Anda di halaman 1dari 14

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHASA MELAYU
TAHUN 2

NAMA: _________________________________

Arahan am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya ada satu sahaja
jawapan yang betul itu, kemudian hitamkan pada kertas jawapan kamu.
Soalan 1 hingga Soalan 24
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. ___________________ Encik Wong sedang menyapu sampah.


A Orang kerja
B Orang gaji
C Orang upah

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. _________________ itu menangkap ikan di tengah laut.


A Pesawah
B Nelayan
C Petani

3. “Mengapakah _________________ tidak membawa buku latihan?,” tanya


Cikgu Mazni.
A awak
B kamu
C mereka

2
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. ________________ sudah lima tahun bertugas di Balai Polis Sentul.


A Inspektor Mohan
B Doktor Mazlan
C Cikgu Maznah

5. _________________ hendaklah menggosok gigi setiap hari.


A dia
B aku
C awak

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

3
6. Puan Suraya sedang _________________ pakaian di ruang tamu.
A menggosok
B menyusun
C melipat

7. Kamu mahu makan laksa _________________ mi goreng?


A dan
B atau
C tetapi

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Cikgu Tan menyampaikan hadiah _________________ para pemenang.


A ke
B pada
C kepada

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Faizal berasa haus kerana cuaca sangat _________________.


A dingin

4
B sejuk
C panas

10. _________________, itu pun dia sudah sampai!


A Eh
B Cis
C Amboi

11. ___________________ adik kamu menjumpai dompet itu?


A Siapakah
B Berapakah
C Di manakah

12. Kakak menerima se_____________________ surat daripada posmen.


A keping
B helai
C pucuk

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. ____________________lah masuk ke dalam rumah.


A Jemput
B Tolong
C Minta

5
14. Pasar raya itu dibuka setiap hari ___________________ hari Jumaat.
A atau
B tetapi
C kecuali

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Pak Mat sedang _____________________ buah durian di dusunnya.


A dikutip
B pengutip
C mengutip

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Pak Usop sedang ____________________ sate ayam.


A membakar
B menggoreng
C memanggang

6
Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Adik berasa ___________________ apabila melihat lelaki yang bermisai itu.
A suka
B takut
C sedih

18. Kita perlulah menjauhkan diri ____________________ najis dadah.


A dari
B oleh
C daripada

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19. Encik Wong menyiapkan kerja ____________________ lewat malam.


A dari
B pada
C hingga

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

7
20. Aiman _________________ air kopi dengan perlahan.
A menjilat
B menghirup
C menyedut

21. Semua murid perlu __________________ peraturan sekolah.


A patuhi
B mematuhi
C dipatuhi

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

22. _________________ orang murid duduk berehat di pondok bacaan.


A Separuh
B Setengah
C Beberapa

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.

8
23. Encik Halim membeli dua __________________ kangkung.
A ikat
B gugus
C tandan

Soalan 24 berdasarkan gambar di bawah.

24. Pertunjukan __________________ itu menarik perhatian orang ramai.


A api percik
B api bunga
C bunga api

25. Puan Maria runsing kerana anaknya belum pulang lagi.


Perkataan seerti bagi runsing ialah
A bimbang
B curiga
C takut

9
26. Suasana di pasar malam itu sungguh bising.
Perkataan berlawan bagi bising ialah
A damai
B aman
C senyap

Soalan 27 hingga Soalan 28


Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

27. Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal.


A Bilakah Hari Raya Aidilfitri disambut?
B Mengapakah Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal?
C Adakah Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal?

28. Kami sekeluarga akan bercuti di Pulau Pangkor.


A Di manakah kamu sekeluarga akan bercuti?
B Adakah kamu sekeluarga akan bercuti di Pulau Pangkor?
C Bilakah kamu sekeluarga akan bercuti di Pulau Pangkor?

Soalan 29 hingga Soalan 30


Pilih ayat yang betul.

29. A Pekerja itu berasal daripada Nepal.


B Adik sedang menuntun televisyen.
C Cikgu Faezah ialah guru kelas saya.

10
30. A Cis, ambil pensel kamu!
B Aduh, sakitnya perut saya!
C Hai, cantiknya jam tangan!

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pak Ali dan isterinya tinggal di Kampung Telaga. Kampung Telaga terletak di kaki
bukit. Pak Ali menyara kehidupannya dengan menanam sayur-sayuran. Selain itu,
Pak Ali juga menanam ubi kayu, ubi keledek, dan jagung. Hasil tanamannya dijual di
pasar tani di kampung itu.
Pada suatu hari, kebun sayur-sayuran Pak Ali telah diserang oleh sekumpulan
tikus. Habis tanamannya musnah. Pak Ali dan isterinya terkejut kerana selama ini
tikus-tikus tersebut tidak pernah berbuat sedemikian.
“Biarlah, mungkin tikus-tikus itu dalam kesusahan. Lagipun, itu rezeki
mereka,” kata Pak Ali kepada isterinya.
Pak Ali tidak pernah marah walaupun tanamannya dimusnahkan oleh tikus-
tikus itu. Pak Ali sentiasa bersyukur dengan anugerah Tuhan kepadanya.
Berkat kesabaran Pak Ali itu, akhirnya kebun sayur-sayuran Pak Ali
mengeluarkan hasil yang banyak. Kini, Pak Ali menjadi kaya-raya.

31. Di manakah Pak Ali tinggal?


A Kampung Tikus
B Kampung Tebing

11
C Kampung Telaga

32. Perkataan musnah sama erti dengan


A rosak
B mahal
C habis
33. Apakah yang menyerang kebun sayur-sayuran Pak Ali?
A Tikus
B Arnab
C Kambing

34. Bagaimanakah perasaan Pak Ali apabila kebun sayurnya musnah?


A Marah
B Sedih
C Sabar

35. Apakah sikap Pak Ali yang dapat kita contohi?


A Tikus suka akan tikus
B Menanam banyak jenis sayur
C Selalu bersabar dan bersyukur

12
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aiman : Atuk, kenapa iklan “Halal” selalu disiarkan di televisyen?


Pak Mat : Kerajaan sekarang sedang berusaha menjadikan negara
kita sebagai pengeluar barangan halal terkenal di dunia.
Aiman : Apakah kebaikan barang halal, atuk?
Pak Mat : Sebagai orang Islam, kita mesti menggunakan barang
yang halal dan suci. Oleh sebab itu, kita mesti membeli
barang yang ada logo “Halal”, terutamanya makanan.
Aiman : Kalau begitu, mulai hari ini Aiman akan membeli barang
yang halal saja, atuk.
Pak Mat : Bagus tu, Aiman.

36. Pak Mat sedang berbual dengan siapa?


A Anaknya
B Cucunya
C Adiknya

37. Iklan apakah yang disiarkan di televisyen?


A Iklan halal
B Iklan pakaian
C Iklan kebersihan

38. Apakah perkara yang dibualkan oleh mereka?


A Barang yang halal
B Kebersihan barang
C Kenaikan harga barang

13
39. Bagaimanakah kita dapat mengenali barang halal?
A Melalui logo “Halal”
B Dengan mencium baunya
C Dengan merasa makanan itu

40. Siapakah yang mesti menggunakan barang halal?


A Orang tua
B Orang Islam
C Kanak-kanak

14

Anda mungkin juga menyukai