Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

• Pendahuluan

• Realiti, isu dan cabaran

• Objektif program

• Pembangunan Kelas Digital

• Anggaran Kos

• Sinergi Program Kelas Digital

• Penutup

PROGRAM PEMBANGUNAN KELAS DIGITAL 2


PENDAHULUAN
Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses PdPc yang berlaku
dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Pembelajaran secara digital dapat
membantu memperkukuhkan proses PdPc. Lebih-lebih lagi, dewasa ini, penggunaan digital menjadi sebahagian daripada kehidupan
murid terutama selepas covid 19 melanda negara. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan pada masa kini untuk guru dan murid
dilengkapi dengan kemudahan serta kemahiran yang perlu bagi menggunakan teknologi digital ini secara berkesan dan bermakna.

PROGRAM PEMBANGUNAN KELAS DIGITAL 3


REALITI, ISU DAN
CABARAN
• Walaupun intipati pendidikan ialah pembelajaran murid, elemen-elemen
seperti guru, buku teks, teknologi pendidikan, kemudahan fizikal dan
sistem pantadbiran semuanya membantu untuk mempercepatkan proses
pembelajaran. Umum berpendapat, hubungan antara persekitaran fizikal
yang selesa dengan pembelajaran adalah perlu untuk memastikan murid
boleh memberi tumpuan dalam pembelajaran mereka. Oleh itu,
kekurangan aspek-aspek seperti yang dinyatakan, dilihat boleh
menjejaskan pembelajaran murid.
• Jurang digital antara jenis sekolah hakikatnya berlaku dengan ketara yang
menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid. Pada masa kini,
penyediaan kepada alatan ICT seperti komputer, projektor dan pelayan
sahaja tidak mecukupi untuk mengejar kemajuan teknologi digital yang
berlaku dengan sangat pantas. Kemudahan teknologi digital yang
disediakan di sekolah kebangsaan jelas mundur 10 tahun ke belakang
berbanding dengan sekolah jenis kebangsaan.
• Kekurangan fasiliti digital telah menyebabkan kurangnya kesedaran,
pengetahuan, dan kemahiran di kalangan guru dan murid sekolah
kebangsaan dalam membudayakan aplikasi digital dalam proses PdPc.
PROGRAM PEMBANGUNAN KELAS DIGITAL 4
OBJEKTIF PROGRAM

• Mendedahkan murid kepada proses PdPc yang lebih berkualiti


melalui penggunaan digital sebagai medium.

• Mewujudkan suasana pembelajaran kolaboratif di kalanagan


murid.

• Menggalakkan murid berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan


masalah.

• Mewujudkan tenaga pengajar sebagai fasilitator di dalam kelas.

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

• Mewujudkan peluang kepada murid menunjukkan bakat dan


meningkatkan keyakinan diri.

PROGRAM PEMBANGUNAN KELAS DIGITAL 5


PEMBANGUNAN
KELAS DIGITAL
• Menaik taraf sebuah kelas kepada sebuah kelas digital.

• Konsep bilik darjah yang akan dibangunkan ialah:

a. Mentransformasikan bilik darjah tersebut dengan ruang pembelajaran


yang berkonsepkan digital.

b. Suasana atau iklim bilik darjah yang dapat meransang murid untuk
bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran
kolaboratif.

c. Ruang Fizikal yang dicadangkan:

i. Murid duduk dalam kumpulan 4 – 6 orang

ii. Mempunyai 1 komputer guru dan LCD

iii. Papan pintar dan papan putih

iv. Mempunyai ruang aktiviti

v. Mempunyai sudut hasil maklumat murid (Softboard)


PROGRAM PEMBANGUNAN KELAS DIGITAL 6
ANGGARAN KOS

• Pihak sekolah telah berjaya menyediakan semua alatan yang


diperlukan untuk kelas digital ini. Namun begitu, penyediaan
papan pintar (smartboard) memerlukan kos yang tinggi.

• Anggaran kos papan pintar ini ialah dalam anggaran RM5 000
sehingga mencecah RM35 000.

• Oleh itu, pihak sekolah telah mencadangkan sebut harga yang


berpatutan untuk kos papan pintar ini.

• Sebut harga ini dikepilkan dalam ruangan lampiran.

PROGRAM PEMBANGUNAN KELAS DIGITAL 7


SINERGI PROGRAM
KELAS DIGITAL
• Selain kelas digital ini membantu proses PdPc di sekolah,
beberapa program lain dapat diadakan ke arah
membudayakan digital dalam PdPc di sekolah sekitar.

• Penghasilan produk bahan bantu mengajar digital untuk


kemudahan guru dan kegunaan murid ke arah PdPc yang
berkesan.

• Menyediakan khidmat bantu kepada sekolah-sekolah


berhampiran untuk memberi pendedahan kepada guru dan
murid sekitar tentang penggunaan dan kepentingan digital
dalam membantu keberkesanan PdPc.

• Memupuk budaya penghasilan inovasi digital ke arah PdPc


berkesan.
PROGRAM PEMBANGUNAN KELAS DIGITAL 8
PENUTUP
Besarlah harapan kami agar pelaksanaan kerja mewujudkan Kelas Digital dapat direalisasikan malah mampu beroperasi pada tahun ini.
Semoga pelaksanaan program Kelas Digital dapat menyediakan murid yang berdaya saing serta mampu meningkatkan kecemerlangan
murid secara holistik dan mengharumkan nama baik SK Machang Bubok II dan sekolah sekitarnya.

Anda mungkin juga menyukai