Anda di halaman 1dari 1

PERHATIAN

Sempena cuti yang panjang kerana Hari Buruh dan Hari Raya Aidilfitri tahun
ini, warga kerja IKMSPU diminta mengambil langkah-langkah keselamatan
sebelum meninggalkan pejabat, bengkel, kelas dan asrama sepertimana garis
panduan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia: -

1. Memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan baik dan


selamat.

2. Memastikan tiada makanan, minuman serta sisa makanan ditinggalkan


bagi mengelakkan makhluk perosak.

3. Memastikan pintu dan tingkap pejabat, bengkel, kelas dan asrama dikunci
dengan selamat.

4. Memastikan peralatan elektrik dan elektronik seperti komputer, printer,


penyaman udara, kipas, lampu, mesin dan sebagainya dimatikan bagi
mengelakkan berlakunya litar pintas dan pembaziran.

5. Memastikan paip air yang tidak digunakan ditutup rapat agar tiada air yang
meleleh bagi mengelakan berlakunya kecelakaan dan pembaziran.

6. Memastikan dokumen penting dan dokumen rahsia rasmi disimpan dan


dikunci dalam peti keselamatan mengikut arahan yang ditetapkan.

Bersama kita bertanggungjawab dan mengutamakan keselamatan perlindungan


aset MARA.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


MAAF ZAHIR BATIN

Anda mungkin juga menyukai