Anda di halaman 1dari 11

1. Apakah itu Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna Malaysia? Dan apakah objektifnya?

Pertandingan Kepenggunaan diadakan bersempena Hari Pengguna Malaysia yang disambut setiap 26 Julai di peringkat
Kebangsaan.   Pertandingan ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepenggunaan kepada pelajar
sekolah, mahasiswa dan masyarakat amnya.  Umumnya pendidikan ini tidak diperolehi secara formal di sekolah dan melalui
pertandingan ini masyarakat dapat mengetahui peranan, tanggungjawab dan tindakan mereka dalam menghadapi era globalisasi.
Back to top

2. Bilakah tempoh pertandingan? Adakah penyertaan melalui e-mail diterima?


Pertandingan akan dilancarkan pada 10 Februari 2014 dan akan berakhir pada 4 September 2014. Semua penyertaan hendaklah
dihantarkan kepada Urusetia HPM 2014b sebelum atau pada 4 September 2014 secara pos, email atau menghantar terus hasil
karya ke pejabat FOMCA.  Penghantaran hasil karya melalui emel hanya untuk Pertandingan Blog dan Mengarang Esei sahaja.
Pertandingan lain perlu dihantar secara “hard-copy” ke pejabat Urusetia HPM 2014.

3.Apakah pertandingan yang dipertandingkan? Dan Siapakah yang layak menyertainya?


12 jenis pertandingan yang dipertandingkan. Antaranya Pertandingan Mengarang Esei, Melukis Poster, Buku Skrap, Blog
Kepenggunaan, Kartun, Fotografi, Speak-up dan Mewarna di Pasaraya Giant. Semua warganegara Malaysia dan pelajar di
Malaysia layak menyertai pertandingan. Sila rujuk kategori-kategori setiap pertandingan  di laman web www.mypengguna.com .

4. Adakah saya boleh menyertai lebih daripada satu kategori pertandingan ?


Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dalam satu kategori pertandingan dan hanya layak menerima satu hadiah
sahaja. Contoh: Adik Musa menghantar dua (2) esei Bahasa Malaysia dan satu (1) penyertaan bagi pertandingan poster. Sekiranya
adik Musa berjaya, adik Musa hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

5. Adakah saya akan menerima sijil penyertaan?


Sijil akan diberikan kepada semua peserta pertandingan samada  menang ataupun sebaliknya. Peserta layak menerima sijil bagi
setiap kategori yang disertai seperti Adik Musa, beliau layak menerima dua (2) sijil iaitu sijil penyertaan Esei dan Poster. Walaupun
adik Musa menghantar dua (2) esei  beliau hanya akan menerima satu sijil sahaja.

6. Bagaimana proses penyediaan sijil dan mengapa saya tidak menerima sijil?
Sijil diproses berdasarkan maklumat penyertaan peserta pada borang penyertaan pertandingan. Borang pertandingan mesti
dilekatkan atau dilampirkan bersama pada setiap kategori pertandingan yang disertai. Urusetia tidak dapat memproses sijil
penyertaan sekiranya maklumat yang diminta tidak lengkap dan tidak menanggung di atas sebarang kerosakan atau kehilangan
penyertaan. Peserta yang tidak menerima sijil penyertaan boleh menghubungi Urusetia untuk maklumat lanjut.

7. Bagaimana untuk menyertai  Anugerah Penyertaan Terbanyak ?


Terbuka kepada semua sekolah termasuk Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Sekolah Kebangsaan
Jenis Tamil dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Pengetua atau Guru Besar dikehendaki mendaftarkan maklumat penyertaan di
laman web www.mypengguna.com. Urusetia juga menggalakkan pihak sekolah menyediakan senarai nama pelajar yang menyertai
pertandingan untuk memudahkan urusan penyediaan sijil penyertaan. Contoh format excel boleh dirujuk di laman web
www.mypengguna.com.

8. Bolehkah pihak sekolah ingin menjemput FOMCA mengadakan ceramah di sekolah?


FOMCA mensasarkan sebanyak 150 buah sekolah bagi sesi ceramah di sekolah Rendah, SJK C, SJK T dan Sekolah Menengah di
semenanjung Malaysia dari bulan Februari hingga bulan Julai 2014. Pihak sekolah boleh menghubungi Urusetia HPM 2014 ditalian
03-7876 4648 untuk pertanyaan lanjut.

9. Bilakah Pertandingan Kepenggunaan di Pasaraya Giant diadakan dan bagaimana untuk menyertainya? Adakah saya
akan menerima sijil?
Sila rujuk tarikh, jadual lokasi terkini dan borang pendaftaran Pertandingan Mewarna di Pasaraya Giant di laman web
www.mypengguna.com dan kembalikan borang pendaftaran dua (2) hari sebelum pertandingan atau peserta boleh mendaftar terus
pada hari pertandingan. 

10.Bagaimana saya ingin menyertai Pertandingan Mewarna Peringkat Akhir dan dimanakah lokasinya?
Peserta boleh membuat pendaftaran Pertandingan Mewarna Peringkat Akhir menerusi borang penyertaan di laman web
www.mypengguna.com atau mendaftar  terus di lokasi pertandingan akhir.

11. Apakah yang boleh saya bawa  untuk menyertai Pertandingan Mewarna?
Urusetia tidak akan menyediakan sebarang peralatan mewarna dan peserta perlu membawa peralatan mewarna sendiri.  Hanya
PENSEL WARNA sahaja di benarkan untuk pertandingan mewarna ini.

12. Bagaimana untuk menyertai Pertandingan Blog?


Peserta perlu mendaftar akaun blog melalui www.blogger.com. Penyertaan blog adalah secara individu dan mengikut syarat
kategori.  URL website tidak diambil kira dalam penyertaan ini.
13. Saya telah mempunyai blog dan adakah saya perlu mendaftarkan akaun baru untuk pertandingan ini? Bagaimanakah ia
dipertandingkan?
Ya, peserta perlu mendaftarkan akaun blog yang baru untuk pertandingan ini dan hantarkan maklumat penyertaan pertandingan
kepada Urusetia HPM 2013. Urusetia akan membuat penilai blog peserta dari masa ke semasa dari aspek kandungan, kreativi
persembahan, follower , terkini dan yang berkaitan.  Penilaian keseluruhan akan dibuat selepas tarikh tutup pertandingan. Semasa
itu, peserta tidak dibenarkan membuat sebarang penambahan.

14. Bilakah keputusan Pertandingan Kepenggunaan akan diumumkan? Bagaimanakah saya ingin menuntut hadiah
sekiranya saya berjaya?
Keputusan penuh pemenang pertandingan akan diumumkan melalui laman web www.mypengguna.com pada 1 October 2014.
Pemenang Utama akan dihubungi awal bulan Ogos 2014. Pemenang saguhati akan dimaklumkan melalui email atau panggilan
secara peribadi atau sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

1. Nama Menteri KPDNKK


Dato’ Sri Hassan b. Malek

2. Program Pendidikan dan Kesedaran Pengguna


2.1 Gerakan Pengguna Siswa
2.2 Kelab Pengguna Sekolah
2.3 Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Program Perlindungan Pengguna

Bertanggungjawab tentang hal ehwal perlindungan pengguna melalui penyemakan dan cadangan
undang-undang dan dasar-dasar baru untuk melindungi pengguna, menerima aduan pengguna
dan menjadi urusetia kepada Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN).

Aduan Pengguna

 Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke
pejabat BHEP.
 
 Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Adalah
dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa BHEP
untuk menyelesaikannya.

Kajian Semula Dasar Pengguna Negara (DPN) dan Pelan Induk Pengguna (PIP)
  
Kementerian telah mengenalpasti keperluan untuk melaksanakan kajian semula Dasar Pengguna
Negara (DPN) yang telah digubal pada tahun 2002 dan Pelan Induk Pengguna (PIP) yang dibuat
pada tahun 2003. Kajian ini adalah penting untuk memastikan bahawa Dasar Pengguna Negara
dan Pelan Induk Pengguna bersesuaian dengan keperluan semasa agar kekal relevan dan
melindungi kepentingan para pengguna di negara ini.

Semakan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599)

Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (atau Akta 599) telah berkuatkuasa pada 15 November
1999 untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna.

Sejak itu, pindaan telah dibuat sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2002, 2003, 2007 dan 2010.

Pindaan 2002 - Pindaan Subseksyen 17 (1) menyenaraikan jenis-jenis Kontrak Perkhidmatan


Hadapan yang telah diwartakan oleh KPDNKK untuk maksud seksyen berkenaan.

Pindaan 2003 - menambah keanggotaan TTPM daripada perkhidmatan kehakiman dan


perundangan serta meningkatkan award TTPM daripada RM10, 000 kepada RM25, 000.

Pindaan 2007 – memperluaskan skop Akta 599 kepada urusniaga perdagangan secara elektronik.

Pindaan terkini pada tahun 2010 bertujuan untuk membuat penambahbaikan ke atas peruntukan
sedia ada di bawah Akta 599 supaya akta tersebut kekal relevan dalam menghadapi perubahan
bagi amalan perdagangan pada masa kini dan mampu memberi perlindungan yang lebih
menyeluruh kepada pengguna. Pindaan kali ini juga memperkenalkan 2 Bahagian baru iaitu
Bahagian IIIA:Terma Kontrak Tidak Adil yang menetapkan peruntukan-peruntukan bagi
melindungi pengguna daripada terma-terma tidak adil yang wujud dalam sesuatu kontrak bentuk
seragam dan Bahagian XIIA: Jawatankuasa Pengiklanan yang memperuntukan kuasa kepada
Menteri untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi memantau dan mengambil tindakan 
terhadap pembekal yang mengeluarkan iklan yang mengelirukan atau palsu.

Peraturan Standard Keselamatan Alat-Alat Permainan Kanak-Kanak

Pihak Kementerian telah menumpukan usaha untuk melaksanakan Peraturan Perlindungan


Pengguna (Pematuhan Terhadap Standard Keselamatan) 2008 Peraturan Perlindungan Pengguna
(Standard Keselamatan Alat-Alat Permainan Kanak-Kanak)2008 secara mandatori.

Tujuan utama peraturan ini diadakan adalah untuk memastikan pasaran tempatan bebas dari
barangan permainan yang berbahaya terhadap keselamatan kanak-kanak.

Peruntukan di bawah Seksyen 19, Bahagian III, Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan
mewajibkan pengeluaran barangan permainan kanak-kanak mematuhi piawaian keselamatan
yang ditetapkan.

Peraturan ini sedang di dalam proses akhir sebelum ianya diwartakan di dalam tempoh masa
yang terdekat.
Program Pembangunan Gerakan Kepenggunaan

SKUAD PENGGUNA

SKUAD PENGGUNA dahulunya dikenali Sukarelawan Pemantau Harga (SPH) (2001-2006). 


Dikenali pula dengan nama RAKAN PENGGUNA (2006 – 2011) dengan objektif untuk
membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.

Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula sebagai SKUAD PENGGUNA
dengan tujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.
Selain itu, keahlian skuad pengguna ini dikembangkan dengan kerjasama dari NGO
kepenggunaan dan NGO bukan kepenggunaan seperti CUEPACS, persatuan perniagaan seperti
PERDASAMA, GIANT DAN JUSCO dan orang awam. Sinergi ini amat penting dalam usaha
mewujudkan satu gerakan kepenggunaan yang bersepadu dan jitu yang memperjuangkan hak-
hak pengguna. Segala maklumat / info, promosi terkini serta pendaftaran ahli Skuad Pengguna
secara online  terdapat di Portal SP yang boleh dilayari di www.1pengguna.com/sp

MAJLIS GERAKAN PENGGUNA KEBANGSAAN (MGPK)

Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) dipengerusikan oleh YB Menteri Perdagangan


Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan dianggotai oleh semua Pengerusi Gerakan
Pengguna Negeri (GPN) yang terdiri daripada Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) dan Pengerusi Bersama yang terdiri daripada Ahli
Persatuan Pengguna yang dilantik. Objektif MGPK ialah untuk menimbang isu-isu
kepenggunaan, menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti  kepenggunaan di peringkat negeri
dan daerah serta berperanan sebagai badan perantaraaan (liason) di antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam bidang kepenggunaan.

GERAKAN PENGGUNA NEGERI (GPN)

Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dipengerusikan oleh Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri
(GPN) iaitu Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(PPDNKK) dan dianggotai oleh Pengerusi Bersama dan wakil-wakil dari persatuan pengguna,
perwakilan dari badan-badan perniagaan Negeri, Agensi-Agensi Kerajaan diperingkat Negeri
dan Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah (GPD). GPN ditubuhkan untuk menyediakan satu
forum rasmi bagi membincang dan mengatasi permasalahan pengguna di peringkat negeri.  Ini
adalah selaras dengan hasrat Kementerian untuk memberi perhatian kepada lebih ramai
penduduk khasnya di peringkat negeri dan daerah yang pada masa ini kekurangan saluran untuk
menyuarakan kemusykilan mereka. Dengan  adanya GPN, Kementerian telah mewujudkan satu
saluran membolehkan semua pihak untuk sama-sama membincang dan mencari jalan untuk
mengatasi masalah pengguna.

GERAKAN PENGGUNA DAERAH (GPD)

Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) dan pengerusi bersama terdiri dari GPD
yang dilantik, serta keanggotaan oleh wakil persatuan pengguna peringkat daerah,  perwakilan
dari badan-badan perniagaan setempat, Agensi-Agensi Kerajaan peringkat daerah, Rakan
Pengguna serta individu yang aktif dalam bidang kepenggunaan. Tugas-tugas GPD merangkumi
tiga (3) bidang tugas utama  :-

i.     Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan bagi


peringkat daerah;

ii.    Memberi pandangan kepada Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dalam sebarang perkara
yang berkaitan dengan kepenggunaan;

iii.   Membantu, menyiasat dan mengemukakan isu-isu kepenggunaan di peringkat daerah

iv.    Membantu menggerakkan Skuad Pengguna

v.     Membantu dalam program/aktiviti Anjuran PPDNKK Negeri dan cawangan


 

PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN PENGGUNA

KPDNKK juga sentiasa memberi sokongan kepada penubuhan persatuan atau pertubuhan
pengguna diperingkat daerah dan negeri. Selain itu, KPDNKK juga menjalinkan kerjasama yang
erat dengan persatuan / pertubuhan pengguna dalam melaksanakan program-program pendidikan
pengguna seperti Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan
Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia
(MACFEA), Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) dan persatuan-persatuan
pengguna negeri.

PEMBANTU HAL EHWAL PENGGUNA DAERAH (PHEPD)

KPDNKK telah memperkenalkan program PHEPD pada 1 Mei 2007 untuk merupakan satu
usaha Kementerian membantu meningkatkan kesedaran dan pendidikan kepenggunaan di
kalangan masyarakat khususnya di kawasan-kawasan parlimen. Program ini bertujuan membantu
pelaksanaan aktiviti-aktiviti kepenggunaan Kementerian melalui Gerakan Pengguna Negeri
(GPN) dan Gerakan Pengguna Daerah (GPD).

a.    Membantu Kementerian melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan dikawasan


masing-masing,

b.    Memberi panduan dan membantu ahli masyarakat membuat sebarang aduan
berkaitan dengan kepenggunaan.

c.    Membantu menyebarkan risalah, poster, buku-buku serta lain-lain maklumat yang
berkaitan dengan kepenggunaan kepada masyarakat setempat.

PROGRAM KEPENGGUNAAN LUAR BANDAR

Program Luar Bandar merupakan satu lagi inisiatif KPDNKK yang bertujuan untuk
meningkatkan tahap kesedaran kepenggunaan di kalangan rakyat khususnya bagi masyarakat
luar bandar. Masyarakat luar Bandar yang tidak mempunyai pengetahuan kepenggunaan adalah
sangat terdedah dengan taktik penipuan dan penyelewengan. Program Kepenggunaan Luar
Bandar memberi pendedahan, kesedaran dan pengetahuan kepenggunaan kepada masyarakat luar
bandar.
Senarai Barang - Barang Kawalan

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta


Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan
1974

1. Gula
 
2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
 
3. Garam
 
4. Simen dan klinker
 
5. Tepung gandum
 
6. Minyak masak
 
7. Baja
 
8. Racun serangga
 
9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah
 
10. Bar bulat keluli lembut
 
11. Minyak tanah
 
12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
 
13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja)
 
14. Padi (Sabah sahaja)
 
15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred
 
16. Bahanapi diesel
 
17. Gas petroleum cecair (LPG)
 
18. Semua jenis roti
 
19. Minyak bahanapi
 
20. Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan)
 
21. Kayu Getah
 
22. Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)

Barang-Barang Kawalan Berjadual

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan
Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 2 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Urusniaga barang-barang kawalan berjadual memerlukan berjadual memerlukan suatu lesen
yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan

Bil   Barang-Barang Kawalan Berjadual


1.   Gula
2.   Tepung gandum
3.   Minyak Masak
4.   Baja Kimia
5.   Minyak Tanah
6.   Petrol, spirit motor dari semua gred
7.   Bahan Api Disel
8.   Bar bulat keluli lembut
9.   Simen
10.   Gas Petroleum cecair
11.   Roti
12.   Ayam

Apakah Hak-Hak Pengguna?

 Hak untuk mendapat keperluan asas


Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan
seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan
sanitasi.

 Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat

Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan
yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

 Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka
membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur
atau mengelirukan.

 Hak untuk membuat pilihan

Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan
pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

 Hak untuk menyuarakan pendapat

Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat


pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam
pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

 Hak untuk mendapat ganti rugi

Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian
barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau
perkhidmatan yang tidak memuaskan.

 Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi
membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan
perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

 Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak
berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu
Barang?
 Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual
borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan  tanda
perniagaan.
 Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
 Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
 Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan
dan batasannya
 Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-
bahan.

 Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh:
SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
 Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran
istimewa.
 Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan
pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).

Aduan Pengguna

 Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri
ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
 Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan
bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan
Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan
yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:

 Talian bebas tol

1 - 800 - 886 - 800

 Portal Rasmi:

      http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/

Pengguna sering ditipu menerusi:


o Penipuan Perkhidmatan
o Penipuan Harga
o Cetak Rompak
o Penipuan Jualan Langsung
o Produk Tiruan
o Tanda Harga Yang Mengelirukan
o Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus
o Aktiviti Menyorok Barang Kawalan
o Penipuan Perjanjian Sewa Beli

Anda mungkin juga menyukai