Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan Profesional

Sebelum memulakan minggu praktikum ini, saya berasa amat gementar memikirkan mengenai cabaran yang bakal dihadapi oleh saya sepanjang 12 minggu praktikum ini. Segala pengalaman mengajar yang jelas sekali berbeza dengan apa yang dikehendaki sepanjang tempoh ini jelas sekali amat berbeza dan memerlukan lebih penumpuan dari saya sebagai pelatih dan guru di sekolah tersebut. Saya juga merasa amat teruja kerana setelah beberapa tahun mengajar tanpa sebarang ilmu pedagogi, saya bakal diuji dengan menggunakan kaedah yang sepatutnya digunakan semasa mengajar dan ini jelas sekali bakal memberikan saya pengalaman yang berharga sepanjang tempoh ini. Di samping itu juga, perasaan takut juga sudah pasti tidak dapat digambarkan walaupun saya bakal ditempatkan di sekolah yang sama namun kaedah pengajaran yang berbeza dari yang biasa digunakan memerlukan lebih tumpuan oleh saya sepanjang tempoh ini . Saya merasa amat gemertar memikirkan samada saya Berjaya melakukan yang terbaik atau tidak sepanjang tempoh ini. Sekolah yang bakal saya ditempatkan ini merupakan sebuah sekolah yang berada di kawasan yang agak terpencil dan terletak dikawasan yang berpenduduk majoritinya berbangsa melayu. Sekolah Kebangsaan Bukit Berta mini merupakan sebuah sekolah yang berprestasi sederhana dan memiliki jumlah pelajar yang agak sedikit disebabkan beberapa faktor persekitaran. Sepanjang 12 minggu praktikum ini, saya merancang untuk cuba membawa perubahan dari segi cara pengajaran kepada murid serta menyumbang ide kepada pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah ini pada masa akan datang.

Akhir kata, walaupun sepanjang tempoh praktikum yang bakal saya lalui ini mungkin memerlukan saya membahagikan masa sepenuhnya antara sekolah dah IPG namun saya berharap saya dapat melakukannya dengan baik .

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

_______________ Khairul Hakimin Bin Mohamad Redhuan (Guru pelatih)

________________ Pn. Munirah Bt Sabran (Guru Pembimbing)

Anda mungkin juga menyukai