Anda di halaman 1dari 16

1

BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga 16.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Bilakah _____________________ akan ke Pahang untuk meminang Tun


Teja bagi pihak sultan?” tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah.
A. patik
B. hamba
C. baginda
D. tuan hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Sivam cuba untuk _______________________ penutup tong cat itu tetapi


tidak berjaya.
A. mengumpil
B. menongkah
C. mengungkit
D. menyanggah

3. Anim rajin belajar. __________________ dia sering mendapat keputusan


yang cemerlang dalam peperiksaan.
A. Malahan
B. Lantaran itu
C. Di samping itu
D. Walau bagaimanapun

4. “ Tuanku terlalu banyak menaburkan jasa kepada ______________ yang


hina ini,” kata Tun Bija Sura kepada Sultan Mansur.
A. pacal
B. tuanku
C. baginda
D. tuan hamba
2

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Para peserta perlu mempunyai ____________________ fizikal dan mental


untuk mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.
A. ketelusan
B. keteguhan
C. ketahanan
D. kesabaran

6. Dia _________________ berasa tersinggung kerana kata-kata rakannya itu


agak pedas ketika mereka berbual-bual tadi.
A. perlu
B. mesti
C. belum
D. sedang

7. Juruhebah radio itu memutarkan se ______________ lagu khusus kepada


pendengar yang setia mendengar rancangannya.
A. buah
B. untai
C. lembar
D. rangkap

8. Para guru digalakkan menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan


oleh pihak kerajaan. __________________ kemudahan itu hendaklah dijaga
dengan baik.
A. Oleh itu
B. Apatah lagi
C. Walaubagaimanapun
D. Oleh hal yang demikian
3

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Sekumpulan ________________ sedang dilatih cara-cara mengendalikan


payung terjun semasa latihan itu.
A. juruselam
B. jurukimpal
C. jurugambar
D. juruterbang

10. Stesen radio Sinar Sutera telah _______________ suara juruhebah yang
baru bertugas di stesen radio tersebut pagi tadi.
A. terdengar
B. perdengarkan
C. diperdengarkan
D. memperdengarkan

11. Nenek berpesan kepada abang agar menjaga diri ____________________


semasa berada di tempat kerja.
A. benar-benar
B. sama-sama
C. betul-betul
D. baik-baik

12. ________________ yang dipasang pada tingkap rumah bertujuan untuk


menjamin dan melindungi keselamatan penghuni rumah.
A. Sesiku
B. Kekisi
C. Kekuda
D. Tetulang
4

13. Salman membidas setiausaha persatuan itu yang tidak mahu mendengar
pandangan ahli jawatankuasa yang lain.Pilih perkataan seerti bagi
membidas.
A. menentang
B. mengecam
C. mengkritik
D. menghentam

14. Anak kapal itu membongkar sauhnya selepas diarahkan oleh nakhoda
kapal.
Pilih perkataan berlawan bagi membongkar.
A. menurun
B. melabuh
C. melontar
D. menjunam

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

15. Apakah yang dijinjing oleh Puan Salmiah?


A. Puan Salmiah mungkin menjinjing anaknya yang masih kecil.
B. Tidak ada apa-apa, cuma sayur-sayuran yang baru dibelinya.
C. Puan Salmiah memikul setandan pisang yang dibelinya.
D. Ya, Puan Salmiah sedang menjinjing beg tangannya.

16. Bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah disiplin dalam
kalangan murid?
A. Murid-murid perlu diberi taklimat oleh guru disiplin jika masalah disiplin
berlaku.
B. Murid-murid perlu melaporkan kesalahan disiplin yang berlaku kepada ibu
bapa.
C. Murid-murid perlu dididik untuk mematuhi peraturan sekolah sejak
prasekolah lagi.
D. Murid-murid perlu mengikuti program kecemerlangan akademik yang
dianjurkan pihak sekolah.
5

Soalan 17 hingga 20 berdasarkan petikan di bawah.


Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.
Antara projek pertanian desa yang diberikan keutamaan oleh kerajaan ialah penternakan
ayam dan puyuh, projek kolam ikan air tawar dan ikan sangkar, membuat dan membungkus
makanan ringan, menanam sayur dan buah-buahan dan sebagainya. Penduduk Kampung Bahagia
tidak ketinggalan menyahut seruan murni kerajaan tersebut. Mereka telah menjalankan projek ikan
air tawar di dalam kolam secara sistem kelompok. Sebelum itu, mereka menggali tanah-tanah terbiar.
Di samping itu, usaha mereka mendapat galakan daripada pengurus tanah rancangan di situ juga.

Kegiatan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana penduduk saling bersepakat di
samping memperoleh sokongan padu daripada pengurus tanah rancangan dan wakil rakyat tempat
mereka. Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang turut membantu dan memberikan nasihat selain
membimbing mereka tentang cara-cara mengendalikan projek tersebut. Setiap kelompok terdiri
daripada lima keluarga dengan dua buah kolam ternakan.

Ikan-ikan di situ ialah lampan jawa, haruan, tongsan, kap, tilapia, patin dan pelbagai lagi. Sejak
projek itu berjalan, penduduk telah beberapa kali menuai hasil mereka. Mereka meraih keuntungan
antara RM500 hingga RM800 sebulan bagi setiap jualan. Hasil tersebut kemudiannya dibahagikan
sama rata dan ditabungkan sebagai modal pusingan. Mereka tidak menghadapi masalah pasaran
kerana pihak Lembaga Pertubuhan Peladang sedia membelinya malahan permintaan dari kawasan
setempat juga amat menggalakkan. Kegigihan dan kesabaran mereka membuahkan hasil dan
seterusnya meringankan perbelanjaan harian termasuk kos pendidikan anak-anak.

17. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penduduk sebelum menternak ikan air
tawar?
A. Memelihara ayam dan puyuh.
B. Menggali tanah-tanah terbiar.
C. Menanam sayur dan buah-buahan.
D. Membuat dan membungkus makanan ringan.

18. Berapa keluargakah yang menyertai projek ternakan ikan tersebut?


A. Dua.
B. Lima.
C. Lima ratus.
D. Lapan ratus.

19. Tujuan utama mereka menyertai projek itu adalah untuk….


A. mengisi masa lapang.
B. menyahut seruan kerajaan.
C. meningkatkan pendapatan.
D. memupuk permuafakatan dan kerjasama.
6

20. Rangkai kata membuahkan hasil dalam petikan bermaksud…..


A. berjaya
B. untung
C. lulus
D. kaya
7

BAHAGIAN B
( 30 markah )

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

dan untuk ke kerana


serta hingga yang dalam

Ahli Persatuan Kajian Tempatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke


Taman Wetland, Putrajaya. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan
pelbagai jenis haiwan _____________ terdapat di Taman Wetland kepada
murid-murid. Antara pengalaman menarik sepanjang berada di Taman Wetland
ialah mereka dapat melihat pelbagai spesies burung air seperti bangau kecil,
pucung, ___________ wak-wak. Mereka juga melawat ke habitat angsa, burung
flamingo, dan burung kolam ____________tempat penternakan ikan air tawar.
Peserta tidak dapat menaiki bot kayuh di Taman Wetland ______________
hujan lebat. Sesungguhnya lawatan ke Taman Wetland ini banyak memberikan
pengetahuan yang berguna kepada para peserta.

(4 markah)

Soalan 22
a. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif.

Ayat aktif : Saya mencuci kasut sekolah.

Ayat pasif :

(2 markah)
8

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

( 2 markah )

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

( 2 markah)
9

Soalan 23
Baca petikan e-meldi bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada : Nur Farisha binti Rahmat Kepada : Poi Shun Yee


Perkara : Adat Cukur Jambul Tarikh :12 Oktober 2016

Kepada sahabatku Poi Shun Yee yang berada di Singapura. Apa khabar?
Semoga saudari sekeluarga sihat sejahtera. Saya memohon maaf kerana terlewat
membalas e-mel saudari. Bersama-sama dengan e-mel ini, saya sertakan maklumat
tentang adat cukur jambul dalam kalangan orang Melayu.

Saudari,
Cukur jambul ialah adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran
cahaya mata baharu dalam keluarga. Amalan mencukur rambut bayi yang baru lahir
merupakan amalan yang baik supaya rambut bayi tumbuh dengan lebih sihat dan lebat.
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi supaya segala kekotoran yang
keluar dari rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baharu tumbuh dengan
sihat.

Saudari,
Terdapat beberapa bahan yang digunakan dalam adat cukur jambul ini. Satu
daripadanya ialah buah kelapa. Buah kelapa akan ditebuk dan rambut bayi yang telah
digunting akan dimasukkan ke dalam buah kelapa tersebut. Kemudiannya, rambut itu
akan ditanam. Di samping itu, para tetamu yang hadir akan dihidangkan dengan pulut
kuning atau nasi kunyit sebagai jamuan selepas adat mencukur rambut jambul
dijalankan.

Selain itu, penggunaan air kelapa dan minyak kelapa bertujuan untuk
mengurangkan rasa gatal atau pedih selepas rambut dicukur dan membantu
mempercepatkan pertumbuhan rambut baharu.

Sebenarnya, majlis bercukur jambul juga bertujuan untuk memperkenalkan


cahaya mata baharu kepada seluruh anggota keluarga terutama yang tinggal jauh di
perantauan dan masyarakat setempat. Majlis ini bukan sahaja dapat meningkatkan
kemesraan antara keluarga, malahan dapat mengeratkan hubungan dengan jiran
tetangga.

a. Perkataan cahaya mata dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

(1 markah)
10

b. Mengapakah minyak kelapa digunakan semasa adat cukur jambul?

________________________________________________________________

(2 markah)

c. Selain untuk tujuan kebersihan dan pertumbuhan rambut baharu, apakah tujuan
lain amalan bercukur ini diadakan?

(2 markah)

d. Pada pendapat kamu, wajarkah adat cukur jambul ini diteruskan oleh generasi
akan datang?Mengapa?

________________________________________________________________

(3 markah)
11

Soalan 24
Baca sajak di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tanahku,
Bumi makin gersang
Kian rapuh diterpa bencana
Banjir menyergah tanpa bicara

Tangan-tangan itulah yang telah berbuat kerosakan


Sungai kian tidak bermaya
Usah ditanya jika Tuhan mengirimkan pesan melalui banjir

Hutan-hutan yang kau gondolkan


Pohon-pohon tumbang menyembah bumi
Akibat ditebang sewenang-wenangnya
Usah ditanya jika Tuhan mengirimkan pesan melalui kemarau

Kau sendiri yang merosak tanah syurgamu


Jangan hairan andai tanahmu tidak lagi subur
Jangan hairan jika lautmu tidak lagi indah
Jangan hairan jika musim sudah tidak tentu arah

a. Apakah maksud rangkai kata banjir menyergah tanpa bicara?


________________________________________________________________

( 2 markah)

b. Mengapakah sungai dikatakan kurang bermaya?

( 1 markah )

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.

Tuhan memberi amaran kepada manusia yang tamak.

Tanah kian subur akibat bencana alam

( 1 markah )
12

Terangkan maksud baris sajak di bawah ini.

d. Usah ditanya jika Tuhan mengirimkan pesan melalui kemarau.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

( 3 markah )

Soalan 25
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Nama Ipoh dipercayai berasal daripada pokok Upas. Orang Inggeris


menyebutnya Epu manakala orang Cina menyebutnya sebagai Ipoh atau Paluh. Sungai
Kinta menjadi laluan perhubungan utama antara Ipoh dengan kawasan-kawasan di
dalam atau di luar negeri Perak pada suatu ketika dahulu. Selepas tahun 1874,
perkembangan daerah Kinta agak perlahan kerana masalah perhubungan. Kenderaan
seperti sampan, gajah dan kereta lembu digunakan pada waktu itu. Pada tahun 1884,
jalan raya diwujudkan untuk menghubungkan kawasan perkampungan Gopeng dengan
pelabuhan di Kota Bharu, serta menghubungkan kawasan perlombongan Papan
dengan Batu Gajah.

Pada tahun 1895, Ipoh telah menjadi bandar terbesar di negeri Perak dan kedua
terbesar di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada masa itu, perhubungan jalan raya
antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di Lembah Kinta ditambah baik dari semasa ke
semasa.

Sekitar tahun 1905 hingga 1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang
hingga menyeberangi Sungai Kinta dan pekan baharu diwujudkan di Jalan Anderson.
Stesen kereta api, hotel, dewan bandaran dan pejabat pos juga dibina untuk
kemudahan orang ramai. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah
mula mengambil tempat di Ipoh pada waktu itu.

a. Nama Ipoh dipercayai berasal daripada ________________________________.

( 1 markah )
13

b. Apakah yang berlaku di kawasan pentadbiran Bandar Ipoh sekitar tahun 1905
hingga 1914?

( 2 markah )

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Orang Inggeris menyebut Ipoh sebagai Epu.

Anderson merupakan pekan baharu di Ipoh.


Betul

Ipoh telah menjadi bandar kedua terbesar di


negeri Perak pada tahun 1895. Salah

Pada tahun 1884, jalan raya diwujudkan


untuk menghubungkan kawasan
perkampungan Gopeng dengan pelabuhan di
Kota Bharu.

( 2 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT


14

CADANGAN SKEMA JAWAPAN :


1. D
2. A
3. B
4. A
5. C
6. B
7. A
8. C
9. D
10. D
11. D
12. B
13. B
14. B
15. B
16. C
17. B
18. B
19. B
20. A

21. 1. mencuci 2. menduduki 3. mendermakan 4. membacakan

22. a. Kasut sekolah saya cuci.


b. Perintah tuanku patik junjung. Patik akan menyegerakan majlis peminangan
itu.
c. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. (atau)
- Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar. (atau)
- Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan. (atau)
- Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung yang terbang dikejar. (atau)
- Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh dikejar. (atau)

23. a. bayi/anak
b. Penggunaan minyak kelapa bertujuan untuk mengurangkan rasa gatal atau
pedih dan cepat pertumbuhan rambut.

c. –i.Majlis bercukur rambut juga bertujuan untuk memperkenalkan cahaya


mata baharu kepada seluruh anggota keluarga terutama yang tinggal
jauh di perantauan dan masyarakat setempat.
15

d. - Pada pendapat saya, adat cukur jambul ini wajar diteruskan oleh generasi
akan datang kerana adat ini baik untuk kesihatan serta dapat
mengeratkan hubungan keluarga dan masyarakat.

- Tak wajar. Majlis ini membebankan ahli keluarga kerana harga barang-
barang mahal.

 (Jawapan yang logik boleh diberi 3m)

24. a. Banjir menyergah tanpa bicara bermaksud banjir kilat atau banjir berlaku
secara mengejut/tiba-tiba.
b.Sungai dikatakan tidak bermaya kerana air sungai semakin keruh dan
semakin cetek.

c.
Tuhan memberi amaran kepada manusia yang tamak √
Tanah kian subur akibat bencana alam X

d. Maksud Tuhan mengirimkan pesan melalui kemarau ialah musim kemarau


berlaku akibat pencemaran alam/ Tuhan telah memberi petunjuk apabila musim
kemarau tiba/ Sikap manusia yang suka menebang pokok di hutan
menyebabkan musim kemarau.

 Jawapan lain yang sesuai diterima

25. a. pokok Upas


b. Sekitar tahun 1905 hingga 1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh
berkembang hingga menyeberangi Sungai Kinta dan pekan baru diwujudkan
di Jalan Anderson.

c.
Anderson merupakan pekan baharu di Ipoh Betul
Ipoh telah menjadi bandar kedua terbesar di
negeri Perak pada tahun 1895
Salah
Pada tahun 1884, jalan raya diwujudkan
untuk menghubungkan kawasan
perkampungan Gopeng dengan pelabuhan
di Kota Bharu
16

Anda mungkin juga menyukai