Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KONVO PELAJAR TAHUN 6

TAJUK TEKS CATATAN


KETIBAAN Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat
VIP diiringi oleh guru-guru sksd masuk kedalam dewan

LAGU Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Johor


Hadirin diminta berdiri.

AlUAN Indah Berbalam si awan petang


Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berbahagia En

Yang Berusaha Encik Zulkefli bin Mohd Amin


Guru Besar Sk Sawah Dato

Yang Dihormati En Khairul Asmadi bin Abu Bakar


Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Sawah dato

Yang Dihormati puan Hajah Ramlah binti Ismail


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid SK Sawah Dato

Yang Dihormati En Mahadi bin Mohamad


Penolong Kanan Kokurikulum SK Sawah Dato

Warga pendidik tahun 6 2018, , guru-guru dan , ibu bapa seterusnya pelajar2
tahun 6 yang diraikan dan dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat
berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis
Aprisiasi Pelajar Tahun 6 bagi tahun 2018. Majlis merakamkan setingggi-
tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang
Berbahagia En.

kerana  sudi hadir dalam majlis Aprisisasi Pelajar Tahun 6 sksd. Selamat
datang juga diucapkan kepada semua ibu bapa serta hadirin-hadirat
sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna.

BACAAN Lebat kemiri pohonnya rendah


DOA Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang maha esa

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan

 untuk memimpin bacaan  doa.

Majlis mengucapkan terima kasih diatas bacaan doa sebentar tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sawah Dato. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha en Zulkefli bin Mohd Amin untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**********************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha En Zulkefli
Bin Mohd Amin, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu
kehormat. Bertonggak adat,  “yang datang disambut, yang pergi diringi”,
maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan   Yang Berbahagia

menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Aprisiasi Pelajar


Tahun 6 kali ke- bagi tahun 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bunga selasih didalam taman


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berbahagia En.

atas ucapan serta perasmian majlis Aprisiasi Pelajar Tahun 6 sebentar tadi.

persembaha Dari kedah kekuala perlis


n Singgah bersantai ditepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati

Hadirin sekalian , majlis diteruskan dengan persembahan yang akan


disampaikan oleh

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Berkebaya batik berwarna merah


Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian sijil serta hadiah kepada murid-
murid Pelajar Tahun 6 sk sawah dato . Bagi menyempurnakan upacara ini,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En.

, diiringi oleh

untuk menyampaikan sijil serta hadiah kepada murid-murid Pelajar Tahun 6


Sk Sawah Dato’

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah
sebentar tadi.

Sehabis merah daun yang sihat


Dahan melebar bercerita sakan
Majlis aaprisisasi mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

majlis diteruskan dengan persembahan yang akan dipersembahkan oleh.

Dengan sukacitanya dipersilakan.


******************************************
majlis aprisiasi disambung kepada penerima seterusnya.

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput


Diiringi

Untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada penerima seterusnya

***********

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berusaha En Zulkefli


bin Mohd Amin , Guru Besar Sk Sawah Dato untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang berusaha  En

Dijemput En. untuk menerima cenderamata. Majlis dengan hormatnya


mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada murid-murid Tahun 6 yang


menerima sijil dan hadiah pada hari ini. Semoga penghargaan ini menjadi
pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka kita telah
pun berada di penghujung acara
Bunga dedap diatas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Aprisisasi Pelajar Tahun 6 Sk


Sawah Dato kali ke- merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Saya juga memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kekurangan sepanjang mengacarakan majlis.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai