Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS NEGERI SELANGOR

1. LATAR BELAKANG Kajian buli dan ponteng yang telah dibuat di pusat pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah disiplin di sekolah semakin meningkat. Salah laku ini juga menyumbang kepada salah laku negatif yang lain seperti bergaduh, merokok dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah.Amalan buruk yang dilakukan oleh pelajar ini patut dibendung . Wujudnya jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang lebih dari seorang di sekolah diharap dapat membantu menangani masalah disiplin ini secara lebih profesional. 2. PERNYATAAN MASALAH Perbuatan melanggar disiplin sekolah oleh pelajar sentiasa berlaku. Pihak sekolah telah berusaha untuk mengubah tingkah laku yang negatif dengan berbagai-bagai pendekatan. Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling sememangnya telah diterima sebagai satu perkhidmatan yang penting di sekolah. Bagi membantu pihak sekolah menangani masalah ini secara lebih profesional data dan maklumat diperlukan untuk membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan dan jumlah murid yang telah berubah dan tingkah laku negatifnya kepada tingkah laku positif. 3. MATLAMAT Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menyediakan maklumat dan data berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan sasaran dan mempunyai data bilangan murid yang telah berubah tingkah lakunya dan memperolehi kecemerlangan hasil daripada keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan asrama. 4. OBJEKTIF 4.1 4.2 4.3 4.4 Membantu sekolah mengurangkan masalah salah laku dan masalah sosial murid. Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu menyelesaikan masalah salah laku dan sosial murid secara berfokus dan bermaklumat. Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam usaha menangani masalah disiplin pelajar. Membugarkan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menangani disiplin pelajar.

5.

RASIONAL Misi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melahirkan insan yang seimbang serta dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh.

6.

FOKUS PELAN TINDAKAN

6.1 6.2

Mengesan semua kumpulan murid mengikut kategori yang disenaraikan melalui pemerhatian, laporan disiplin, SSDM, buku catatan, soal selidik, maklumat rakan sebaya dll. Semua kumpulan murid yang telah dikenal pasti ini ini hendaklah disenaraikan mengikut 3 Bidang utama iaitu: 6.2.1 6.2.2 6.2.3 Bidang Akademik Bidang Disiplin Bidang PPDa.

6.3

Fokus hendaklah melibatkan ke tiga-tiga bidang. Bidang Akademik wajib iaitu untuk meliputi kumpulan Cemerlang dan Galus . Kemudian pilih 3 kumpulan sasaran dari 2 bidang yang berikutnya mengikut keperluan sekolah. Jumlah murid yang terpilih dalam setiap kumpulan minimum 10 orang dan maksimum 20 orang murid untuk setiap satu kumpulan sasaran. Contoh : Tn. Haji Ali bin Abdullah dari SMK Sri Kukup, Pontian beliau telah memilih;

1. Bidang Akademik (WAJIB) Kumpulan Cemerlang 10 orang murid Kumpulan Galus - 20 orang murid 2. Bidang Disiplin (PILIHAN) Kumpulan Ponteng Kumpulan Buli - 10 orang murid - 10 orang murid 3. Bidang PPDa (PILIHAN) 3.1 Kumpulan Merokok - 10 orang murid

6.4 6.5

Ambil maklumat peribadi murid yang tersenarai dan difailkan. Murid berkenaan hendaklah menjalani proses kaunseling individu dan kelompok secara berterusan ( ada laporan dan catatan)

6.6 6.7 6.8 6.9


7.

Murid berkenaan dilibatkan sama dalam program khas B & K yang sesuai (ada laporan dan catatan) Bincang / bentang laporan dan catatan kepada pengetua sebelum 1 hari bulan pada setiap bulan. Hantar laporan kepada PPD pada setiap 5 hari bulan pada setiap 4 bulan sekali. PPD hantar ke Unit HEM JPNJ sebelum 10 hari bulan pada setiap 4 bulan sekali.

SASARAN 7.1 BIDANG AKADEMIK 7.1.1 7.1.2 Kumpulan Cemerlang Kumpulan Galus
* Borang Pengesanan A * Borang Rumusan A

7.2

BIDANG DISIPLIN 7.2.1 7.2.2 7.2.3 7.2.4 Kumpulan Ponteng Kumpulan Buli Kumpulan Mencuri Kumpulan Bergaduh
* Borang Pengesanan B * Borang Rumusan B

7.3

BIDANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 7.3.1 7.3.2 Kumpulan Merokok Kumpulan Dadah
* Borang Pengesanan C * Borang Rumusan C

8.

PENILAIAN DAN PEMANTAUAN 8.1 8 .2 8.3 Pengetua dan Guru-Guru Penolong Kanan di sekolah. Pejabat Pelajaran Daerah Jabatan Pelajaran NEGERI SELANGOR.

PROSES KERJA PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS NEGERI SELANGOR Bil 1. 2. Mengesan maklumat. Proses Kerja murid berdasarkan 1. Pengarah Pelajaran Selangor 2. Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor 3. KS SPPK 4. KU HEM SPPK 5. Pen Pengarah Kaunseling HEM Jabatan 6. Pegawai Kaunseling HEM PPD 7. Pengetua/ Guru Besar Pegawai Yang Meluluskan / Dirujuk Catatan

Senarai murid mengikut BIDANG kemudian senarai mengikut kumpulan sasaran. Buat perjumpaan dengan murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program Kaunseling Berfokus. Dapatkan maklumat peribadi murid yang terlibat. Hantar maklumat awal pelajar kepada PPPD HEM dan Unit HEM JPNJ. Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau program khas. Menyediakan laporan keberkesanan Berbincang / bentengkan laporan kepada pengetua. Hantar laporan kepada PPPD HEM Hantar Laporan kepada Unit HEM JPNJ

3.

4. 5. 6.

7. 8. 9 10

CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN BERFOKUS

MULA

Berbincang antara Guru Bimbingan dan Kaunseling yang ada di sekolah. Berbincang dengan pengetua dan guru disiplin Mengesan pelajar berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber. Kategorikan pelajar mengikut bidang dan kumpulan sasaran.

Kumpulkan pelajar dan berikan penerangan dan rasionalkan mereka. Edarkan Borang Profail Pelajar. Hantar maklumat awal ke PPPD HEM & Unit HEM JPNJ. Pelajar menjalani proses kaunseling dan program khas Sediakan laporan dan catatan.

TAMAT

Bentangkan laporan kepada pengetua dan hantar kepada PPD