Anda di halaman 1dari 1

PEKA 1511/2021

NAMA:

KELAS:

NO EKSP. 1.1.3 ; KEWUJUDAN MIKROORGANISMA/Buku teks m/s 17


TUGASAN 2
Kaji situasi di bawah.
Rajah 2 menunjukkan dua set cadangan hidangan tidak dimasak dan hidangan dimasak. Set hidangan tidak
dimasak cepat menjadi rosak dan mengeluarkan bau yang busuk berbanding makanan yang dimasak. Makanan
rosak adalah makanan yang tidak boleh dimakan oleh manusia, berpunca dari mikroorganisma yang tumbuh
pada makanan (pada suhu, keasidan, kepanasan yang sederhana, dan kelembapan yang sesuai).

Sumber: Google lifespa.com


Rajah 2
a) Berdasarkan situasi dan pemerhatian rajah 2, rangka dan jalankan satu eksperimen mengkaji kewujudan
mikroorganisma pada suhu yang berbeza.

b) Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut. Laporan anda hendaklah mengandungi:
1) Tajuk
2) Pernyataan Masalah
3) Tujuan
4) Hipotesis
5) Pemboleh ubah
6) Radas dan bahan
7) Rajah
8) Prosedur
9) Pemerhatian
10) Mentafsir data
11) Perbincangan
12) Kesimpulan

c) Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut dalam perbincangan laporan eksperimen ini:
1. Bagaimanakah bilangan koloni bakteria dihubungkaitkan dengan pertumbuhan bakteria?
2. Apakah fungsi nutrien dalam agar-agar dalam eksperimen ini?
3. Mengapakah agar-agar nutrien yang dikeluarkan dari ketuhar perlu disejukkan kepada suhu bilik
terlebih dahulu?
4. Mengapakah piring petri tidak diletakkan di bawah sinaran matahari?
5. Mengapakah Bacillus sp. disimpan di dalam inkubator yang bersuhu tinggi?
6. Nyatakan satu aplikasi kesan nilai pH terhadap bakteria dalam kehidupan harian. Terangkan.

*Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap sainstifik serta nilai murni
akan dinilai.
1
PANITIA SAINS SHAMS

Anda mungkin juga menyukai