Anda di halaman 1dari 1

Sambutan Hari Guru

Tujuan Sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk mengingati usaha yang dicurahkan oleh guru
kita semasa mengajar kita.Ia berlangsung setiap tahun pada 16 Mei.Dewan dihiasi oleh belon-belon
dan reben.

Semua murid dan guru berkumpul di dewan sebelum sambutan itu berlangsung.Sambutan
itu dimulai dengan perasmian oleh Guru Besar.Sambutan itu diikuti oleh persembahan nyanyian dan
tarian oleh kedua-dua guru dan murid.Aktiviti sukaneka antara murid dan guru juga turut
berlangsung.

Murid-murid juga memberi bunga kepada guru-guru yang mengajar mereka sebagai tanda
penghargaan.Sambutan itu diakhiri dengan ucapan oleh para guru.Para guru dan murid bersurai
dengan gembira sekali.

Anda mungkin juga menyukai