Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Penulisan esei diuji dalam Bahasa Melayu Kertas 1(910/1) bagi


calon-calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia. Berdasarkan salibus Sukatan Pelajaran STPM
Baharu yang diperkenalkan mulai tahun 2012, Bahasa Melayu
910/1 dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu, Bahagian A :
Aneka Pilihan (20%), Bahagian B : Pemikiran Kritis dan Analitis
(30%), dan Bahagian C : Penulisan Esei (50%). Markah yang
diperuntukkan sebanyak 50% untuk penulisan esei itu amat
banyak. Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman dan
pemerhatian saya sebagai guru, majoriti calon mendapat
markah dalam lingkungan 10% hingga 20%  sahaja. Jumlah
yang mendapat markah melebihi 20% amat kurang. Yang
mendapat 40% hingga 50% mungkin hanya mimpi di siang
hari. Persoalannya, mengapakah calon-calon yang menduduki
Bahasa Melayu 910/1 ini gagal mendapat markah yang tinggi
dalam penulisan esei? Umum mengetahui bahawa pengajaran
dan pembelajaran penulisan esei atau penulisan karangan ini
sudah berlangsung di bilik darjah sejak mereka berasa dalam
Tahun 1 lagi. Mereka didedahkan dengan pelbagai teknik oleh
guru-guru bahasa Melayu baik yang terlatih mahupun yang
tidak terlatih. Akan tetapi, sehingga berada di peringkat
prauniversiti pun mereka masih gagal menulis esei yang
cemerlang.

BUDAYA HAFAL ESEI


Punca utama kegagalan calon dalam menghasilkan esei yang
cemerlang adalah disebabkan mereka gagal menghuraikan isi
dengan matang. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
telah dirobotkan oleh guru-guru bahasa Melayu mereka sejak
sekolah rendah lagi. Murid-murid diajar menghafal esei
termasuklah isi dan huraian. Mereka tidak diberikan kebebasan
berfikir untuk menghuraikan sendiri isi karangan semasa
menulis. Kebanyakan guru menyediakan isi dan rangka
karangan dan pelajar diarahkan membina ayat berdasarkan
bahan yang disediakan itu. Keghairahan guru ini adalah
disebabkan tuntutan sistem pendidikan yang terlalu
berorentasikan peperiksaan. Mereka terlalu takut jika pelajar
mereka gagal dalam subjek Bahasa Melayu terutamanya di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, strategi
terbaik untuk mencapai keputusan cemerlang dalam
peperiksaan adalah dengan menghafal esei. Teknik ini
memang menjadi bagi calon-calon yang menduduki UPSR,
PT3, dan SPM. Akan tetapi, apabila sampai ke peringkat yang
lebih tinggi, pelajar-pelajar yang menghafal ini gagal
menghuraikan karangan mereka dengan matang dan tepat.
Mereka mampu membuat huraian yang bersifat umum atau
tidak berpijak di bumi nyata. Situsai ini akan lebih parah
sekiranya mereka kurang membaca. Akibatnya mereka
menghuraikan isi karangan dengan merapu-rapu sehingga
memeningkan kepala pemeriksa. Pengetahuan sedia ada calon
amat sedikit tentang tajuk-tajuk esei yang disoal. Walaupun isu
yang dikemukakan amat senang mereka masih juga gagal
menghuraikan isi karangan dengan baik dan matang.  

KEMAHIRAN MENGANALISIS
SOALAN
Kemahiran menganalisis soalan wajar ditekankan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran karangan di Tingkatan
Enam. Aspek ini mempunyai kolerasi dengan huraian yang
matang dan betul. Kebanyakan calon tidak diberikan
pendedahan dalam aspek ini disebabkan guru berandaian
mereka sudah tahu. Bagi menerangkan aspek ini dengan lebih
terperinci, sila rujuk soalan STPM 2016 di bawah.

Anda mungkin juga menyukai