Anda di halaman 1dari 5

KISAH NABI IBRAHIM DENGAN RAJA NAMRUD Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam diberi pemanis mulut Buat hadirin

dan rakan semua Kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrud Sebagai renungan kita bersama.

Nabi Ibrahim a.s adalah anak kepada Tarikh bin Sam bin Nuh, seorang pengukir patung berhala yang terkenal dengan gelaran Azar. Baginda dilahirkan pada tahun 2295 sebelum Masihi, di negeri pemerintahan Raja Namrud yang sangat kejam bernama Babylon ataupun Iraq. Nabi Ibrahim juga adalah seorang Rasul Allah swt yang diutuskan kepada satu kaum di Negara Iraq. Baginda adalah orang yang disayangi oleh Allah dan digelar Al- Khalil yang bermaksud kesempurnaan dan kedalaman cinta. Seperti firman Allah swt : Dan Allah swt mengambil Ibrahim menjadi Surah An Nisa ayat : 125 kesayanganNya.

Bila muncul sinarnya binatang, Gelaplah alam musnahlah harapan, Raja Namrud berasa hairan, Mengapa rakyatnya ramai terkorban. Kepada nujum persoalan ditanyakan, Petanda apa yang akan datang, Raja Namrud berasa bimbang, Lahirnya bayi menentang kekuasaan.

Sejak kecil Nabi Ibrahim telah mendapat petunjuk daripada Allah swt . Baginda merasa hairan melihat kaumnya menyembah patung yang dibuat daripada kayu dan logam , sedangkan patung patung itu tidak boleh melihat, mendengar , bercakap mahupun memberi pertolongan kepada mereka. Terdetik dihatinya siapalah yang menciptakan alam ini. Demikianlah nabi Ibrahim mencari Tuhan dengan penyelidikannya sendiri . Seperti yang telah diterang dalam firman Allah dalam surah AlAn am ayat 76 -79. Ya hadirin, Sebagaimana yang telah dipetik daripada The Guardian : Lauren Bdoth yang berusia 43 tahun , iaitu adik ipar bekas Perdana Menteri Britian Tony Blair telah memeluk Islam selepas melalui pengalaman suci semasa melawat Iraq pada September 2010. Justeru itu, kita wajib percaya bahawa semua alam ini pasti ada penciptanya. kejadian yang wujud di

Seperti firman Allah dalam surah al Mulk ayat 15 atau surah al-Baqarah ayat 29

Dialah yang menjadikan bumi ..

Sudah mejadi adat tradisi, Ke luar kota arah ditujui, Berkumpul mereka bersuka hati, Merayakan hari paling di nanti. Inilah kesempatan yang dinanti nantikan oleh baginda . Apakah yang ingin dilakukan oleh baginda? Ya kawan - kawan, Baginda membuat keputusan untuk menghancurkan berhala-berhala tersebut. Tanpa berlengah lagi, baginda terus menuju ke arah berhalaberhala tersebut dan bertanyakan kenapa mereka tidak makan makanan yang disajikan oleh penduduk kota dengan nada mengejek. Dengan kesempatan yang ada, baginda lalu menendang , menampar dan menghancurkan berhala berhala itu. Setelah itu baginda meletakkan kapak pada patung yang paling besar untuk memperolokkan kaumnya.

Hadirin sekalian, Keberanian perjuangan Hizabullah di Palestin membuka minda kita bertapa pentingnya menegakkan agama Allah swt. Sesungguhnya Allah akan membela umatNya yang sentiasa mengingati Allah swt. Bertepatanlah dengan firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7:

Semua berhala habis binasa, Amarahnya Namrud tidak terkira, Rakyat di arah adakan acara, Ibrahim di lontar dalam api menyala.

Ya hadirin, Seluruh penduduk tidak kira tua dan muda, malah wanita yang hamil juga turut serta mengumpul kayu api untuk membakar nabi Ibrahim. Akhirnya baginda pun di campak ke dalam gunung api yang cukup dasyat itu. Adakah baginda selamat kawan kawan? Pada saat itu Nabi Ibrahim a.s hanya bertawakal dan berdoa kepada Allah: Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Jangkaan Nabi Ibrahim adalah tepat . Api yang panas tiba-tiba menjadi sejuk dan baginda pun terselamat walaupun berada di tengah-tengah nyalaan api subnallah. Usaha yang dilakukan oleh kaumnya yang kafir itu juga menemui kegagalan.Selepas kejadian itulah semakin ramai pengikut Nabi Ibrahim dalam menegakkan agama Allah swt. Ya kawan-kawan Kejadian kelahiran anak kambing berwajah anjing yang dimuatkan dalam buliten utama pada 24 Disember 2010 yang berlaku di Melaka itu banyak memberikan kita pertunjuk bertapa besarnya kekuasaan Allah swt dan tiada tandingannya. Justeru itu, dekatilah diri kepada Allah dan ingatlah Allah itu maha berkuasa. Seperti firman Allah swt dalam surah alBaqarah ayat 117 :

Ibrahim dipanggil mengadap Namrud, Bila mendengar kejadian tersebut, Egonya Namrud mengatasi takut, Akhirnya berdebat Ibrahim dan Namrud.

Ibrahim! Siapakah yang menjadikan alam ini ? Tanya raja Namrud dengan angkuh. Dengan kebijaksanaan nabi Ibrahim mengatakan bahawa alam ini merupakan kurniaan zat yang dapat menghidupkan dan mematikan dan berkuasa atas segalanya. Aku juga berkuasa, barang siapa yang aku perintahkan untuk membunuhnya, maka matilah dia, dan apabila aku tidak membunuh dia, maka hiduplah dia. Sampuk Raja namrud lagi. Dengan nada yang penuh berhemah baginda terus mematikan hujah Namrud dengan mengatakan bahawa Tuhan yang patut disembah lalu seraya mencabar Raja Namrud menerbitkan kembali matahari dari arah barat. Mendengar kata - kata Ibrahim itu, Raja Namrud tercengang tidak dapat menjawab. Lalu mengishtiharkan Ibrahim musuhnya yang harus dihalau. Apakah yang berlaku selepas itu ? Ya hadirin, Allah swt telah mengirimkan sepasukan nyamuk yang menghisap habis daging dan darah tentera Raja Namrud, bahkan Raja Namrud sendiri mati setelah dimasuki nyamuk dalam kepalanya yang selama 40 tahun. Kejadian letupan gunung Merapi di Indonesia sehingga telah mengorbankan banyak nyawa baru baru ini mengingatkan kita bahawa azab Allah itu amatlah besar . Dan ingatlah rakan-rakan, Sesungguhnya balasanNya. setiap yang ingkar ajaran Allah swt akan mendapat

Seperti firman Allah swt surah Luqman ayat 13:

Sesungguhnya yang besar.

mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman

Akidah dijaga setiap masa, Pesanan dari para ambia, Amal ibadat jangan dilupa, Landasan utama menuju syurga. Sekian, wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.