Anda di halaman 1dari 1

Mengenai Sekolahku SEJAHTERA

Konsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang dilaksakan menerusi penerapan 14


elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di
sekolah oleh guru dan murid.Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan
suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah
mencapai kesejahteraan masyarakat.Ini juga akan membolehkan para murid akan meneroka
pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan
inovatif dalam penyelesaian masalah.

14 Nilai Sekolahku SEJAHTERA

Terdapat 14 nilai yang terkandung di dalam konsep ini iaitu:

1. Selamat
2. Seronok
3. Sihat
4. Etika
5. Empati
6. Jati diri
7. Adab sopan
8. Harmoni
9. Tekun
10. Teliti
11. Terampil
12. Eksplorasi
13. Rasional
14. Artikulasi

Pelaksanaan Konsep

Pelaksanaan konsep ini akan diterapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran oleh para
guru kepada murid.

Sebagai contoh, apabila guru sedang mengajar mata pelajaran Sejarah, jika ada perkara-
perkara dalam topik yang diajar itu kepada murid mempunyai kaitan dengan 14 elemen,
perkara tersebut boleh diperjelaskan kepada murid.

Penerapan elemen konsep ini dalam kalangan murid juga akan dilaksanakan secara holistik
bersama dalam dan luar sekolah bagi kesejahteraan murid.

Anda mungkin juga menyukai