Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KAPIT, SARAWAK.
TAHUN 2019
TEMPAT : SK KAPIT
KERTAS KERJA CADANGAN
SK KAPIT “GOT TALENT’
1.0 PENGENALAN
Generasi muda adalah merupakan golongan penting dalam masyarakat. Mereka adalah pewaris
kepimpinan negara serta penyambung usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan hari ini.
Kejayaan negara pada masa hadapan bergantung besar kepada sejauh mana generasi muda
mampu memikul amanah dan tugas yang berat ini.
Menyedari hakikat ini, bahawa generasi muda perlu dibimbing dan dipimpin bagi
mempersiapkan mereka untuk memikul tugas berat ini. Apa yang ingin kita lahirkan ialah
generasi muda yang memiliki peribadi yang baik, akhlak yang mantap, mampu bekerja
bersungguh-sungguh dan mempunyai cita-cita serta daya juang yang tinggi. Di samping itu,
generasi muda yang dilahirkan mesti berfikiran kritis dan kreatif dan sentiasa cerdas dalam apa
jua masalah yang menimpa.
SK Kapit ‘Got Talent’ merupakan aktiviti yang berbentuk pertandingan di mana para
peserta (murid-murid SK Kapit) masing-masing menunjukkan bakat terpendam yang mereka
miliki. Selain itu, pertandingan ini juga merupakan batu loncatan bagi murid-murid dalam
menyertai mana-mana pertandingan yang sering dijalankan oleh pihak kementerian atau mana-
mana agensi.
Justeru, pertandingan ini turut membantu dalam meningkatkan keyakinan diri murid-
murid sebelum melangkah ke peringkat seterusnya iaitu sekolah menengah. Malahan, ianya turut
menunjukkan sifat keberanian murid-murid.
2.0 RASIONAL
Membentuk potensi diri serta mewujudkan sifat keikhlasan, motivasi, keyakinan diri serta
pembentukan pelan tindakan diri dan kekuatan bekerja secara individu dan berkumpulan
dengan lebih khusus.
Meningkatkan kualiti diri untuk memandu dan membimbing diri untuk menjalankan
hidup dengan lebih berkesan kepada sekolah, komuniti, masyarakat, keluarga dan
organisasi.
3.0 OBJEKTIF
Menghindarkan diri murid-murid dari unsur dan gejala yang negatif serta menerapkan nilai
positif dalam diri mereka.
Mendidik dan membentuk nilai jati diri pelajar dalam berkomunikasi dan bersosial supaya
mereka dapat menhadapi situasi pada masa hadapan
4.0 METODOLOGI
Menjadikan peserta tertarik hati dan seronok mengikut program tanpa rasa tertekan
dengan menggunakan kaedah “psychology approach”.
5.0 SASARAN
Pertandingan ini dijalankan di dalam kawasan sekolah yang mana ianya bertempat di Bilik
Muzik dan Bilik Seni sebagai tempat aktiviti yang telah dirancang. Rasional pemilihan tempat
dan aktiviti yang dibuat adalah:
6
7
7.1 Bersesuaian dengan pertandingan yang dirancang mengikut kategori..
7.3 Murid-murid merupakan aset kepimpinan negara pada masa hadapan. Oleh itu
potensi mereka harus dikembangkan melalui aktiviti kokurikulum dan dimantapkan
agar mereka dapat memainkan peranan sebagai pelajar dengan lebih efektif, inovatif
dan kreatif.
7.4 Gambaran murid-murid seperti di atas membuktikan bahawa pertandingan ini dapat
membentuk jati diri yang kuat dalam diri pelajar terutamanya dari aspek sosial.
7.5 Pertandingan ini diharapkan akan membentuk pelajar yang dapat berinteraksi dengan
baik dalam masyarakat dan komuniti negara.
9.0 TARIKH
10.0 MASA
Rujuk lampiran
12.0 FASILITATOR
14.0 PENUTUP
Semangat setia kawan, kerjasama, yakin pada diri, keberanian dan toleransi semasa pertandingan
akan dapat diterapkan. Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat
sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak
dalam menjayakan program ini. Semoga dengan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini
memberi impak yang positif kepada semua peserta.
.................................................. ....................................................
(EN. HASNOR RIZMAN BIN HASSAN) (UST AIDIL KHIRZIR BIN AMIN NORDIN)
Penyelaras Kelab Seni Budaya Penolong Kanan KoKurikulum
SK KAPIT, KAPIT SK KAPIT, KAPIT
Disahkan oleh,
.................................................
( EN. JOHN ANAK RIMBAR )
Guru Besar,
SK KAPIT, KAPIT
15.0 TENTATIF PROGRAM
+ Tentatif di atas boleh dipinda dan diubah mengikut kesesuaian program yang dilaksanakan.
+ Peserta muslim melaksanakan solat, peserta non-muslim akan dikumpulkan untuk sesi moral yang akan
dikendalikan oleh fasilitator yang bertugas.
ANGGARAN HADIAH PERTANDINGAN
PERKARA KOS
Jumlah RM 120