Anda di halaman 1dari 56

Amisha Dania

Bab 1
RMAND Danial memandang Zulaika Husna dengan rasa yang pelbagai. Bagaimana mahu menyatakan keinginan dan impiannya pada Zulaika Husna tanpa menjejaskan perancangan yang telah diatur oleh Zulaika Husna? Berapa lama? tanya Armand Danial dengan sabar, lembut dan tenang. Dua tahun? Teragak-agak Zulaika Husna mengangkat dua jarinya. Takut juga hendak menjawab soalan Armand Danial ni. Matanya, walaupun merenung lembut, tetap kelihatan tajam. No... no way baby. Please sayang, try to understand my situation! Armand membantah. Jari-jarinya melurut rambutnya yang agak panjang. Dia merenung tajam Zulaika Husna. Aduh, takkan nak tunggu dua tahun lagi. Lama tu. Dah naik kering aku tunggu ni, bisik Armand Danial perlahan. Dia ni sayang aku ke tidak ni?

Pelukan Cinta

Zulaika Husna senyum dalam gelisah. Serba salah sebenarnya. Dia faham perasaan Armand, tetapi rasanya masih terlalu awal untuk memikirkan soal rumah tangga sekarang ini. Muda lagi ni beb! Suasana damai di rumah nenek Zulaika terasa begitu hening sekali. Mana nenek ni... takkan jadi tinggalkan aku dengan mamat ni berdua aje. Aduh nenek, terlebih sporting la pulak, ngomel Zulaika Husna perlahan. Kenapa gelisah? Tiba-tiba Armand Danial sudah berada rapat dengan Zulaika Husna. Terperanjat bukan kepalang Zulaika Husna. Hesy... abang ni. Mujur Ika tak ada sakit jantung. Jauhlah sikit... tak baik tau dekat-dekat macam ni. Zulaika Husna sudah mula gabra. Tangannya pantas menarik langsir tingkap dan mengemas-ngemas langsir yang memang sudah sedia kemas. Kemudian dia mula menyusun-nyusun bukubuku agama neneknya yang memang sudah tersusun rapi di atas kabinet. Armand Danial ketawa kecil. Dia memang cukup arif dengan perangai Zulaika Husna. Bila Zulaika Husna berada dalam keadaan tidak selesa, tangannya akan mula menyusun apa sahaja yang ada di depan matanya. Buku nenek tu dah kemas sayang, tegur Armand Danial lembut. Aaa? Oh... hmmm.... Tergagap-gagap Zulaika Husna. Perlahan-lahan dia duduk di sofa semula. Dia menundukkan wajahnya. Walau sudah empat tahun mengenali Armand Danial, dia sebenarnya masih malu dengan lelaki itu. Pandangan mata lelaki itu dirasakan begitu tajam yang bermakna. Sangat halus.

Amisha Dania

Dua bulan ek sayang? Armand Danial meminta persetujuan Zulaika Husna. Dua bulan??? Zulaika Husna menelan liurnya. Hu hu hu... dah dekat dah tu. Ah, tidak berani nak beri jaminan ni. Takut! Cepat sangat tu beb! Mati la wa kalau macam ni. He he he... tolong! Mamat ni dulu cakap lain, sekarang lain la pulak... aduh! Yup. Two months is long enough baby. Ika ni sayang abang ke tidak? Armand Danial menduga lagi. Zulaika Husna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serba salah betul rasanya. Mana la nenek ni. Aku tengah pening, dia hilang pulak. Nenek... tolonglah adik, nek! ngomel Zulaika Husna perlahan. Armand Danial merenung Zulaika Husna yang telah jauh dalam angannya. Wajah lembut Zulaika Husna sering membuat tidurnya tidak lena. Zulaika Husna yang sangat manja dan merendah diri. Berpelajaran tinggi tetapi pergaulannya sangat terbatas. Anak manja dalam keluarga, tetapi pandai membawa diri. Tidak mengada-ada. Cukup cekap memasak. Satu sifat Zulaika Husna yang sangat unik, mudah gabra dan melatah. Dia suka mengusiknya. Sayang.... Armand Danial memanggil lembut. Oi, mak sayang! Tiba-tiba Zulaika Husna melatah. Armand Danial ketawa besar. Muka Zulaika Husna merah padam. Dia membulatkan matanya memandang Armand. Sakit hatinya dipermainkan oleh Armand Danial. Apalah abang ni. Jahat. Berangan tak habis-habis. Cium kang baru tahu, usik Armand Danial.

Pelukan Cinta

Abang tu, gatal tak habis-habis. Tak ada kerja lain. Ni kerjalah ni. Dua bulan ya? pujuk Armand Danial tidak putus asa. Takutlah.... Nak takut apa? tanya Armand Danial tidak faham. Ala... takkan tak tahu pulak? Takkan nak cakap kut? Adoi! Zulaika Husna bercakap sendirian. Tak sayang abang? Sayang sangat! Dah tu? Tunggu habis belajarlah abang. Zulaika Husna memujuk manja. Sengaja membuat alasan sebenarnya. Armand Danial merenung Zulaika Husna. Dia mati kutu.

Amisha Dania

Bab 2
da mesra siswa petang ni, kan? tanya Nazwan kepada Armand Danial yang termenung panjang di balkoni pangsapuri mereka. Hmmm.... Armand Danial menjawab malas. Kau terlibat tak? Nazwan menutup buku Harry Porter yang baru habis dibacanya. Dia memang gemar membaca buku sains fiksyen begitu. Ada hajat hendak menulis buku-buku sebegitu, tetapi baru beberapa baris menulis, mata mula berpinar, sudahnya baca sahajalah buku dari karya orang lain. Kalau diikutkan, aku tak terlibat tapi Profesor Marzuki mintak aku tengok-tengokkan budak-budak yang buat program tu. Dengar-dengar ada yang kompelin, ujar Armand Danial panjang lebar. Dia melangkah masuk ke ruang tamu. Kau tak terlibat? sambung Armand Danial bertanya pula kepada Nazwan. Pelajar aktif seperti Nazwan tentu tidak ketinggalan, kata hati Armand Danial.

Pelukan Cinta

Aku bertugas untuk program malam ni. Petang ni aku tak join, tak laratlah nak ikut semua. Banyak sangat program yang mereka rancang, tak terkejar aku. Kau tak apa la, otak geliga... aku ni? Adoi... berbuih baca pun tak masuk jugak. Bengap! Nazwan luku kepalanya sendiri. Armand Danial tergelak kecil melihat perilaku Nazwan. Timbul niatnya hendak mengusik Nazwan. Sahaja suka-suka. Kau nak petua? Armand Danial bertanya. Macam bersungguh sahaja bunyinya. Hendak mengusik la katakan. Eh... ada petua ke? Tentulah aku nak! Beria-ia Nazwan memandang Armand Danial. Rendam buku tu dalam air, lepas tu minum. Armand Danial ketawa besar. Ceh... ingat betul-betul nak bagi petua tadi, ngomel Nazwan dengan muncung dah panjang sedepa. Armand Danial tergelak lagi. Style aku mudah aje... baca, kemudian catat apa yang aku faham melalui pembacaan itu. Aku tak pandai menghafal. Bila aku boleh tulis semula apa yang aku baca, maknanya aku dah fahamlah. Tu la petua aku belajar. Mudahkan? Akhirnya Armand mendedahkan juga cara belajarnya kepada Nazwan. Berkongsi, apalah salahnya. Bukan rugi pun. Lagi berkat adalah! Oh... gitu ek? Aku nak cuba cara kau, mana tahu, sesuai pula dengan otak aku yang bengap ni, ya tak? Armand Danial dan Nazwan sama-sama ketawa.

Amisha Dania

CUACA sangat panas. Armand Danial rimas dengan cuaca yang begini. Matanya menjadi kecil menahan terik matahari. Dia berdiri agak jauh dari kumpulan senior yang menjalankan program minggu mesra siswa bagi universitinya. Sebagai pelajar super-duper senior dia tidak terlibat mengendalikan program begitu, sebaliknya dia diminta menjadi pemerhati agar program berjalan mengikut perancangan. Tidak ada perlakuan melampau yang boleh menyebabkan pelajar hilang tumpuan dalam menentukan hala tuju perjalanan hidup mereka. Armand Danial bergerak ke arah sekumpulan senior perempuan yang sedang mengelilingi tiga orang pelajar baru. Dia melihat ketiga-tiga pelajar perempuan itu mencangkung. Seorang darinya sudah merah matanya. Kenapa pulak ni? Hati Armand Danial tertanyatanya sendiri. Hmmm..kenapa ni Liza? tanya Armand Danial perlahan. Matanya tajam memandang senior yang sedang mengarahkan sesuatu kepada tiga orang freshies di depan mereka. Eh... Abang Danial. Tak ada apa-apa. Kami saja bergurau aje. Tergagap-gagap Liza menjawab. Dia sangat terkejut dengan kehadiran super-duper senior yang sangat terkenal dengan ucapan bisanya itu. Tidak ada seorang pun yang tidak mengenali Armand Danial. Seorang pelajar yang sangat kacak, serius dan cukup bijak. Ramai yang jatuh hati dengannya, tetapi setakat itu sahajalah. Armand tidak pernah ambil pusing dengan gadis-gadis yang meminatinya itu. Baginya kalau setakat berkawan, tidak menjadi masalah, namun untuk bercinta... biar la dulu. Belum melantun-lantun lagi hatinya.

Pelukan Cinta

Kata orang, kalau jodoh kita sudah datang, hati kita akan faham dengan sendirinya. Rasa menggebu-gebu itu akan buat kita sentiasa resah gelisah. Bangun! Armand Danial mengarahkan ketiga-tiga freshies itu bangun. Mereka bangun perlahan-lahan. Semuanya berwajah pucat. Takut atau letih, tidak dapat Armand pastikan. Dik, senior suruh buat apa tadi? Armand Danial bertanya lembut. Ketiga-tiga freshies tersebut diam membukam. Tidak berani bersuara. Senior-senior yang ada di situ juga gelisah. Jangan takut... cakaplah. Kalau kamu tak cakap, macam mana saya nak tahu mereka ni buat tugas dengan jujur atau mengikut perasaan mereka. Aaa... yang pakai cermin mata ni, kenapa nangis? Armand Danial bertanya lagi. Sampah masuk mata Encik Senior, jawab freshie yang berkaca mata itu. Encik Senior?? Mereka suruh panggil gitu ke? Tua la saya. Panggil abang ek... sampah masuk mata alasan lama la dik. Orang tak pakai dah alasan gitu. Cakap betul-betul, please? ujar Armand Danial memujuk lembut. Bulat mata senior-senior yang mendengar Armand Danial memujuk freshies yang sedang mereka ragging itu. Liza menjeling tajam kepada freshies seolah-olah memberi amaran agar tidak bercakap sembarangan. Abang Danial, kami tak buat apa-apa la. Jamilah cuba menerangkan. Armand Danial memekakkan telinganya. Dia tidak

Amisha Dania

mahu mendengar sebarang alasan daripada senior-senior yang bertugas itu. Beberapa orang senior lain telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kumpulan yang diketuai oleh Norhaliza itu. Mereka seolah-olah mahu menunjuk lagak kepada pelajar-pelajar baru. Whats your name girl? Armand Danial bertanya pada salah seorang freshies yang agak tinggi. Hampir menyamai ketinggiannya. Kulitnya putih bersih tanpa sebarang noda. Tidak ada lipstick, what so ever. Very plain and yet very beautiful. Entah kenapa, hati Armand bergetar tatkala gadis itu mengangkat wajahnya dan merenung tepat ke matanya. Bulat, bersinar mata gadis itu. Bulu matanya yang lebat, melentik menghasilkan pandangan yang lembut dan redup. Allah.... Sepatah ucapan kalimah itu terbit di hati Armand Danial. Jantungnya berdegup kencang. Zulaika Husna Binti Zainal Abidin nama saya. Zulaika Husna menjawab dengan rasa gementar. Relaks... relaks... jangan gabra. Armand Danial memujuk hatinya. Pertama kali dalam hidupnya, hatinya menjadi tidak keruan. Maha Kaya ciptaan Allah untuk gadis ini. Cukup segala sifat dan zatnya yang indah di mata Armand Danial. Ah... lemahnya aku sebagai lelaki menghadap ciptaan Ilahi ini. Kakak senior suruh kami jalan itik tadi. Tiba-tiba freshies yang ketiga menjawab dengan berani. What??? Say it again. Armand Danial mengalih tumpuannya dari mata Zulaika Husna. Memberi tumpuan kepada freshies yang ketiga. Jalan itik... jawab freshie ketiga terketar-ketar.

Pelukan Cinta

Keberaniannya hilang tiba-tiba apabila matanya menangkap renungan mata Armand Danial yang tajam. Suara lembut, tetapi pandangan matanya cukup tajam. Kecut perut Zarina. Armand Danial mengepal tangannya berulang kali. Mengucap di dalam hati. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya, menghadap senior-senior yang sudah jelas tersasar dari tugasan yang telah diarahkan kepada mereka. Malu saya dengan perangai kamu ni. Waktu kamu masuk ke sini dulu ada group saya buat begini pada kamu? Jagalah maruah kaum sejenis kamu. Dari jauh saya dah nampak tadi, sebab itu saya datang. Di sekolah pun jalan itik ni dah tak ada tahu? Awak ingat ni zaman apa? Mereka ni dah besar panjang, awak tergamak suruh mereka mencangkung begitu? Liza, arahan awak ke ni? Apa yang ada dalam fikiran awak semua??? Panjang leteran yang diberi oleh Armand Danial. Sebenarnya Armand Danial cuba menenangkan hatinya. Entah kenapa, hatinya libang-libu. Jantungnya masih lagi bergetar kencang. Tidak tahan hendak menatap wajah Zulaika Husna. Gadis secantik itu tentulah sudah berpunya, kan? Hatinya berkata-kata. Abang Danial... kami mintak maaf. Liza mengucapkan kata-kata maaf dengan hati yang sebal. Geram hatinya melihat freshies bertiga itu. Seorang seperti supermodel, seorang seperti Sharifah Amani yang kecil tetapi lincah dan seorang lagi seperti anak-anak lord yang manja dan mengada-ada. Awak tinggalkan mereka dengan saya. Jumpa saya di pentas terbuka lepas Asar nanti. Armand Danial memberi arahan tegas. Armand Danial menarik nafas dalam-dalam. Dia

10

Amisha Dania

memandang ketiga-tiga freshies yang telah bersila di tengahtengah padang itu. Semuanya tunduk memandang rumput. Geli hati pun ada melihat tingkah mereka itu. Macam muridmurid sekolah rendah. Comel-comel belaka. Jom, duduk bawah pokok sana. Kita borak-borak sekejap sementara tunggu waktu Asar masuk. Armand Danial mulai rasa pening dengan cuaca yang panas itu. Mukanya rasa berbahang. Bukan tidak biasa dengan cuaca begini, cuma tidak selesa. Mereka bergerak dan duduk di bawah sepohon pokok ketapang yang rendang. Zulaika Husna mengambil sehelai daun ketapang yang lebar. Dipusing-pusing daun ketapang itu. Tindakan spontannya menarik perhatian Armand Danial. Zulaika Husna macam gabra sahaja. Tangannya mencari-cari sesuatu untuk dipegang. Armand tersenyum. Okay... we get to know each other first. Hmmm... let me see, you abang dah tahu, Zulaika Husna, kan? Armand Danial membuka bicara. Zulaika Husna menggelabah. Dia kelihatan sedikit gementar. Course apa? tanya Armand Danial. Perasaan berdebar yang menusuk ke jantung datang kembali apabila Zulaika Husna merenung matanya. Pendidikan, jawab Zulaika Husna lembut. TESL? soal Armand Danial meminta kepastian. Zulaika mengangguk. Minor? Armand menyelidik lagi. Zulaika menguis-nguis daun ketapang. Banyak tanya la pulak mamat ni, gumam Zulaika dalam hati. Panaspanas ni malas betul melayan pertanyaan skema macam ni.

11

Pelukan Cinta

Helo? Ooo.. mak kau helo! Tiba-tiba Zulaika Husna melatah apabila Armand Danial menegurnya. Armand Danial terpanar seketika. Kemudian bahunya mula terhinggut-hinggut menahan tawa. Si kecil Sharifah Amani sudah tergolek di bawah pokok ketapang itu. Ketawanya besar tidak sepadan dengan tubuhnya yang kecil. Gadis berkaca mata pulak sudah terkekeh-kekeh gelaknya. Tak baik abang buat macam tu tau... terkejut saya, kata Zulaika Husna malu. Rasa macam hendak menangis pun ada. Dia menundukkan wajahnya. Sorry... sorry. Armand Danial mengesat matanya yang berair. Muda-muda pun melatah. Aduh. Fenomena yang jarang ditemui oleh Armand Danial sendiri. Pernah dengar orang bercerita, tetapi tidak pernah berdepan dengan situasi begini. Lucu betul. Hai la.... Minor apa abang tanya tadi? Armand Danial mengulang semula pertanyaannya dengan senyum yang meleret. Hatinya masih tercuit. Jarang dia ketawa begini. PJ. Zulaika menjawab malas. Malu sungguh dia. Ek? Kontranya. Dulu waktu sekolah, runner ke? Sahaja Armand berbasi-basa untuk memanjangkan perbualan. Tidak jemu mendengar suara lembut Zulaika. Yup. Sepatah sahaja Zulaika menjawab. Letih melayan abang senior yang satu ni. Macam meroyan pulak, semua nak tahu. Tak ada masa lain nak tanya ke? Zulaika mengomel di dalam hatinya. Adik ni? Tell me about yourself. Armand Danial mengaju soalan pada gadis berkaca mata pula.

12

Amisha Dania

I am Zarina, from JB. Buat land survey. Zarina bercerita ringkas. Saya Salmiah dari Kelantan. Kawe-kawe panggil Mia jah. Bidang hartanah. Si kecil molek Sharifah Amani memperkenalkan diri apabila Armand Danial menunjuk ke arah dirinya, siap menggunakan dialek negerinya lagi. Semua lain-lain bidang, macam mana boleh masuk satu group pulak tadi? Armand Danial bertanya hairan. Setahunya mesra siswa berjalan mengikut fakulti masing-masing. Musykil juga dia. Entahlah... kami pun tak pasti abang senior. Jumpa kat tengah padang tadi. Jawab Salmiah.

13

Pelukan Cinta

Bab 3
ello, can you get me Encik Armand Danial, please? Satu suara garau terdengar di hujung talian. Shani, setiausaha Armand Danial sudah terlalu biasa dengan pelbagai kerenah pelanggan syarikat tempat dia bekerja itu. Encik ada temu janji ke? Boleh saya tahu panggilan dari mana ni? Shani bertanya lembut. Ermmm... saya tidak ada temu janji. Encik Armand busy ke? Suara garau itu cukup lembut. Sebentar ya encik. Shani menyambung talian. Armand Danial baru sahaja balik dari Indonesia, mewakili daddynya Dato Azam Danial mengadakan perbincangan dengan syarikat kerjasama mereka di sana. Mungkin panggilan ini ada kaitan dengan urusan bisnes Encik Armand tempoh hari, bisik hati Shani. Lagipun hari ini kerja Encik Armand tidaklah menimbun macam hari-hari biasa, jadi rasanya tidak salah kalau talian itu

14

Amisha Dania

disambung terus. Pandai-pandai sahaja Shani membuat keputusan bagi pihak Armand Danial. Helo... Armand bercakap. Armand Danial menyambut panggilan yang disambung terus kepadanya. Assalammualaikum... Armand. Suara garau itu memberi salam. Armand menggaru kepalanya yang tidak gatal, kantoi. Kenapalah tidak bagi salam dulu tadi. Dia termalu sendiri. Waalaikumsalam... siapa ni? tanya Armand lembut. Tidak pernah dia dengar suara orang ini. Siapa agaknya? Armand tak kenal papa? Papa? Armand memotong percakapan itu. Papa mana pula ni. Mana saya ada papa lain. Saya ni anak angkat ke? Tiba-tiba Armand berasa cuak sendiri. Dia mendengar suara di hujung talian sudah ketawa lembut. Armand, janganlah panik. Kenal Zulaika Husna tak? Suara garau itu kedengaran lagi. Berderau darah Armand naik ke muka. Papa Zulaika ke ni? Hatinya kecut. Hesy... dia tidak pernah berjumpa dengan papa Zulaika. Walaupun sudah dua tahun dia membina hubungan dengan Zulaika Husna, dia belum berkesempatan berjumpa dengan kedua ibu bapa Zulaika. Mereka tidak menetap di Malaysia. Errr... maaf pa, Armand tak pernah jumpa papa. Tak cam suara papa, tak pernah dengar pun. Ika kata papa tak ada di sini, ujar Armand Danial cuba menutup rasa gugupnya. Aduh... nak pitam pun ada ni! Cuak betul. Papa tahu tu. Papa baru balik ni. Dua hari ni tak

15

Pelukan Cinta

call Ika ke? Tan Sri Zainal Abidin bertanya lagi. Ketegasan suara Armand Danial menarik hati tuanya. Dia merasakan anak kesayangannya jatuh hati pada seorang lelaki yang berwibawa. Zulaika banyak bercerita tentang Armand Danial, tetapi dia yang tidak punya waktu untuk berjumpa dengan lelaki. Kali ini dia ingin mengenali Armand Danial dengan lebih dekat lagi. Ermmm... sebenarnya abang... eh saya... ermmm... saya baru balik dari Indonesia, papa. Ika tahu saya ke sana papa. Semalam saya cuba contact Ika, tapi tak berjawab. Maaf pa, terang Armand Danial gugup. Sungguh Armand Danial berasa kelam-kabut. Aduh... kenapa ni... orang tua ni tak suka kat aku ke? Armand Danial berkata-kata di dalam hati. Oh... jadi Armand belum tahu lagi la ya? Tan Sri Zainal Abidin bertanya lembut. Tahu? Tahu apa pa? soal Armand Danial cemas. Zulaika kemalangan. What??? Tinggi suara Armand Danial. Sungguh dia terperanjat. Terbangun dia dari kerusi yang didudukinya. Ya Allah. Dia terbayang wajah Zulaika yang nampak muram semasa menghantarnya ke lapangan terbang dua hari lepas. Zulaika memeluknya apabila mendengar panggilan untuk penumpang-penumpang ke Jakarta memasuki balai berlepas. Selalu Zulaika tidak pernah begitu. Dia pun jadi tergamam waktu itu. Suka pun ada juga. Girlfriend peluk, siapa tak suka beb! Ha ha ha. Sabar Armand. Bertenang. Ika dah sedar. Datang ke Sri Denai, papa tunggu. Tan Seri Zainal mengejutkan Armand dari lamunannya. Okey papa, sekejap lagi Man sampai, insya-Allah.

16

Amisha Dania

Armand terus mematikan talian. Hilang sekejap semangatnya. Jantungnya berdegup kencang. Ya Allah... selamatkanlah buah hati aku. Dia juga berdebar-debar hendak bersemuka buat pertama kalinya dengan papa Zulaika. Dengar pada suara, mesra orangnya. Harap-harap papa Zulaika tidaklah seperti daddynya yang terlalu tunduk pada isteri. Amin.

17

Pelukan Cinta

Bab 4
RMAND DANIAL memandu dengan tenang. Tidak putusputus dia mendoakan agar kekasih hatinya tidak mengalami kecederaan yang teruk. Dalam keadaan terperanjat tadi, dia lupa bertanya tentang Zulaika. Apa punya kekasihlah aku ni, bisik hati Armand Danial. Janganlah papa Zulaika berfikir yang bukan-bukan pula. Bukannya tidak ambil berat, tapi gabra. Aduh, masak betul. Berjangkit penyakit mamun Zulaika pula dah. He he he.... Honda CRVnya sudah memasuki perkarangan Hospital Seri Denai, hospital swasta berstatus elit. Dia mencari parkir. Ramai juga orang hari ini. Matanya liar mencari kalau-kalau ada orang yang menunggunya. Dia ke kaunter pertanyaan. Bertanya bilik yang dihuni oleh Zulaika Husna Binti Zainal Abidin. Setelah maklum tentang bilik yang dicari, dia berjalan pantas menuju ke bilik Zulaika Husna. Pintu diketuk perlahan. Masuk! Terdengar suara memberi kebenaran dari dalam.

18

Amisha Dania

Armand Danial masuk. Dia melemparkan senyuman kepada seorang lelaki yang berusia lewat lima puluhan. Memang papa Zulaika seorang yang amat mudah mesra. Armand Danial juga melihat ada seorang perempuan yang hampir sebaya dengan usianya sendiri. Armand ya? Handsome rupanya. Patutlah anak papa mudah jatuh hati, ujar Tan Sri Zainal Abidin mengusik Armand Danial. Merah padam muka Armand Danial. Dia tidak biasa dengan pujian terbuka begitu. Daddy dan mummynya tidak mudah memberi pujian kepada orang yang baru dikenali. Sungguhlah keluarga Zulaika sangat berbeza. Kenalkan Armand, ini kakak ipar Zulaika. Isteri angahnya, panggil kak ngah aje la. Tan Sri Zainal Abidin memperkenalkan kakak ipar Zulaika kepada Armand Danial. Armand Danial menundukkan sedikit badannya tanda hormat kepada kakak ipar Ika. Sebenarnya dia malu menerima layanan begini. Kekok sungguh. Argh... kenapa mereka mesra sangat? Memang mereka begini ke? Kaku Armand seketika. Armand bersalam dengan Tan Sri Zainal Abidin. Dicium tangan Tan Sri Zainal Abidin sebagai tanda hormat. Dia sangat kagum dengan sikap mesra yang ditunjukkan oleh papa Zulaika ini. Tan Sri Zainal Abidin memeluk dan mencium dahi Armand. Dia terpanar. Hatinya hiba tiba-tiba. Sudah lebih suku abad dia hidup, daddy amat jarang mencium dahinya. Abang.... Tiba-tiba dia mendengar suara manja Zulaika Husna memanggilnya. Dia serba salah. Matanya mencari mata papa Zulaika meminta keizinan. Tan Sri Zainal Abidin mengangguk sambil tersenyum. Armand segera mendapatkan buah hatinya.

19

Pelukan Cinta

Sayang... macam mana boleh jadi begini? Armand Danial bertanya. Dia sudah lupa keadaan sekeliling. Hatinya cukup gundah melihat balutan di kepala Zulaika Husna, rasa nak gugur jantungnya. Dia mengusap-usap lembut dahi dan pipi Zulaika Husna. Perbuatannya itu tidak lepas dari pandangan mata Tan Sri Zainal Abidin. Sikit aje ni abang. Janganlah risau, ujar Zulaika Husna lemah. Sikit apa macam ni sayang, sampai tak sedar. Ya Allah sayang, abang rasa nak pitam tadi bila papa cakap sayang baru sedar. Papa dari jauh datang, sayang cakap sikit? Macam mana sayang boleh kemalangan ni? Sayang pergi mana? soal Armand Danial tidak sabar ingin tahu. Tan Sri Zainal Abidin memerhati dari jauh perlakuan sepasang kekasih di hadapan matanya itu. Alhamdulillah, jika inilah pasangan yang telah Allah tentukan untuk puterinya, dia reda. Dia tidak memilih pangkat atau kedudukan, cukuplah jika Armand Danial jujur dan ikhlas menyayangi satu-satunya anak perempuan yang dimilikinya. Armand, papa balik berehat sekejap ya. Boleh papa tinggalkan anak papa ini dalam jagaan Armand? Tan Sri Zainal Abidin sekadar ingin menguji Armand Danial. Its alright pa. Jangan risau, Armand akan jaga Ika. Kalau papa izinkan, Armand tidur di sini malam ni. Armand bersuara ikhlas. Sesungguhnya selepas mendapat perkhabaran tadi, dia tidak tegar membiarkan Ika sendirian. Susah senang, dia akan bersama Ika. Tak kerja ke? Kata baru balik dari Indonesia, tentu banyak kerja yang tertangguh. Tan Sri Zainal Abidin mengusik Armand. Sempat lagi mengusik....

20

Amisha Dania

Tak apa pa. Armand dah ambil EL untuk hari ni. The rest Armand ambil cuti. Bukan selalu. Nak kerja pun tak senang kalau Ika macam ni. Kuliah Ika dah ada yang uruskan ke? Angah dah pergi uruskan dengan mama dia. Okey ya... jaga anak papa tu. Nanti kita jumpa lagi. Tan Sri Zainal Abidin dan menantunya berlalu meninggalkan Armand Danial berdua dengan Zulaika Husna. Dia tahu, Armand tidak selesa dengan kehadirannya bersama menantunya. Biarlah mereka berdua. Isterinya tentu gembira. Sudah lama dia ingin melihat Armand Danial. Sejak mengetahui anak gadisnya yang sangat susah untuk menjalin hubungan dengan lelaki telah berteman, hatinya cukup gembira.

21

Pelukan Cinta

Bab 5
ARINA, Zulaika dan Salmiah menapak perlahan-lahan. Kuliah terakhir untuk semester ini telah selesai. Mereka akan bercuti panjang. Masing-masing melepaskan keluhan panjang. Beku rasanya otak menyiapkan kerja kursus yang melambak-lambak. Rasa macam tak cukup tangan nak menyiapkan semua tugasan yang diberi itu. Tapi alhamdulilah, akhirnya semua tugasan mereka beres juga. Weh, sebelum balik bercuti jom kita lepak-lepak kat Cameron nak? Zarina membuat usul. Dia rimas bila cuti panjang begini. Kampungnya jauh di selatan. Kawasan pedalaman pula tu. Jadi biul duduk di kampung lama-lama. Tidak dapat dibayangkan kalau kena menghabiskan cuti dua bulan di kampung. Argh... tak sanggup! Kalau ibu ada, dia tak kisah sangat. Ni ibu dah setahun meninggalkannya. Di kampung kini hanya ada along dan angah sahaja. Masingmasing sudah berkeluarga. Segan pula nak menumpang rumah kakak lama-lama. Hmmm... seboleh mungkin, Zarina tidak mahu terlalu lama menyusahkan kakak-kakaknya. Molek gok tu... kawe suko... tapi kan, sejuk la situ.

22

Amisha Dania

Buat tahi mata aje nanti. Kau macam mana Ika? tanya Salmiah. Dua tahun di Kuala Lumpur, pertuturannya masih Kelantan asli. Bila ditanya dia akan menjawab; Aku bangga dengan negeriku. Okey gak, tapi kena minta izin dulu la, jawab Zulaika Husna selamba. Ala... takkan papa kau tak bagi. Lagipun mereka bukan ada di sini. Ke... izin dari cik abang? usik Zarina. Aaa... tahu takpe... papa no hal. Abang pa yang banyak hal. Zulaika tergelak kecil. Cemburu ke super-duper kita tu? tanya Salmiah. Sejak minggu mesra siswa Armand Danial kekal menjadi abang super-duper mereka. Biasalah... hati orang. Tak jeles, tak cun la. Tak dapat aku nak merajuk, memujuk, ujar Zulaika seraya tersenyum apabila teringatkan Armand Danial. Rajuknya boleh tahan. Kalah perempuan. Abis apa keputusannya ni? Pergi ke tak? tanya Zarina. Kalau Armand nak ikut, you all okey tak? Zulaika meminta kepastian. Dia paham benar dengan perangai Armand Danial. Dia tidak menghalang, tetapi selalu menjadi sebahagian daripada peserta itu. Walaupun Zulaika senang dengan sikap prihatin Armand Danial, namun ada masanya dia merasa terkongkong. Tidak bebas. Rimas juga kalau terlebih sayang ni. Aku tak kisah dengan abang superb tu... tarahal punya, jawab Salmiah senang. Aku pun.ada abang superb save sikit bajet kita. Selalu dia yang belanja, kan? Zarina mengenyit mata pada

23

Pelukan Cinta

Zulaika. Masing-masing tergelak. Memang itu fakta belaka. Kalau mereka ikut Zulaika dating dengan abang superb, mereka kenyang. Abang superb tidak kedekut. Ya lah... dia dah bekerja, ada syarikat sendiri pula tu. Duit tak habis. Siap bagi duit poket lagi pada Zulaika.

24

Amisha Dania

Bab 6
RMAND DANIAL memandu Honda CRVnya dengan tenang. Dia membiarkan Zulaika dan kawan-kawannya berbual tanpa gangguan. Ikutkan memang dia ada banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum dia berlepas ke Korea minggu hadapan. Mulanya dia tidak bercadang untuk mengikut Zulaika dan kawan-kawannya, tetapi memandangkan tiada lelaki dalam trip mereka itu, hatinya mula cuak. Tiga orang gadis bersendirian. Ah, kalut ni. Cantik-cantik pulak tu. Salah seorangnya buah hati sendiri. Aduh... tak boleh jadi ni. Jiwang betul bercuti ke tempat-tempat sejuk macam ni. Zulaika pun satu, tunggulah dah nikah dulu, baru pilih tempat begini untuk bercuti. Sedaplah sikit. Armand Danial bercakap sendiri di dalam hatinya. Ngumpat abang ke? soal Armand Danial pula, mengusik rakan-rakan Zulaika. Dia sedikit bosan. Mana ada abang... sedap lagu kat radio tu. Lena bini abang kat sebelah tu! Mengkekeh-kekeh ketawa Salmiah.

25

Pelukan Cinta

Armand Danial menjeling Zulaika Husna di sebelahnya. Dia tersenyum. Manja. Comel aje Zulaika Husna terlentuk sambil memeluk bantal nemo. Armand Danial menghulur tangannya, mengusap lembut pipi Zulaika Husna. Sayang.... Armand Danial memanggil lembut. Auchh.... Salmiah mengusik. Pecah lagi ketawanya. Abang, janganlah loving sangat, pilu hati kami yang tak ada pakwe ni, ujar Zarina pula menambah. Armand Danial tergelak kecil. Dia sudah biasa dengan mereka berdua ni. Sebulan sekali dia pasti membawa mereka bertiga keluar makan dan berbelanja barang keperluan mereka. Dia percaya pada mereka berdua untuk menjaga Zulaika di kolej. Nak abang carikan pakwe untuk kau orang ke? Armand Danial mengusik. Hu hu hu... macam tak laku la pulak, jawab Salmiah tersengih. Armand Danial tergelak. Sebenarnya dia pun tidak suka masuk campur urusan orang. Jodoh adalah ketentuan Ilahi. Kalau diatur-aturkan, buatnya tidak serasi, macam mana? Dia juga yang akan terima tempelaknya nanti. Ala... budak-budak lagi kawan-kawan Zulaika ni. Biarlah dulu. Kita berhenti makan dulu ya? Armand Danial meminta persetujuan rakan-rakan Zulaika Husna. No hal abang. Makan free kami tak tolak punya, kata Salmiah dalam nada mengusik. Eh, takkan abang kena belanja kut? Abang ni drebar aje, mem la belanja, jawab Armand Danial selamba. Zarina dan Salmiah berpandangan antara satu sama lain. Siapa mem yang dimaksudkan oleh abang superb ni?

26

Amisha Dania

Siapa mem tu abang? Serentak mereka bertanya. Armand Danial ketawa. Geli hatinya mendengar pertanyaan mereka berdua. Menggelabah juga ya. Padan muka! Siapa duk belakang dialah mem besar.... Armand Danial meniru suara Ahmad Nisfu. Ketawa besarnya meletus apabila dia melihat dari cermin pandang belakang mata Salmiah sudah membulat merenungnya. Abang ni teruk la. Takkan kami nak duduk depan pulak. Tukan tempat makwe abang. Kami jadi mem sebab terpaksa tau, jawab Salmiah tak puas hati. Armand Danial berhentikan keretanya di tempat parkir yang agak teduh. Senyum masih terukir di bibirnya. Lawak betul budak-budak ni. Ika... bangun sayang, kita makan dulu. Abang lapar ni. Sayang.... Armand Danial menyentuh pipi Zulaika Husna dengan lembut. Sejuk hatinya melihat wajah tenang Zulaika Husna. Abang... tak bangun dia abang kejut macam tu. Lagi lena adalah, tengok sini Mia tunjuk cara Mia kejut Ika setiap pagi. Salmiah keluar dari tempat duduknya. Dia buka pintu depan kereta. Pap! Tangannya melekap di bontot Zulaika Husna. Nemo dalam pelukan Zulaika Husna terlepas dari pegangannya. Aduh... apa kau ni Mia, sakit bontot aku. Mesti lebam ni. Zulaika Husna memasamkan mukanya. Tangannya spontan menggosok-gosok bontotnya yang terasa perit. Dah sampai ke bang? Zulaika Husna bertanya

27

Pelukan Cinta

sambil memandang sekelilingnya. Belum sayang. Kita makan dulu. Abang lapar, dan ngantuk. Jom! Armand Danial mencapai jemari Zulaika Husna. Terkejut juga dia melihat cara Salmiah mengejutkan Zulaika tadi. Kasar betul perempuan ni. Mujur Zulaika ni jenis yang tak cepat melenting, kalau tidak mahu bergaduh tadi. Mereka berjalan berpimpin tangan. Mesra sungguh. Armand Danial jarang dapat bersama dengan Zulaika Husna. Kesibukan kerjanya, kesibukan Zulaika Husna dengan pelajarannya menghalang mereka untuk kerap berjumpa seperti pasangan yang lain. Walaupun begitu, Armand Danial akan pastikan sebelum tidur dia akan berbual-bual dengan Zulaika Husna sama ada melalui internet atau telefon. Dia mahu Zulaika Husna habiskan pelajarannya tanpa gangguan. Dia juga mahu Zulaika Husna tahu bahawa dia amat menyayangi gadis itu. Tidak berjumpa, tidak bermakna dia lupakan Zulaika Husna. Mereka makan sambil berbual-bual. macam perkara yang mereka bualkan. Macam-

Abang senior, bila nak melamar Ika ni? Kena book tahu, nanti melepas, tanya Salmiah tiba-tiba. Terkesima Armand Danial. Apa ke situ pula Mia ni. Cuak jadinya Armand Danial. Kenapa? Ada yang nak rampas Ika dari tangan abang ke? Armand Danial cuba memancing. Dia ingin tahu perkara yang sebenarnya. Eh, abang senior tak tahu ke? Ika ni ramai peminat. Takut nanti abang senior yang terlepas, ujar Salmiah mengusik Armand Danial lagi. Armand Danial terdiam seketika. Dia merenung

28

Amisha Dania

Zulaika Husna yang selamba menghabiskan makanannya. Sayang, apa cerita ni? Anything you want to share? Armand Danial bertanya lembut. Resah dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Apakah jauh di mata, jauh juga di hati? Sudah berubahkah Zulaikanya? Dengarlah cakap Mia tu. Ika tak ada apa-apa. Orang tanya Ika jawab, mana ada lebih-lebih. Kawan tak salah, kan? jawab Zulaika Husna senang sambil memandang Armand Danial. Dia nampak riak resah di mata Armand Danial. Jemarinya yang berada di bawah meja mencari jemari Armand Danial. Bagaikan magnet, jemari mereka melekap antara satu sama lain. Armand Danial menggenggam jemari Zulaika Husna dengan erat seolah-olah ingin memberitahu Zulaika Husna bahawa tautan ini tidak mungkin akan dilepaskan. Jom, jauh lagi ni. Tiba-tiba Zarina bersuara memecah kesunyian. Hatinya sendiri merasa tidak enak apabila Salmiah mula membuka cerita tentang beberapa orang rakan kolej mereka yang cuba mengayat Zulaika Husna. Dia tahu Zulaika Husna tidak pernah berlebihan melayan mereka. Masakan senyum pun menjadi kesalahan? Mereka berjalan menuju ke kereta Armand Danial. Beberapa minit perjalanan, Armand Danial dan Zulaika Husna berhenti di gerai buah jambu madu. Sengaja Armand Danial singgah membeli, dengan niat hendak menjarakkan dirinya daripada Zarina dan Salmiah. Selepas membeli jambu madu, mereka menapak perlahan-lahan ke kereta. Armand Danial merangkul bahu Zulaika Husna, lembut. Dia menundukkan kepalanya sedikit,

29

Pelukan Cinta

merapatkan bibirnya ke telinga Zulaika Husna. Ika... abang sayang Ika. Ika tahu, kan? Armand Danial menyuarakan isi hatinya yang masih resah dan bimbang. Ika tahu. Ika pun sayangkan abang. Zulaika Husna meletakkan kepalanya di bahu Armand Danial. Manja sekali. Dia tidak peduli jika Zarina dan Salmiah nampak. Biarlah.

30

Amisha Dania

Bab 7
UDAH dua bulan Armand Danial tidak pulang ke rumah mummynya. Bukan dia tidak ingat kepada mummy dan daddynya, tetapi dia terlalu sibuk. Sejak menamatkan pengajiannya tempoh hari, Armand Danial sibuk mengemaskinikan urusan kerjanya yang telah setahun lebih tidak diberi perhatian. Petang sabtu itu dia bercadang untuk menjenguk mummynya. Sesekali buat kejutan, apa salahnya, ya tak? Armand Danial singgah di Hentian R & R Seremban. Dia membeli beberapa jenis buah-buahan sebagai buah tangan untuk mummy dan daddynya. Kemudian dia meneruskan perjalanannya menuju ke Seremban, yang tidak banyak perubahan walaupun sudah dua bulan tidak dikunjunginya. Pembangunannya tidak pesat seperti Kuala Lumpur. Keretanya meluncur melalui Ampangan dan terus ke Gedung Lalang Lima Puluh. Kawasan elit masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Keretanya diparkir di bawah rimbunan pohon rambutan. Walaupun Ampangan sudah agak maju, tetapi kawasan rumah mummynya masih lagi tidak banyak

31

Pelukan Cinta

pencemaran. Dia masih dapat menghirup udara segar. Pohon-pohon masih lagi menghijau segar di sekeliling rumah itu. Kereta along dan kak ngah ada di halaman rumah. Armand Danial tersenyum. Dapat juga dia melepaskan rindu pada mereka. Assalammualaikum! Armand Danial menyapa. Bunyi bising di dalam rumah menenggelamkan salamnya itu. Dia memberi salam sekali lagi sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Amboi rancaknya berborak, alang bagi salam pun tak berjawab, tegur Armand Danial seraya menepuk bahu alongnya. La... along tak dengar. Waalaikumsalam. Apa mimpi ni, balik tak bagi tahu pun? jawab along menyambut huluran tangan adiknya. Kerja kat ofis dah reda sikit, alang balik la. Dah dua bulan alang terperap kat ofis tu. Tukar angin sikitlah. Along sihat? Armand Danial berbasi basa. Matanya liar mencari kelibat mummynya. Mummy mana long? Armand Danial bertanya. Stadium, pergi beli popia basah. Macam tahu-tahu aje alang nak balik. Kak ngah yang bawak mummy ke sana, terang along panjang lebar. Oh... dah lama tak makan popia kat stadium tu. Kak ngah bawak Ontel ke? Tak nampak pun Ontel. Armand Danial mencari anak saudaranya yang menghidap sindrom Down itu. Ontel atau Montel adalah panggilan manja yang mereka gunakan untuk Azizul Hakim. Ontel agak pendiam

32

Amisha Dania

dan pemalu. Dia merupakan anak saudara yang sentiasa menjadi kemanjaan ibu dan bapa saudaranya kerana keistimewaan yang dimilikinya itu. Montel tidur dalam bilik kak ngah. Dia tak berapa sihat hari ni. Merengek aje dari pagi tadi. Nanti tengok kamu, okey la kut, cerita along lagi. Hai pak lang... kami ni pak lang tak nak tanya ke? Montel aje yang pak lang ingat. Kami pun anak saudara pak lang gak tau. Tiba-tiba berderet anak-anak along dan angahnya berbaris di hadapan Armand Danial. Masing-masing menghulurkan tangan untuk bersalam. Armand Danial tersenyum. Adoi... ini yang pak lang segan ni. Semuanya dah anak dara. Pak lang malu la, usik Armand Danial seraya menyambut huluran salam anak-anak saudaranya. Enam orang, semuanya perempuan. Azizul Hakim seorang sahaja lelaki. Armand Danial adalah bapa saudara mereka yang paling sporting. Pak teh mereka pun belum kahwin juga, tetapi pak teh serius orangnya. Jarang bergurau. Mummy Armand Danial tersenyum apabila kepulangannya disambut oleh Armand Danial di depan pintu. Armand Danial bersalam dan mencium pipi mummynya. Dah beres kerja Man? Mummy bertanya. Nada suaranya sentiasa tegas. Kadang-kadang Armand Danial tertanya sendiri, mummy ni dulu bekas askar ke? Garang semacam aje. Taklah beres semua, tapi okey la. Dah lega sikit. Banyak yang dah alang dapat settlekan, jawab Armand Danial terang. Walaupun sudah dua bulan dia tidak pulang, tetapi dia akan pastikan setiap dua atau tiga hari sekali dia akan menghantar berita kepada mummynya. Bertanya

33

Pelukan Cinta

khabar tentang mummy dan daddynya. Kelibat daddynya masih belum kelihatan lagi. Ke mana agaknya? Daddy ke mana mummy? Outstation. Dah tiga hari. Katanya ke Singapura, beritahu mummy sebelum berlalu ke dapur. Outstation? Semalam aku tenguk daddy dengan Uncle Lee minum kat golf club! Armand Danial berkata-kata perlahan. Biar betul daddy ni. Diam-diam kelentong mummy rupanya. Agaknya daddy mencari ketenangan jiwa. Mummy terlalu keras, mungkin daddy rasa terkongkong. Aku kalau ada isteri nanti, tak mahu yang garang macam mummy ni. Bingit telinga, sambung Armand Danial lagi kemudian tersenyum sendiri. Tiba-tiba teringat pada Zulaika Husna yang nampak agresif tetapi sangat lembut apabila bersuara. Hatinya mula libang libu. Hai la Zulaika Husna! Menung apa alang? Along melabuhkan punggungnya di sisi Armand Danial. Mengganggu ketenangan Armand Danial yang sedang menikmati angin malam di halaman banglo mewah ibu bapa mereka. Armand Danial diam. Along mengganggu ke ni? Along bertanya lagi. Taklah. Alang saja lepak. Ambil angin. Di KL tak ada udara dan kesunyian begini. Itu yang nampak macam termenung aje ni. Nyaman, kan? Armand bersuara senang. Asward Danial tergelak kecil. Romantik pula Armand Danial ni. Sejak bila pandai menganalisa suasana ni? Lain macam aje bunyi alang ni. Macam mat jiwang la pulak. Dah ada ehem ehem ke ni? Selalu orang ada

34

Amisha Dania

awek aje yang sensitif dengan suasana tenang, damai dan mengasyikan ni. Ada dah ke? Duga Asward Danial dengan nada mengusik. Armand Danial senyum. Kantoi. Terbayang di ruang matanya insiden yang mendekatkannya dengan Zulaika Husna.

35

Pelukan Cinta

Bab 8
ULAIKA HUSNA bergolek resah di atas katilnya. Sakit yang dialami tidak terbendung rasanya. Sekejap lagi dia ada kelas. Linguastik pulak tu. Adoi. Miss Hawa yang garang tu tentu akan sedar jika dia tidak hadir. Kau kenapa ni Ika? Peluh jantan keluar ni. Sakit ke? Salmiah yang baru keluar dari bilik air menegur Zulaika Husna. Perut aku ni... sakit betul! Berkerut-kerut mukanya menahan sakit. Sakit macam mana? Ada kelas tak? tanya Salmiah risau. Ada... Miss Hawa punya kelas pukul dua nanti. Bergulung Zulaika Husna di atas katilnya. Masak tu kalau kelas Miss Hawa. Jadi lepat kau nanti kena lenyek dek dia. Tapi kalau dah sakit nak buat macam mana pulak? Pergi klinik la Ika. Aku panggil cab, nak? ujar Salmiah mengesyorkan. Nak berjalan pun sakitlah Mia. Macam mana nak

36

Amisha Dania

naik cab. Kau boleh temankan aku ke? Suara Zulaika perlahan. Kau tunggu ek, aku cari resque. Sapa-sapa ajelah yang aku dapat cekup. Aku tak dapat teman kau, ada kuiz. Tunggu! Salmiah berlari-lari anak turun dari asramanya. Mujur baik asramanya dekat dengan kafe yang selalu menjadi port lepak pelajar-pelajar kolej mereka. Matanya liar mencari wajah-wajah yang boleh diharapkannya. Nak cekup pun kena tenguk kaki gak la. Kang dikekah pulak Zulaika Husna yang comel ni, menangis tak berlagu aku nanti. Tiba-tiba matanya singgah pada seorang senior yang baru sahaja masuk ke kafe itu. Salmiah cepat-cepat mengorak langkah menuju ke arah senior tersebut. Ehem... petang abang senior, dah abis kelas ke? Salmiah bertanya, teragak-agak. Cakap dengan saya ke? Armand Danial menunjuk ke arah dirinya. Berani budak kecik ni tegur aku, bisik Armand Danial. Macam pernah tenguk muka cute ni. Tapi di mana ek? Saya Salmiah, abang senior lupa ke? Yang kena jalan itik masa minggu suai kenal hari tu? kata Salmiah memperkenalkan diri. Hesy... mamat ni lupa ke? Macam ni punya lawa, dia boleh lupa ke? Oh... hah baru saya ingat. Lupa tadi. Nak minum? Armand Danial tersenyum. Baru dia teringat. Ini budak yang digelarnya Sharifah Amani. Kecil molek. Ketawa besar. Eh, saya tak nak minum. Saya nak mintak tolong. Abang senior free tak ni? Terbata-bata suara Salmiah. Ajak minumlah pulak mamat ni. Kita nak cepat, dia nak mengayat pulak... adeh!

37

Pelukan Cinta

Tolong apa? Tenang sahaja Armand Danial bertanya. Kawan saya sakit perut, boleh tak abang senior hantar dia ke klinik ke, hospital ke, tak kisah la. Nak panggil cab, dia tak kuat nak berjalan. Saya bimbanglah. Boleh tak abang senior tolong saya? Saya kena handle kuiz petang ni, kalau tidak saya boleh temankan dia, ujar Salmiah panjang lebar. Armand Danial bingkas bangun. Buku-bukunya yang diletakkan di atas meja, dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Mujur dia belum membuat sebarang pesanan makanan. Mana kawan awak tu? Armand Danial bertanya ringkas. Kejap ek, Mia panggil dia. Dia kat bilik lagi. Salmiah terus berlari ke biliknya. Alhamdulilah... ada yang sudi membantu, amin. Berkali-kali Mia mengucap syukur di dalam hatinya. Perlahan-lahan dia memimpin tangan Zulaika Husna. Sejuk tangannya. Armand Danial menghampiri mereka bila dia nampak Zulaika Husna dan Salmiah turun tangga. Dia mengambil beg yang disua oleh Salmiah. Armand Danial merebahkan sedikit tempat duduk penumpang di sebelahnya. Kusyen kecil dijadikan alas kepala Zulaika. Dia memastikan Zulaika selesa sebelum dia memulakan pemanduannya. Bukan Zulaika sahaja yang berpeluh, dia pun turut sama lencun. Ini kali pertama dia membawa perempuan naik keretanya. Berdua-duaan. Darurat, apa nak kata lagi. Dah orang minta tolong. Tolong sajalah. Nak ke klinik mana ni Zulaika? tanya Armand

38

Amisha Dania

Danial meminta pendapat dari Zulaika Husna. Yalah, kena la ikut permintaan orang yang sakit. Abang senior tahu Seri Denai? Zulaika Husna bertanya lemah. Tahu... hospital swasta, kan? Armand Danial meminta kepastian. Ermmm... situ aje la. Anak siapa minah ni? Armand Danial bertanya dalam hatinya. Seri Denai, bukan calang-calang orang yang boleh pergi ke situ untuk mendapatkan rawatan. Pelajar macam mereka rasanya tidak mampu hendak ke Seri Denai. Dia terus memandu ke destinasi yang dituju.

ENCIK... doktor nak jumpa. Tiba-tiba Armand Danial dikejutkan dengan kehadiran seorang jururawat yang manis di depannya. Armand Danial bergegas bangun, mengekori jururawat itu. Saya cuma nak maklumkan, Zulaika Husna akan dibedah. Apendiks. Saya difahamkan ibu bapanya tidak ada di sini. Dia minta saudara tandatangan surat kebenaran pembedahannya, ujar Doktor Ariffin jelas. Errr... boleh saya bincang dengan dia sekejap? Armand Danial gugup. Bukan kerja senang ni, keluh hatinya. Boleh. Bilik 101. Sekejap saja ya. Kami nak prepare untuk operation. Doktor Ariffin memberi keizinan. Armand Danial tergesa-gesa ke bilik Zulaika Husna. Nurse, boleh saya berjumpa dengan pesakit sekejap? Alone? pinta Armand Danial sopan pada jururawat

39

Pelukan Cinta

yang bertugas itu untuk keluar sebentar. Dia menghampiri Zulaika Husna. Serba salah betul rasanya. Zulaika Husna senyum walaupun masih dalam keadaan sakit. Awak... saya minta maaf. Banyak susahkan awak. Awak sain surat tu ek. Untuk kebenaran aje, tak ada apa-apa. Apa-apa risiko, awak tak akan kena tindakan. Zulaika Husna bersuara lembut. La... dah berawak-awak pula. Armand Danial merenung Zulaika Husna. Perasaan yang pernah dialami semasa minggu suai kenal dulu datang kembali. Jantungnya berdegup kencang. Armand Danial tunduk, memberikan sebuah kucupan ke dahi Zulaika Husna. Take care. Saya teman awak di sini. Jangan risau. Mengucap banyak-banyak dalam hati tu, okey? ucap Armand Danial lembut. Apabila Zulaika Husna disorong ke dewan pembedahan, Armand Danial termangu-mangu mengenangkan tingkahnya. Kenapa aku cium dahi dia tadi? Dia sendiri tidak faham kenapa dia tegar berbuat demikian. Tak pernah lagi dia mengucup dahi perempuan. Aduh la... Zulaika Husna pun macam terperanjat tadi, tapi tidak pula dia berkata apa-apa. Malah tindakan Zulaika Husna mencapai jari-jemarinya semasa disorong ke dewan pembedahan menambahkan sebak di hatinya. Kenapa ek? Macam aku ni orang istimewa pula rasanya. Ah... pening. Armand Danial menuju ke kafe yang terdapat di dalam hospital Seri Denai itu. Perutnya masih belum terisi sejak pagi tadi lagi. Hajat hendak menjamu selera di kafe kolej tidak kesampaian gara-gara Salmiah memintanya menghantar Zulaika Husna ke klinik. Tidak mengapa la. Berbaloi juga. Mungkinkah ini titik permulaan hubungannya dengan Zulaika Husna? Sudah sebulan minggu suai kenal

40

Amisha Dania

berlalu. Sejak itu dia tidak pernah berjumpa mereka. Sebenarnya dia memang mengelak untuk berjumpa sesiapa pun. Dia tidak begitu pandai menjalin hubungan dengan perempuan. Walaupun rakan-rakan sekuliahnya sering mengatakan dia mempunyai pakej yang lengkap untuk memikat seorang gadis, tapi dia tidak merasakan begitu. Armand Danial makan tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya. Dia terlalu lapar. Dia malas hendak memerhatikan gelagat orang lain. Selepas membuat bayaran, dia terus menuju ke bilik Zulaika Husna semula. Diketuk pintu bilik Zulaika Husna perlahan. Tidak ada jawapan. Dia membuka pintu tersebut, menjenguk kepalanya. Lamanya... belum siap lagi? Armand Danial melangkah masuk. Dia menuju ke sofa yang terdapat dalam bilik itu. Dia ingin meluruskan badannya. Sudah tiga jam Zulaika dibawa masuk ke dewan pembedahan, cuak juga hatinya. Mata Armand Danial semakin layu. Letih betul dia hari ini. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan yang tidak dapat diucapkan. Kegelisahan, keresahan semuanya bergabung menjadi satu perasaan yang terlalu sukar untuk dihuraikan. Badannya masih berada di dalam wad, tetapi pemikirannya telah jauh merewang entah ke mana. Ya Allah... selamatkanlah Zulaika Husna.

41

Pelukan Cinta

Bab 9
RMAND DANIAL bermalas-malas di atas katil dalam biliknya. Hari ini dia tiada kuliah. Malas rasanya hendak ke perpustakaan. Walaupun ada kerja yang perlu diselesaikan, badannya terasa lemah sahaja. Ah... biarlah. Naik biul dah mentelaah. Hari ini lepak aje la, bisik Armand Danial. Nah... ni ada surat untuk kau. Nazwan, rakan serumahnya mengunjukkan sepucuk surat kepada Armand Danial. Armand mencapai surat tersebut. Dia membukanya lambat-lambat. Membaca isi kandungan surat itu. Armand Danial tersenyum nipis. Jemputan kahwin dari rakannya yang sama-sama menuntut di UK dahulu. Hai... dah sampai jodoh kau Zaki. Alhamdulillah. Aku bilalah agaknya. Armand Danial menggumam sendiri. Armand Danial mencapai telefon bimbitnya. Terus jari-jarinya lancar memicit angka-angka pada telefon tersebut. Dia menunggu panggilannya dijawab. Assalammualaikum. Armand Danial menyapa

42

Amisha Dania

lembut apabila panggilannya dijawab. Ika free ke petang ni? Armand Danial bertanya lagi. Jantungnya sentiasa berdegup kencang apabila mendengar suara Zulaika Husna. Pukul lima baru Ika habis kuliah. Kenapa? Zulaika Husna menjawab lembut. Dia sedang bersiap-siap untuk ke kuliah yang terakhir. Habis kuliah, Ika tunggu abang kat guard, boleh? Kita keluar. Dinner luar malam ni. Abang ada hal nak bincang dengan Ika. Armand Danial menyatakan niatnya. Dalam hati, dia berdoa agar Ika sudi meluangkan masa untuk bersamanya. Agak lama juga mereka tidak keluar berdua. Okey. Tapi kalau hujan abang jemput kat dalam ya. Kawan-kawan Ika macam mana? tanya Zulaika Husna inginkan kepastian sahaja. Just the two of us, please. Abang tak berapa sihat ni, tak ada mood nak layan mereka la. Kita aje ya? ucap Armand Danial memujuk. Kalau abang tak sihat, tak payahlah kita keluar. Nanti lagi teruk, ujar Zulaika Husna menyuarakan pandangannya. Armand Danial terdiam seketika. Zulaika Husna selalu begini. Kalau diajak keluar, dia pasti akan membawa bodyguardnya yang berdua itu. Satu macam murai tercabut ekor, satu lagi macam budak tak cukup makan. Asyiklah lapar memanjang. Mereka bertiga sebaya, tetapi Zulaika Husna nampak lebih matang. Mungkin kerana dia agak pendiam, tak banyak cakap. Gemar memerhati dan senyum sahaja. Sesekali dia bercakap tu yang buat hati Armand Danial tak tenteram. Darah serasa menyerbu ke mukanya.

43

Pelukan Cinta

Takpe la kalau Ika tak nak keluar. Armand mematikan telefon bimbitnya. Dia mengeluh sendirian. Merajuk konon. Bukannya apa, belajar-belajar merajuk. Nak tengok, Zulaika Husna ni pandai memujuk ke tak. Tapi setahu Armand Danial, Zulaika Husna ni bukan jenis yang pandai memujuk. Selamba badak sahaja. Ermmm.... Telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada panggilan masuk. Armand Danial melihat paparan pada skrin telefonnya. Dia tersenyum. Sengaja tidak diangkatnya. Tahu risau ek. Nasiblah. Panggilan berbunyi lagi. Armand Danial diam beku sahaja. Biarkan. Kemudian dia mendengar bunyi mesej masuk. Dia membaca mesej tersebut. Janganlah merajuk. Bukan Ika tak nak keluar dengan abang. Takpe la. Suka hati abang la.... Eh, eh... dia pula yang nak merajuk. Kan betul, bukannya dia nak pujuk kita, dia pula yang nak merajuk. Aku juga yang kena pujuk. Biarkan. Mesej dari Zulaika Husna tidak dibalasnya. Tepat jam lima, Armand Danial sudah pun memarkirkan keretanya di luar kawasan kolej Zulaika Husna. Dari jauh dia sudah melihat kelibat Zulaika Husna. Menapak tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan. Tubuhnya yang tinggi lampai, hampir mencecah enam kaki itu merupakan satu tarikan istimewa. Armand sendiri mempunyai ketinggian enam kaki satu inci. Jika mereka berjalan berdua, mereka selalu menjadi tumpuan ramai. Sama cantik, sama padan. Kata kawankawanlah, seperti pasangan supermodel aje gayanya. Mak ai...

44

Amisha Dania

supermodel tu.... He he he... kata kawan-kawan ya, bukan mereka yang kata. Zulaika Husna menyambut huluran tangan Armand Danial. Dia tunduk mencium tangan Armand Danial persis seorang isteri mencium tangan sang suami. Satu perasaan kasih menular dalam hati Armand Danial setiap kali Zulaika Husna mencium tangannya. Tidak pernah perempuan dewasa mencium tangannya, selain daripada anak-anak saudaranya. Armand Danial tidak pernah meminta Zulaika Husna berbuat begitu. Tetapi itulah sikap buah hatinya. Manja. Armand Danial senang. Terasa Zulaika Husna adalah miliknya. Mereka memasuki kereta tanpa bercakap. Beg yang disandang oleh Zulaika Husna diletakkan di tempat duduk belakang. Armand Danial memandu dengan tenang. Dia menunggu, siapa yang akan memulakan perbualan. Ajak orang keluar, tapi dia macam patung pulak, ngomel Zulaika Husna perlahan tanpa didengari Armand Danial. Wajahnya tetap selamba. Nak pakai bahasa isyarat ke ni? Dia ni biar betul, penat aku cross country tadi nak cepat sampai. Alih-alih dia diam sahaja. Ni aku boring ni, gumam Zulaika Husna lagi. Armand Danial memandang Zulaika Husna dari hujung matanya. Tidak jemu dia memandang wajah Pan Asia Zulaika itu. Wajah yang bersih tanpa calitan mekap. Rambutnya yang panjang dan berombak itu diikat tocang satu. Macam head girl di sekolah menengah dulu. Tiba-tiba Armand Danial menepuk paha Zulaika Husna. Ha... apa lagi, Zulaika Husna yang terkejut terus melatah la. Aiii... si bisu dah meraba, mak tolong acik... eh! Zulaika Husna menutup mukanya. Malu sungguh rasanya.

45

Pelukan Cinta

Armand Danial terhinggut-hinggut menahan tawanya dari pecah. Matanya bersinar. Abang ni selalu macam ni. Tak baik tahu. Ika tak sukalah, ngomel Zulaika Husna dengan muncung yang sudah sedepa panjangnya. Acik mana tadi? Armand Danial mengusik Zulaika Husna lagi. Bibirnya masih mengukir senyuman. Hilang sudah pening kepalanya. Inilah keistimewaan Zulaika Husna. Bila berada dengannya, hati yang walang boleh menjadi tenang. Auranya sangat kuat. Armand Danial memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Yuk, minum dulu, hauslah. Armand Danial mempelawa Zulaika Husna. Dia cuba membeli hati Zulaika Husna kembali. Rajuk Zulaika Husna mudah sahaja diubatinya. Zulaika Husna leka memerhati Armand Danial menghabiskan makanannya. Lapar betul gayanya mamat ni. Sisa aku pun dia kebas. Isy... tak boleh bawa majlis kalau macam ni. Zulaika Husna mengomel perlahan. Kenapa tenung semacam aje ni? Muka abang makin handsome ke? Armand Danial bertanya setelah merasakan dirinya menjadi perhatian buah hatinya itu. Perasanlah pula. Handsome konon. He he he.... Dah berapa hari abang tak makan? Habis semua licin. Zulaika Husna memuncungkan mulutnya pada pinggan-pinggan yang telah kosong di hadapan mereka. Armand Danial tersenyum. Memang dia kebulur hari ini. Dia cuma menjamah oats sahaja pagi tadi. Tengah

46

Amisha Dania

hari tadi dia malas keluar. Ala, setakat makan mi kari, tidaklah dikira kaki makan. Belum masuk kategori pelahap lagi. Badan pun masih maintain lagi apa. Abang tak ambik lunch tadi, tu yang lapar ni. Armand Danial menerangkan kedudukan yang sebenar. Kenapa, abang dah rasa berat ke? Zulaika Husna buat muka pelik. Nak diet ke mamat ni? Tak ada la sampai macam tu. Ika tengok abang gemuk ke? Armand Danial memancing pandangan Zulaika Husna. Janganlah dia kata aku gemuk, masak jadinya ni. Armand Danial berbisik perlahan. Abang tinggi, tak nampak besar pun. Okey aje macam ni. Gemuk pun tak apa, kurang sikit peminat abang. Zulaika bersuara lembut. Bukanlah dia cemburu, tetapi kadang-kadang pedih juga telinganya mendengar ada yang menyebut nama Armand Danial. Armand Danial merenung Zulaika Husna. Bunyi macam cemburu aje? Aisey.dah pandai cemburu ke minah ni? Ini satu perkembangan baru. Selalunya minah ni buat selamba badak aje, hari ni dah pandai melahirkan rasa tidak puas hati pula. Sayang la tu, ucap Armand Danial sendiri. Makin meleret senyumannya. Baru selangkah mereka keluar dari restoran, tibatiba Armand Danial disapa oleh beberapa orang gadis. Bos... bos kan ni? Shani setiausahanya menegur. Ermmm... sayalah ni. Tak kerja ke ni? Armand Danial menjawab malas. Adoi... hebohlah kat ofis nanti ni. Budak-budak ni bukan boleh percaya sangat. Hobi mereka ni

47

Pelukan Cinta

suka buat ketupat. Kali ni Armandlah yang akan jadi bahan ketupat mereka. Eh, kerja bos. Tengoklah jam bos tu. Ofis hour dah habislah bos. Shani bersuara lagi. Ermmm... lupa pulak saya. Baru keluar ofislah ni? Okeylah ya, saya balik dulu. Have a nice day. Armand Danial mencapai jemari Zulaika Husna, mengisyaratkan bahawa mereka perlu beredar. Oh ya, lupa pulak. Ini Zulaika Husna, tunang saya. Ika, ni semua staf abang. Hai.... Zulaika Husna menyapa lembut. Hatinya rasa bagaikan hendak meletup. Bila pulaklah mamat ni meminang aku? Sedap mulut aje mengaku aku ni tunang dia. Mulut tak ada insurans langsung. Aku saman nanti baru tahu. Zulaika Husna berkata dalam hati. Amboi bos... bertunang diam-diam aje. Tak jemput pun kami. Ingat bos cuti pergi belajar aje, rupanya siap bertunang sekali, usik Shani. Matanya tidak puas merenung wajah manis tunangan bosnya itu. Tinggi lampai. Sesuailah dengan bosnya yang juga tinggi itu. Kalau hendak bercakap dengan mereka berdua ni, kenalah mendongak kepala. Shani, Mariam dan Ratna memerhati bos mereka berpimpin tangan menuju ke kereta. Patutlah bos tidak berapa ramah dengan staf perempuan. Rupa-rupanya bos dah ada awek. Diam-diam aje bos ni. Awek bos cun gila pula tu! Kalaulah ada Sherry tadi, mesti dia frust tengok tunang bos. Cun gila! ujar Ratna yang diam sedari tadi. Haah, kan? Nampak bahagia betul. Sama padan. Tinggi betul Zulaika tu, macam model. Entah-entah model

48

Amisha Dania

tak? teka Mariam atau Merry pula. Sebenarnya dia amat terkejut melihat kehadiran Encik Armand Danial bersama Zulaika Husna, gadis yang sangat sempurna di matanya tadi. Satu ketika dahulu dia sendiri pernah menyimpan angan untuk menjadi kekasih Encik Armand Danial. Tetapi lama-kelamaan anganannya itu dipendamkan sahaja kerana Encik Armand Danial melayan mereka sama rata sahaja. Apabila melihatkan Encik Armand Danial melayan tunangnya tadi... tahulah Merry, Armand Danial ini seorang lelaki yang penyayang. Di pejabat dia seorang yang serius, tetapi melihat tingkahnya bersama tunangnya tadi, ternyata sikapnya amat berbeza. Marah ke? Armand Danial bertanya apabila mereka telah pun berada di dalam kereta. Zulaika Husna diam sahaja. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan Armand Danial itu. Sayang marah abang ke? Armand Danial bertanya lagi. Jarinya menyentuh dagu Zulaika Husna. Zulaika Husna menggeleng kepalanya. Buntu fikirannya. Dia memang suka pada Armand Danial dan mengharapkan perhubungan ini akan kekal buat selamalamanya. Tetapi hakikatnya, mereka masih belum ada apa-apa ikatan. Dia merasa tidak selesa apabila sudah menipu staf-staf lelaki kesayangannya itu. Kita nak ke mana ni? Zulaika Husna cuba mengubah topik perbualan mereka. Shariman butik. Abang nak cari baju Melayu. Hujung minggu ni kawan abang kahwin. Dia minta abang jadi pengapitnya. Ika ikut abang ya? Ikut ke mana? soal Zulaika Husna ingin tahu. Terengganu, jawab Armand Danial pendek.

49

Pelukan Cinta

Jauhnya.... Ni majlis kawan rapat abang masa belajar kat UK dulu. Sayang ikut ek? Armand Danial memujuk Zulaika Husna. Nanti Ika tanya papa dulu. Kalau papa izinkan, Ika ikut. Kalau tak, abang pergilah sorang. Hanya itu yang mampu Zulaika Husna ucapkan. Dia tidak berani untuk menabur janji. Armand Danial memberikan signal untuk berhenti di bahu jalan. Jari-jarinya cepat sahaja mencari nama papa yang memang ada dalam simpanan telefon bimbitnya.

50

Amisha Dania

Bab 10
ERJALANAN dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang mengambil masa kurang lebih enam jam itu mereka penuhi dengan pelbagai cerita dan impian. Mereka singgah di Kuantan untuk makan tengah hari. Lapang rasa hatinya apabila hajat hendak membawa Zulaika Husna bersamanya ke Kuala Terengganu diizinkan oleh papa kekasih hatinya itu. Malah papa dan mama sempat lagi berpesan agar membelikan dua pasang batik sutera untuk mereka. Sayang, kita nikah gantung dulu nak? Armand Danial membuka bicara apabila selesai menjamu selera di Kuantan. Kereta dipandu dengan kelajuan yang sederhana. Ha? Apa tu? Nikah gantung? soal Zulaika Husna pelik. Armand Danial tersenyum. Betul-betul tidak faham ke minah ni? Atau saja buat tak faham? bisik hatinya.

51

Pelukan Cinta

Nikah dulu, kenduri kita buat selepas sayang habis belajar nanti, terang Armand Danial senang. Macam tu... maknanya abang duduk rumah abang, Ika duduk kolej? Sama macam tak kahwin gak, ujar Zulaika Husna menyatakan pandangannya. Mana ada sama sayang. Time Ika cuti, Ika balik la rumah kita. Kita duduk sama-sama, jelas Armand Danial bersungguh-sungguh. Kepalanya sudah membayangkan, duduk bersamasama dengan Zulaika Husna. Balik kerja Zulaika Husna setia menunggunya di hadapan pintu. Ah... bahagianya! Kata nikah gantung, macam mana pula boleh duduk sama? tanya Zulaika lagi yang keliru dengan ayat-ayat Armand Danial tadi. Sayang... bila dah nikah, dah sahlah hubungan kita. Semuanya dah halal. Sayang dah jadi isteri abang. Armand Danial cuba membuatkan Zulaika Husna faham kehendak hatinya. Isteri abang... sedap aje bunyi ayat tu. Kemaruk nak berbini ke aku ni? Armand Danial bercakap dengan diri sendiri. Habis... apanya yang digantung tu? Abang cakap nikah gantung tadi, eh... tak fahamlah Ika. Abang cakap dulu Ika boleh habiskan belajar dulu, kan? duga Zulaika Husna dengan matanya bulat merenung Armand Danial. Cakap berbelit-belit ni kenapa? gumam Zulaika Husna di dalam hatinya. Armand Danial menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Susah bercakap dengan orang lurus ni. Macam mana ya dia hendak jelaskan pada Zulaika Husna? Ya tak ya juga, apa ek yang digantung tu?

52

Amisha Dania

Mereka kemudian singgah di Kuala Kemaman. Armand Danial berhenti di sebuah restoran tepi laut yang ada menjual keropok, ikan, udang, ketam dan sotong goreng yang merupakan makanan yang popular di Terengganu. Setiap kali berkunjung ke pantai timur dia tidak lupa akan menu ini. Ika habis belajar tiga tahun lagi tau. Tak kesian pada abang ke? Armand Danial cuba lagi memancing simpati Zulaika Husna. Tiga tahun, macam-macam boleh jadi. Buatnya Zulaika jumpa orang lain? Aduh... merana jiwa. Kering aje menunggu. Apa masalah abang sebenarnya? Zulaika Husna makin keliru dengan kehendak Armand Danial. Dahulu, mereka bersepakat untuk tidak menyentuh soal kahwin selagi Zulaika Husna belum menghabiskan pengajiannya tetapi sekarang lain pula yang jadi. Armand Danial terdiam. Mungkin Zulaika Husna belum bersedia lagi agaknya. Lagipun gadis itu baru mencecah dua puluh dua tahun. Masih mentah lagi. Sanggup ke aku tunggu Zulaika habis belajar? Armand Danial raguragu dengan keupayaan hatinya sendiri. Bukan hati sebenarnya, tetapi lebih kepada keupayaannya mengawal nafsu sendiri. Sikap manja Zulaika, matanya yang bundar, semuanya meluruhkan iman Armand Danial. Melihat matanya yang berkelip-kelip pun jantung dah tak keruan, apa lagi kalau mata itu semakin layu... adoi... beranganlah pulak! Forget it. Abang cuma bagi cadangan sahaja. Bukan abang nak paksa Ika. Armand Danial mengalah akhirnya. Hmmm... selera tak samalah pula.

53

No. ISBN:- 978-967-5067-68-6 Jumlah muka surat: 408 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM17, Sabah/Sarawak: RM20 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM13, Sabah/Sarawak: RM16 Sinopsis:Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial. Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta. COPYWRITING TEXT Jika cinta tidak kesampaian, akan aku usung jiwa pasrah hingga ke akhir perjalanan, Jika jodoh kita ada, akan aku junjung cinta kita hingga ke akhir kehidupan.

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, segera dapatkan Pelukan Cinta di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan

poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai