Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera semua!

Nama saya Anneliese dan ahli kumpulan saya ialah Isabel dan
Kavisree. Hari ini kita akan menceritakan tentang perayaan kuih bulan. Perayaan ini juga
dikenali sebagai “mid autumn festival” atau “mooncake festival”.Sekarang saya menjemput
kawan saya Isabel dan Kavisree untuk menceritakan cerita perayaan kuih bulan. Silakan

Terima kasih Anneliese, Hai semua nama saya Isabel. Saya akan terus bermula dengan cerita
perayaan ini dengan kawan saya kavisree. Pada zaman dahulu di china, terdapat 10 buah
matahari menyala terang di langit. Suasana di sana sangat panas, menanam tanaman pun
mustahil. Tetapi pada suatu hari, seorang pemanah yang bernama HouYi. Beliau berjaya
ditembak jatuh 9 buah matahari tersebut setelah tinggal satu sahaja.

Selepas kejayaannya, tuhan memberi HouYi gula berbentuk bulat yang boleh berikan dia
keabadian. HouYi memberikan gula ini kepada isterinya, namanya ChangEr. Pada hari ke-15
bulan lunar ke-8, perantisnya cuba mencuri gula itu semasa HouYi keluar untuk memburu.
Untuk melindungi gula itu ChangEr memakannya. ChangEr mula terbang dan perlahan-lahan
terbang ke bulan dengan arnabnya, dia menjadi dewi bulan.

Apabila HouYi mendengar mendengar tentang berita tersebut, dia sangat sedih. HouYi merayu
tuhan untuk membenarkan dia berjumpa isterinya semula. Tuhan pun kesian dia dan
mengisytiharkan pada setiap tahun hari ke-15 bulan lunar ke-18. ChangEr dapat turun balik ke
bumi untuk jumpa HouYi. Mereka nyalakan tanglung untuk menjemput ChangEr balik. Selepas
bertahun-tahun ini sudah menjadi tradisi antara kaum cina.

Itulah cerita tentang perayaan kuih bulan. saya tahu apa yang awak fikirkan, “Eh kenapa cerita
ini tidak sebut kuih bulan tersebut?” Saya dah cuba mencari cerita yang menerangkan kuih
bulan tersebut tetapi tidak berjaya. Apa yang saya dapat ialah mereka makan kuih itu untuk
ibadah dewi bulan dan kuih bulan digunakan untuk hantar mesej semasa peperangan antara
negeri-negeri china.

Sekarang saya akan memperkenalkan kamu semua tentang kuih bulan. Kuih bulan terdapat
banyak perasaan, yang paling biasa kuih disumbat dengan pes teratai atau pes kacang merah
dengan kuning telur di dalamnya. Ada satu variasi kuih bulan yang tersumbat dengan kacang
campuran. Itulah kuih bulan yang tradisional. Pada masa kini, terdapat banyak kuih bulan
yang dibuat dengan ais krim, jelly dan sebagainya. Kegemaran saya adalah kuih
dengan dua biji kuning telur di dalam,sedap sangat!

Untuk bahagian terakhir, saya akan bincang tentang tradisi. Tradisi yang paling biasa
ialah semua ahli keluarga berkumpul di belakang rumah untuk makan kuih bulan dan
berbual sambil merenung bulan. Kanak-kanak akan bermain dengan bunga api dan
tanglung. dengan itu pembentangan kami berakhir, sekain terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai