Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
udio. Menganalisa bahagian penguat audio seperti Pra-Penguat ,Rangkaian Kawalan Nada, Pemuat Pemacu dan Penguat Kuasa. Mengesan sesuatu kerosakan pada penguat audio. Mengenal jenis penguat audio seperti Penguat Hujung Tunggal,Penguat Tolak-Tarik danPenguat Simetri Pelengkap. Pengenalan
Penguat berfungsi untuk menguatkan (membesarkan) isyarat, voltan dan arus. Ia berguna dalam berbagai litar seperti penguat pra kuasa, frekuensi RF dan IF, voltan tinggi dan sebagainya. Setiap fungsi menentukan rekabentuk penguat tertentu terdiri dari kelas A, B atau C. i. Penguat Kelas A
Penguat Kelas A
Masukan Keluaran Rajah 4.0 : Penguat Kelas A Kelas A ialah penguat yang berfungsi menghasilkan keluaran penuh iaitu 360. Contohnya penguat pra audio. Ciri-ciri Penguat Kelas A: - terdapat aliran arus operasi sebaik saja menerima voltan pincang, walaupun voltan isyarat masukan belum diberikan. - Membazirkan arus. - Sekiranya bekalan daripada sebuah bateri ia akan mempercepatkan hayat bateri menjadi pendek kerana kuasa cepat habis. - Kecekapan adalah rendah iaitu sekitar 25% - Penguat kelas A digunakan apabila perlu menggandakan keseluruhan kitar voltan isyarat masukan dengan penggandaan yang besar tanpa berlaku erotan jerayun. - Jika diukur; nilai voltan VB-E voltan pincang depan sekitar 0.2V ke 0.8V. ii. Penguat Kelas B Menghasilkan keluaran separuh fasa iaitu 180. 1800
Penguat Kelas B
Masukan Keluaran Rajah 4.1 : Penguat Kelas B Ciri-ciri Penguat Kelas B - Penguat Kelas B di bina dengan penguat kembar + ve dan ve agar keluaran menjadi 360. - Kebaikannya ia dapat menghasilkan keluaran dua kali ganda penguat Kelas A. Contohnya penguat kuasa audio tolak-tarik dan simetri pelengkap. Kadar erotan penguat kelas B adalah tinggi (50%) - Tanpa bekalan voltan masukan Penguat Kelas B tidak mengalirkan arus operasinya walaupun telah diberi voltan-voltan pincang yang betul. - Tiada pembaziran arus berlaku kerana titik beban perada pada takat alihan. - Kecekapan penguat kelas B adalah baik sedikit dari penguat kelas A iaitu sekitar 50%. 1
iii.
Penggunaan biasanya di peringkat keluaran audio pada alat-alat bunyi (radio). Jika diukur; nilai voltan VB (voltan tapak) dan VE (voltan pengeluar) akanmemberikan nilai yang sama (VB-E =0)
Rajah 4.2 : Penguat Kelas C Ciri-Ciri Peguat Kelas C - Hanya mengalirkan arus pemungutnya kurang dari setengah kitar voltan isyarat masukan ( kurang dari 1800). - Penguat kelas ini diperlukan bila hanya sedikit bahagian puncak dari setengah kitar voltanmasukan sahaja hendak digandakan. - Kadar erotan jerayun penguat kelas C adalah yang paling tinggi sekitar 60% atau lebih. - Tidak mengalirkan arus operasi melainkan setelah ada isyarat masukan dengan voltan puncak yang cukup besar. - Kecekapan penguat kelas C adalah yang terbaik iaitu sekitar 75% - Penguat Kelas C digunakan pada litar-litar salun dan litartala, seperti pada sistem-sistem janakuasa isyarat (pengayun) atau pemancar. Juga peringkat pengasing Sync dalam penerima TV. - Jika diukur; nilai voltan VB-E menunjukkan nilai yang ianya dipincang songsang sedikit sebelum ada isyarat masukan. Perbandingan pengendalian kelasA, B dan C
Perbandingan ketiga-tiga kelas penguat dari aspek kebaikan, keburukan, kegunaan dan gelombang. Kelas Penguat Tahap-tahap kuasa rendah pra penguat
Isy. Masukan
Kebaikan
Keburukan
Kegunaan
Gelombang
Kecekapan terendah; digunakan hanya untuk kegunaan isyarat kecil. Isy arus keluaran Penguatkuasa keluaran audio
Kecekapan yang agak baik kerana tiada kuasa digunakan kecuali apabila ada isyarat
Hanya separuh bentuk gelombang yang hadir, digunakan dengan transistor pasangan untuk menghasilkan semula kedua-dua separuh.
Isy. masukan
Isy. Arus keluaran Kecekapan tertinggi kerana arus mengalir secara meletus dalam sebahagian gelombang.
dalam dan
Isy masukan
Alat audio mempunyai peringkat-peringkat tertentu bagi menghasilkan kawalan dan kualiti audio yang baik.
Contohnya :
Pemilihan masukan
Mic
Pra Amp
Kawalan nada
Amp Kuasa
Aux
Pra Amp
Phone
4.1.1 Pra - Penguat Audio Pra penguat audio di reka bentuk bagi fungsi : i. Menguatkan isyarat kecil dari unit masukan ii. Menjodohkan galangan masukan iii. Menghadkan nisbah hingar isyarat Penguat yang di pilih Kelas A hujung tunggal.
4.1.2
Di bahagian kawalan nada, binaan pra penguat isyarat diperlukan untuk menstabilkan atau gantian isyarat pra yang akan susut di litar nada. Binaan ini terdiri dari kawalan-kawalan: i. Treble ii. Bass iii. Bahana (volume ) iv. Balance Contoh : Pra Penguat Kawalan Nada
Treble adalah kawalan audio frekuensi tinggi atau lain perkataannya kenyaringan bunyi.Litarnya di buat berasaskan litar penapis lulus frekuensi tinggi. Bass ialah kawalan audio frekuensi rendah yang di rekabentuk dari litar penapis lulus frekuensi rendah bagi menambahkan bunyi garau. Bahana kawalan audio keseluruhan iaitu meninggi atau merendahkan amplitud isyarat.Ia di bina bagi voltan atau attenuator (pengecil ). 4.1.3 Pemacu / Pra-Penguat 2 Litar binaannya sama seperti pra penguat awal untuk memastikan isyarat keluaran dari litar tone tidak susut banyak.Ia juga di gunakan sebagai pemacu penguat kuasa keluaran.Sebagai pemacu ia berlagak sebagai pemincang masukan penguat kuasa. 4.1.4 Penguat Kuasa Dalam litar penguat kuasa audio asas terdiri dari beberapa jenis iaitu : i. Penguat Hujung Tunggal (Single Ended) ii. Tolak- Tarik ( Push Pull ) iii. Simetri Pelengkap/Complementary iv. Litar Sepadu 4.2 Kerosakan kerosakan pada Penguat penguat
4.2.1 Penguat Hujung Tunggal Litar ini adalah penguat kelas A dan dijodohkan dengan pengubah keluaran agar sesuai dengan speaker.Isyarat pincang (voltan a.t) di masukkan oleh pemacu samada dari litar transistor atau litar sepadu untuk membolahkan transistor keluaran bekerja dalam kelas A.
Rajah 4.6 : Penguat Hujung Tunggal Isyarat sin kecil yang masuk ke tapak Q301 akan bergerak di sekitar voltan pincang ini,seterusnya Q301 beroperasi mengikut voltan isyarat T351 berlagak sebagai beban a.u (isyarat).Isyarat yang susut di sini di turunkan bagi penyesuaian galangan speaker.C352 pula di tukar nilainya untuk pelaras tonr tetap.Jika besar nilainya,suara lebih nyaring (lebih treble) begitu juga sebaliknya. Kerosakan yang mungkin berlaku C707- terbuka suara menjadi dengung dan serak,isyarat keluaran bererutan C353-terbuka/pintas-tiada suara/bekalan terputus Q301-pintas/terbuka-tiada suara/bekalan terputus T351-terbuka/pintas-tiada suara Perintang mana- mana perintang terbuka- tiada suara
4.2.2
Penguat Tolak-Tarik
Rajah 4.7 : Penguat Tolak-Tarik Litar penguat tolak tarik bekerja dalam penguat kelas B untuk tiap transistor keluaran. Bermula dari litar pemacu, isyarat masuk melalui T7, kemudian di turunkan ke lilitan pendua yang ditapkan guna untuk mengasingkan isyarat +ve dan ve. Pincang bagi tapak kedua dua transistor Q4 dan Q5 adalah common iaitu R7,D3 dan Rth.
Rajah 4.8 :Penguat Tolak Tarik Dari rajah diatas ,isyarat +ve mengalir melalui lilitan pendua T7-A. Lilitan B tidak boleh mengalirkan arus kerana berlawanan dengan laluan isyarat A dan pincang ke bumi melalui diod D3. Bagi isyarat ve pula,lilitan B yang mengalirkannya masuk ke tapak transistor Q5 dan lilitan A di potong ke bumi.
Rajah 4.9 : Penguat Tolak -Tarik Begitu juga dengan T8 yang mana ,tiap isyarat +ve dan ve bekerja pada lilitan utama C dan D sahaja. Kerosakan yang mungkin berlaku Transistor Q4 atau Q5 T7 dan T8 Perintang pincang - pintas-keluaran bererutan amplitud rintangan R8 & R6 terbakar. - terbuka- bererutan amplitud - pintas/terbuka tiada suara - bererutan silang ( cross-over )
4.2.3 Simetri Pelengkap Berfungsi dalam kelas B, untuk melengkapkan isyarat dari 180 ke 360, transistor keluaran disirikan samada menggunakan dua transistor yang berciri sama atau jenis berlawanan (compliment). Contoh 1: Litar masukan penjodoh pengubah
Rajah4.12 :Pincang Diod Dalam contoh 1 , T605 di gunakan sebagai penjodoh masukan.Lilitan pendua di kenakan dengan rintangan-rintangan pincang R616,R617,R618,R619 dan R622.Ketika tiada isyarat,voltan pincang berada di aras tengah i.e di sekitar 6V. Apabila isyarat +ve lilitan A akan terjana dan menghasilkan voltan susut. Voltan ini membuat voltan EB TR25 menjadi besar , seterusnya mengalirkan arus hasilnya vltan EC menjadi rendah. Begitu juga ketika isyarat ve lilitan B akan menyusutkan arus a.u sahaja dan menghadkan at. Dalam contoh 2 , Voltan pincang bagi transistor keluaran Q205 dan Q206 adalah bergantung kepada voltan pemungut transistor Q204. Manakala voltan pincang Q204 pula di ambil dari bekalan melalui R231, Vbe dan R227. Apabila tiada isyarat voltan pincang , Q204 bekerja pada voltan a.t tertentu dan voltan ini di suap ke tapak Q205 dan Q206.Aras voltan pincang ini berubah apabila ada isyarat masukan. Dengan ini isyarat +ve dan ve boleh di asingkanoleh transistor pemacu Q204. Dalam contoh 3 , Transistor keluaran di bina dengan pasangan Darlington jenis komplimentari (complimentary).Cara kerja pincang hampir sama seperti dalam contoh 2,di mana ia bergantung kepada transistor pemacu TR1 dan isyarat +ve dan ve di asingkan menggunakan diod D1 dan D2. Kerosakan yang mungkin berlaku Transistor keluaran: Transistor-transistor keluaran di sambung terus dari bekalan melalui rintangan-rintangan rendah dan ke bumi. Jika di beri pincang, transistor berfungsi penuh iaitu mengalirkan arus maksimum dan membebankan transistor keluaran. Oleh itu kerosakan yang paling kerap berlaku ialah pada transistor keluaran. Keadaan kerosakan, boleh terbuka atau terpintas. Setengahsetengah rekabentuk litar ini di lindungi oleh fius pada sambungan bekalan ke transistor keluaran. Jika salah satu transistor keluaran terpintas atau terbuka, keluaran menjadi bererutan atau tidak berfungsi langsung.
Pincang: Penguat pelengkap di pincang oleh transistor pemacu.Tanpa transistor ini, transistor keluaran tidak boleh berfungsi dengan betul.Keluaran akan mati kerana tiada aliran isyarat di hantar kemasukan penguat keluaran atau keluaran menjadi bererutan fasa. Rintangan RE : Tiap transistor di rekabentuk dengan rintangan siri di pengeluar ,fungsinya selain dari menghadkan pengeluar,ia juga berlagak sebagai fius.Jika kita dapati perintangan ini perlu di tukar(ganti),perhatian perludi ambil terhadap kuasa (watt) perintangannya.Jika tidak sesuai ,ini boleh merosakkan transistor keluaran.Kerosakan perintang ini membuat keluaran bererutan amplitud. Diod pincang : Bagi setengah reka bentuk,diod pincang di kenakan untuk menentukan keluaran tepat pada fasa 180.Jadi diod yang rosak harus di gantikan dengan nilai pincang bagi transistor pemacu 4.3 Herutan Beberapa jenis herutan boleh di dapati dari penguat yang tidak berkendalian dengan baik. Ini adalah hasil dari pacuan lampau, penapisan, modulasi dan hingar.
10
11
Herutan Frekuensi
Herutan ini berlaku pada litar penguat yang mempunyai rekabentuk bidang ruang yang kecil atau tidak lineariti ciri-ciri penguat. Atau ciri-ciri penapisan dan suap balik yang tidak sesuai misalnya pemuat penjodoh atau pemuat suap balik yang bertukar nilai. Dalam ujian bidang ruang sebuah penguat, sepatutnya kita dapati seperti dalam rajah A di atas.Tetapi dalam rajah B, terdapat gandaan rendah semasa frekuensi rendah dan terdapat gandaan yang lebih besar bila frekuensi tinggi di masukkan. Bentuk gelombang boleh di perhatikan dalam ujian gelombang segiempat.
Herutan fasa
Keluaran berherutan fasa di rujukkan dengan fasa isyarat masukan. - Setiap penguat mempunyai bezafasa yang tertentu antara keluaran dan masukan.Misalnya 0 atau 180. - Jika di dapati bezafasa ini terkeluar dari sepatutnya ,ini di sebutkan sebagai herutan fasa. Untuk menganalisa herutan ini adalah sukar kerana isyarat ,seperti isyarat audio mempunyai hangar ( harmonik ) yang membuat fasa berubah. Bagaimana pun gambaran herutan fasa boleh di tentukan dalamujian gelombang segiempat.
- Herutan ini berlaku dalam litar penguat audio tolak-tarik atau simetri pelengkap. - Isyarat masukan yang keluar mempunyai fasa yang lebih kecil dari 180. - Ini di sebabkan oleh pincang yang tidak betul atau ciri-ciri komponen aktif bagi penguat yang hanyut (drift). Apabila sebuah penguat audio mempunyai ciri-ciri ketidaklinearan frekuensi masukan yang berbagai ,akan bercampur dan menghasilkan satu frekuensi keluaran. Contohnya ,jika masukan terdiri dari dua frekuensi 1khz dan 400hz keluaran menjadi 600hz atau 1.4 khz. Ini boleh di uji dengan menyambungkan litar seperti di bawah, hasilnya terdapat herutan harmonik ganjil dan genap. Ujian ini juga boleh di gunakan untuk memerhatikan herutan-herutan yang lain.