Anda di halaman 1dari 1

Disebalik Covid 19

Covid 19
Engkau hadir tanpa diduga
merebak ke seluruh dunia
takutnya manusia tiada hentinya
ujian dahsyat untuk semua.

Namun,
covid 19 mengubah sikap segelintir manusia
meningkatkan daya kebersihan diri
tumbuhnya perniagaan dalam talian
hilang pendapatan tumbuh berganti.

Covid 19,
engkau rungkaikan erti kesetian
engkau rapatkan erti hubungan
engkau lahirkan erti kerinduan
engkau wujudkan erti perpaduan.

Kini,
engkau hidup bersama kami
eidak pasti bila akan berakhir
akan kami terima
kerana hikmahnya amat besar.

Anda mungkin juga menyukai