Anda di halaman 1dari 1

IMPAK PANDEMIK COVID 19 TERHADAP EKONOMI MALAYSIA

1.0 Pengangguran dalam tenaga kerja

Pada 18 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi

mengawal penularan covid 19 menyebabkan banyak sektor ekonomi terkesan terutamanya

sektor pekerjaan. Beberapa sektor pekerjaan terpaksa menghentikan operasi untuk suatu

tempoh yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kos perbelanjaan yang masih perlu ditampung

termasuklah gaji pekerja sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan

banyak perniagaan terpaksa melakukan penutupan dan penggunaan tenaga kerja terpaksa

dikurangkan bagi menampung kos perbelanjaan. Hal ini menyebabkan penambahan

pengangguran dalam tenaga kerja yang dapat dilihat melalui Statistik Tenaga Buruh yang

dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pengangguran

pada tahun 2020 (4.5%) lebih tinggi berbanding tahun 2019 (3.3%). Kesan pandemik covid

19 ini membawa kepada pengangguran yang menyebabkan banyak pihak kehilangan punca

pendapatan

Anda mungkin juga menyukai