Anda di halaman 1dari 1

TEKS WAKIL MURID

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Encik Safuan B. Shuib, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh.

Yang Berusaha ____________________________, YDP PIBG SK Kebun Sireh.

Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita meraikan sambutan hari guru bagi
mengenang dan menghargai jasa para guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih
sebagai Hari Guru. Pada tahun ini tema hari guru ialah ‘Guru Tunjang Sekolah
SEJAHTERA’.

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai
kejayaan haruslah kita sanjungi. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita
amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah
jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira dan berjaya ke
menara gading.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi.
Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.

Wahai guru yang kami sayangi , jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah
jemu mendidik kami dengan sabar. Jasa dan pengorbanan kalian sungguh bererti kepada
kami semua.

Terima kasih cikgu, jasamu akan kami kenang selamanya. Semoga Allah memberkati dan
memberikan kebaikan dunia dan akhirat kepada semua guru.

Sebagai kesimpulannya, saya sebagai wakil murid ingin mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini. Terima Kasih Cikgu.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai