yang muda banyak terkorban dalam perang. Keadaan ini sudah tentu menyebabkan sistem sosial sesebuah kelompok masyarakat atau negara itu kurang sempurna.

Krisis makanan juga akan mula dialami oleh rakyat negara yang terlibat. Hal ini kerana, peperangan memusnahkan sumber makanan harian maka berlakulah kekurangan belakan makanan dan juga bekalan makanan disekat oleh pihak penjajah. Selain itu, penyakit berjangkit juga mula melunak akibat kekurangan bekalan makanan. Kekurangan makanan menyebabkan badan kita lemah dan mudah berjangkit dengan penyakit ditambah lagi dengan faktor keadaan sekeliling yang dicemati akibat daripada peperangan dan kekurangan pegawai kesihatan terlatih, penyakit berjangkit merebak dengan pantas ketika peperangan.

Kesimpulannya, peperangan harus dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh tercapai melalui jalan perundingan. Sudah banyak yang kita kehilangan ekoran perbuatan nenek moyang kita yang tidak munasabah. Oleh itu, janganlah kita menghilangkan apaapa yang masih kita ada pada hari ini dan belajarlah daripada sejarah peperangan itu sendiri kerana sejarah pasti mendewasakan kita. Belajarlah daripada sejarah supaya kita

tidak menyesal kelak, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian kerugian dan janganlah membiarkan nasi menjadi bubur.