Anda di halaman 1dari 6

Pernikahan Semasa Belajar

Julai 17, 2007 muhammadridwantoTinggalkan komenGo to comments

Isu perkahwinan di k alangan mahasiswa dan mahasiswi menjadi satu perbincangan yang sentiasa ada pasang dan surutnya. Ibubapa, penuntut dan masyarakat dewasa mempunyai pelbagai pandangan dan pendekatan dalam menghadapi permasalahan ini. Apa yang pasti kebanyakan pandangan di a ntara ketiga-tiga golongan ini amat sukar di satukan. Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksana kan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Pelbagai perkara yang akan diberikan tumpuan di dalam memastikan berjaya atau tidaknya sesuatu majlis yang akan diadakan. Terkadang, masalah yang kecil dan ringan menjadi sukar dan berat, apabila sesuatu proses itu terlalu menekankan masalah persekitaran dan adat kebiasaan masyarakat. Sewajarnya masyarakat dewasa, lebih terbuka dalam membincangkan isu pernikahan, kerana arus kehidupan terus berubah dari masa ke semasa menyebabkan pemikiran dan tindakan golongan muda berbeza mengikut faktor persekitaran, latar belakang pendidikan dan ekonomi. Bagi golongan dewasa yang mempunyai pengalaman luas dalam urusan pernikahan sewajarnya membimbing dan menghulurkan bantuan kepada golongan remaja dari awal belia lagi dalam m enangani isu pernikahan. Terdapat pelbagai reaksi di kalangan golongan muda terhadap realiti gerbang perkahwinan. Malah Ketua Perunding Psikologi, Pusat Psikologi Malaysia, Dr Edward Chan berkata pasangan remaja kini lebih mementingkan kehebatan majlis perkahwinan daripada pengisian hubungan sebagai suami isteri. Beliau juga berpendapat betapa pasangan remaja ini banyak menekankan tentang hubungan seks pada awal perkahwinan, tetapi tidak kepada penekanan terhadap hubungan sebenar dalam sesebuah perkahwinan. (Akhbar KOSMO m/s 4, Khamis 16 MAC 2006) Namun yang amat mendukacitakan pada zaman mutakhir ini, ramai pemuda muslim menahan diri untuk segera menikah kerana takut pada beban tanggungjawab yang akan dipikul walaupun sudah sampai seru@ sudah pandai berkasi h-kasihan dengan kaum bukan sejenis mereka. Hari ini kita melihat ramai pemuda Islam yang terjebak dengan budaya couple sedangkan hakikat kasih sayang yang mereka jalinkan itu adalah selayaknya disalurkan melalui gerbang perkahwinan seperti yang telah difirmankan oleh Allah: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki), isteri -isteri dari jeniskamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antar a kamu (suamai-isteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang -orang yang berfikir. (Ar-Rum21) Lihatlah betapa indahnya bahasa al -Quran dalam mengambar kan keperluan manusia pada perkahwinan dalammemberikan ketenangan dan kebahagiaan yang lahir hasil daripada perkahwinan.

Mereka(isteri-isteri) adalah pakaian bagi mereka (Al-Baqarah: 117) Jelas menunjukkan ayat di atas betapa suami isteri adalah pakaian bagi pasangan masing-masing kerana mereka saling melindungi pasangannya. Dalam sesetengah situasi ada juga di kalangan mahasiswa Islam yang menahan diri untuk tidak segera menikah kerana alasan keperluan untuk menyelesaikan kuliahnya di universiti. Dia per caya bahawa dengan tidak berkahwin maka dia telah melengkapkan dirinya untuk menyiapkan masa depan yang cerah, dianggap akan mengangkat darjatnya dan meninggikan kedudukannya. Ataupun pelbagai alasan yang bersandarkan pada adat dan tradisi. Apabila seorang manusia itu dilarang daripada berkahwin, dia akan memenuhi keperluan nafsunya dengan cara yang haram, semua orang mengetahui dengan jelas bahawa zina adalah perbuatan yang tidak berakhlak.ia boleh merosakkan keharmonian rumahtangga,mencabul kehormatan, me nyebarkan wabak penyakit serta menimbulkan tekana jiwa dan perasaan.Untuk menjaga akhlak dan memeliharanya daripada rosak, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. (Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah bab apabila orang yang kamu redha agamanya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya, nombor 1080 daripada Abu Hatim al-Munzi)

PERKAHWINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM Dari segi bahasa, nikah ditakrifkan sebagai percantuman dan pertembungan atau sebagai gambaran kepada persetubuhan dan aqad. Dari segi syara dikenali sebagai aqad perkahwinan. Manakala syara pula telah mendefinisikan pe rkahwinan sebagai satu aqad yang mengharuskan seorang lelaki melakukan hubungan jenis dengan seorang perempuan, malah boleh juga melakukan apa saja dengan perempuan itu termasuklah yang berkaitan dengan seks seperti mencium, memeluk atau seumpamanya, deng an syarat perempuan itu bukan mahram kerana keturunan, susuan atau ikatan perkahwinan. Perkahwinan disyariatkan oleh al -Quran, al-Sunnah dan al -ijma. Dalil pensyariatan perkahwinan daripada al -Quran adalah firman Allah S.W.T maka berkahwinlah dengan se siapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat( Surah al-Nisa 4:3) Dan kahwinkanlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang -orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.(Surah al-Nur 24:32)

Dalil pensyaritan perkahwinan daripada al -Sunnah adalah daripada sabda Rasulullah s.a.w : Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan(

kesucian). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan dapat menahan nafsunya. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Malah dalam pandangan Islam, pernikahan bukanlah suatu aib d an bukan pula suatu kekurangan. Tetapi pernikahan adalah sesuatu yang mulia dan sempurna. Melalui pernikahan seseorang itu boleh mencapai tujuan yang mulia. Maka tidak hairanlah pernikahan itu mampu menjadi benteng daripada keburukan syahwat, menjaga pandangan daripada perkara yang haram, menjauhi zina dan dosa, membahagiakan jiwa, menyenangkan isteri dengan berbincang dan bersuka ria dengannya. Sesungguhnya jiwa manusia itu cenderung tidak sabar dan ingin lari daripada kebenaran. Apabila manusia itu tidak mengambil manfaat kenikmatan melaui cara yang halal, maka dia akan cenderung untuk melakukan perkara yang haram. Ini adalah berdasarkan kepada hadith dari Rasulullah s.a.w mengenai keutamaan pernikahan. Dunia itu adalah perhiasan. Dan perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita shalehah. (hadith riwayat Ibnu Majah dalam kitab Sunan Ibnu Majah) Dalam al-Quran, Allah ada menjelaskan tentang kenikmatan dunia yang sementara; Padahal kehidupan dunia itu (dibanding) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit) (Surah Ar-Raad 13:26) Malah sebaik-baik kenikmatan yang dirasakan oleh seorang manusia di muka bumi ini adalah perempuan yang solehah lagi menyenangkan jiwa, kerana wanita yang seperti ini termasuk daripada kebahagiaan seorang lelaki. HIKMAT PENSYARITAN PERNIKAHAN Perkahwinan diharuskan oleh syara supaya memelihara seseorang itu tercebur ke dalam perkara -perkara yang ditegah oleh agama malah bertujuan untuk memelihara keturunan manusia daripada pupus dan hilang. Melalui perkahwinan juga melahirk an sikap bekerjasama di antara pasangan suami isteri dalam menghadapi cabaran hidup, di samping menyemaikan rasa kasih sayang antara kumpulan masyarakat dan mengeratkan perhubungan antara dua keluarga yang terlibat dalam perkahwinan. Perkahwinan juga bertu juan mengikat suami, isteri dan anak -anak dengan ikatan yang kukuh. Ikatan itu boleh menghilangkan rasa sunyi. Malah ia dapat menjadikan seseorang itu lebih berupaya memikul tanggungjawab yang lebih besar dan berat serta dapat menghadapi hidup dengan beran i dan lebih tenang menghadapi cabaran yang mendatang. Justeru itu, seseorang itu akan lebih yakin dan bersemangat keraan menyedari kerja yang dilakukannya bukan untuk dirinya saja tetapi turut sama dikongsi dengan isteri tercinta. Hal ini perkahwinan semasa belajar menjadi asas perbincangan, realiti bernikah ketika belajar merupakan suatu fenomena yang perlu ditangani secara khusus. Semua pihak harus membuka minda terutama masyarakat dewasa untuk melihat secara terperinci adakah fak tor pernikahan disebabkan oleh dorongan negatif dan boleh menghancurkan masa depan pelajar dalam menguasai sesuatu ilmu di dalam

universiti atau ia merupakan dorongan yang positif yang akan mem awa seribu satu kebaikan kepada pelajar dan mematangkan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab. Bagi menyelesaikan masalah ini, sewajarnya golongan dewasa jangan terlau mudah melatah dan mengambil keputusan singkat tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan yang diambil. Lazimnya, pandangan dan keinginan yang dikemukakan oleh mahasiswa dan mahasiswi mempunyai fakta yang jelas untuk dipertimbangkan dan janganlah dianggap ia sebagai masalah picisan, bagaikan debu ditiup angin terus menghilang tanpa ada kesan. RUJUKAN Syaikh ash-Shabuni. 2004. Hadiah untuk Pengantin . Mustaqiim Wahbah al- Zuhaili. 2001 .Fiqh Perundangan Islam Jilid 7. Dewan Bahasa dan Pustaka DR. Mustofa Al-Khin, DR. Mustofa al-Bugho & Ali asy-Syarbaji.2002. Kitab Fikah Mazhab Syafie, Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Majalah ANIS DISEMBER 2002, Galeri Ilmu Sdn. Bhd Akhbar KOSMO,Khamis 16MAC 2006, m/s4 1.
Categories:Keluarga
Komentar (9)Jejak Balik (0) inggalkan komenJejak balik

1. zaitihamdan
Julai 18, 2007 at 5:27 pm | #1 Balas | Petikan

salam wbt, barakallahu fikum buat akhi dan isteri

2. hanafi
Julai 30, 2007 at 5:37 am | #2 Balas | Petikan

lerwanto. mu dah kawin ke? x jemput aku pun! sampai hati mu..attach la gambar walimah nanti deh

3. anna
September 20, 2008 at 4:00 am | #3 Balas | Petikan

salam?saya mahasiswi thn akhir di sebuah institusi pgjian tinggi awan.insyaallah akan mnamatkn pengajian ptghan thn hadpnsaya ingin bertanya pendapat di sini, ttg berkahwin semasa belajar.saya sbnrnya dlm proses mrancang tok bernikah pd ptghan thn hadapan. bg pihak pasagan pula, ibu bapa pasangan saya tidak menghalang niat kami tok bersatu.tp masalah yg saya hadapi skrg, saya tkt ibu

bapa saya tidak mengizinkan tok saya bernikah.bb pasagan saya masih menuntut di ipta yg sama dan akn habis pd ptghan thn 2010.kami mbuat keputusan nie sbnrnye tok mgelakkn dr perkara x elok pd mse akn dtg.dari segi kewangan pula,kami tidak mengalami sebarang masalah.cume saya tkt dan x tahu bagaimana caranya yg blh myainkn ibu bapa saya mengizinkn tok kami bernikah

4. budrole
November 9, 2008 at 2:57 am | #4 Balas | Petikan

salam.ad satu lagi perkara yang belum dikupas.bagi saya, ramai di kalangan pelajar universiti dibelenggu dengan mentaliti lama ibubapa mereka yang melarangkan anak-anak dari kahwin awal terutama bagi mereka yang sedang belajar.sedangkan apa yang kita boleh simpulkan,dari melihat anak -anak muda berkepit kesana sini,alangkah lebih elok sekiranya mereka dihubungkan dengan satu jalinan yang kukuh agar dapat mengelakkan diri dari larangan agama dan fitnah manusia.ibubapa yang memainkan peranan dalam isu pernikahan anak -anak di usia muda dan itu yang telah menyebabkan pelajar tidak mahu untuk bernikah di alam menara gading.

5. moraka
Mac 2, 2009 at 7:27 am | #5 Balas | Petikan

sye nk kawen..tp mak sye xbgdier ckp mane nk dpt duithuhu..sedih nyer

6. YaQeen Ahmad
Mac 3, 2009 at 4:00 am | #6 Balas | Petikan

mak saya galakkan, tapi saya tak sedia. Nasib baik tak sedia ada baiknya huhu Alhamdulillah, akhirnya jumpa Mr Right. Berjiwa Melayu Islam. Baik, tampan dan bergaya. Penuh dengan kesopanan.

o hamba-Mu
Februari 18, 2010 at 4:27 pm | #7 Balas | Petikan

Alhamdulillah, artikel yang baik.dapat membuka minda setiap lapisan masyarakat. sesungguhnya perkahwinan itu adalah berdasarkan hukum2 yang telah ditetapkan oleh Allah SWT (wajib,sunat,harus,makruh&haram.uruf (kebiasaanya masyarakat) turut perlu utk diambil kira. akan tetapi apa yang penting adalah apa gunanya adat jika bertentangan dgn syariat. maka segala2nya perlu dikembalikan kpd syariat supaya segalannya diletakkan di tempat yang sebenarnyaindahnya Islamselamat2 bro~

7. muhammadridwanto
Februari 20, 2010 at 6:30 pm | #8 Balas | Petikan

Terima kasih Hamba-Mu. Kertas kerja ini terhasil bersama ust Dr Ismail Mustari dan Haikal Akashah, di saat saya berkira-kira mahu bernikah di waktu masih belajar di UTM.

8. alzaujan
Mac 1, 2010 at 11:44 pm | #9 Balas | Petikan

salam.saya belajr d luar ngara dan pasangn saya juga bljar d luar ngara berlainan benua.niat di hati brcdng nk drikn rumh tagga,tp ibu bapa drsakn hlagan utama.mmg blum pernah kemukakn apa2,tp mmg dh kne saun dlu xleh kawen awl tmbh2 akk2 dn abg2 ats saya dn dia pn blom brkahwin lg.apekh ader hujah laen yg boleh mnguatkn hati ini nk brdepan dgn ibu bpa??terutama bg sya yg perlu berdpan dgn both parents.saya takut nnt dsalah tafsir niat sya berkhwin hnya kerna nafsu.niat sbenar saya adlh ingin mghalakn hbgn ini kerna jika bertrusan couple bgini,mngudang dosa lbih byk dn sya benar2 xslesa dgn keadaan begini.ape pndngan anta?

Anda mungkin juga menyukai