Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENYELARAS PROGRAM TRANSISI TAHUN 1/2020

Yang berusaha 
Encik ASMAN BIN MD NOR 

Yang dihormati,
Penolong Kanan Kokurikulum,
rakan-rakan guru, ibu bapa yang hadir serta anak-anak Tahun 1 Wawasan.

Salam Sejahtera dan Salam kasih sayang.

Pertama sekali, Bersyukur kita kerana pada hari ini kita semua diberikan kesihatan dan
kelapangan waktu bagi sama-sama menjayakan Program Transisi Murid Tahun 1 bagi
tahun 2022. Untuk pengetahuan, Program Tansisi ini telah bermula pada 21 MAC
hingga 14 APRIL 2022 bertempat di kelas tahun satu SK PS.

Hadirin yang dihormati, saya kira belum terlambat untuk mengucapkan setinggi-tinggi
ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baharu tahun 1 seramai 33 orang
yang telah diterima masuk ke SKPS. Selamat datang ke SK PS dan sekali gus menjadi
warga sekolah ini untuk tempoh 6 tahun yang akan datang. Diharapkan anak-anak
murid yang belajar di sekolah ini akan menjadi pelajar terbaik di masa akan datang.

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang dapat hadir sama pada hari ini. PROGRAM
TRANSISI begini amat penting untuk MURID-MURID agar dapat menyesuaikan diri
dengan kehidupan baharu di sekolah.

Sepanjang program ini berlangsung, banyak memberi pengalaman baharu kepada saya
sebagai penyelaras program buat pertama kalinya. Program ini telah berjaya mencapai
objektif nya iaitu berkenalan dan membina hubungan mesra dalam kalangan murid agar
dapat mengurangkan rasa malu, segan dan takut untuk ke sekolah serta suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza semasa di prasekolah. Murid-murid tahun
satu dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama dengan kawan-
kawan, persekitaran dan guru-guru yang baharu.

Selain itu melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, seperti suai kenal dengan
warga sekolah, melawat sekitar kwsn sek dan ujian membaca telah dapat
mengenalpasti potensi setiap murid pada akhir program transisi. Diharapkan murid-
murid akan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu, pengetahuan sedia ada, tahap
keyakinan diri serta memantapkan lagi pengamalan nilai-nilai murni apabila terus
belajar di SKPS.

Namun, untuk berjaya dengan cemerlang, ANK2 tidak boleh hanya bercakap dan
bermimpi. TETAPI UNTUK memastikan kita berjaya, KITA PERLU SENTIASA
BERUSAHA DAN BERTWAKAL KEPD ALLAH SWT.

Akhir kata, murid2 diharapkan akan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu dalam
pembelajaran. Jika ada apa2 masalah murid boleh terus berjumpa dengan cg ataupun
guru kaunselor kita cg linda.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai